Macam mane minggu kedua ni untuk pelajar2 yang baru masuk sem ni . hehe
kalau yang dah tahun akhir tu Tunglerrr ... Kita lambat lagi nak habis .. Kepada akak2 yang dah tahun akhir
tahniah dan syabas kerana sudah berjaya ke penamat nya . >.<
Bagaimana pula dengan diriku ini ?
Macam biasa lah , masih tidak lekang dan tidak terpisah dengan ujian . Setiap kali bermula tahun baru pastinya
akan ada ujian yang Allah Taala berikan khas buat ku dan keluarga ku .
Masih terngiang-ngiang peristiwa di mana Abangku yang sama mengalami kemalangan Jalanraya bersama adik
lelaki aku yang bongsu :'(
Allahu . Hanya tuhan yang tahu bertapa luluh perasaan aku ketika itu . itu aku . bagaimana pula dengan umi ?
Umi ketika itu tidak terkata dan air matanya tidak henti-henti jatuh ke pipinya .
Ketika kemalangan jalanraya itu , seingat aku , aku berusia 16 tahun , dan adik lelaki aku berusia 12 tahun .
Kejadian itu berlaku ketika ayah menyuruh abang aku untuk mengambil kakngah balik dari kerja . Kata ayah aku
dia berasa pening haritu . Jadinya , abang aku menjemput adik aku di sekolah terlebih dahulu sebelum
mengambil kakngah di Kuantan .
Actually , aku tak boleh nak cerita dengan detail apa yang terjadi tu , tapi aku boleh cerita pengalaman yang
adik lelaki aku lalui ketika dalam kereta tersebut sebelum kemalangan . Lagipun , kemalangan tu berlaku
ketika tengah hujan and lupa pulak nak cakap yang abang aku ni tak sempat nak ambil kakngah dekat tempat
kerja sebab Allah dah tuliskan yang kemalangan tu berlaku waktu itu dan ketika itu .
Perbualan adik dan abang *******
"abg e , mi masak lauk ape harini ?" soal adik kepada abang aku .
" adik teka la , umi masak lauk feveret adik la ... ketammm !!!! " balas abangku .
"ermmm , dap errr .. tak sabar nak makan dengan kakngah , abg e , kaktin , dan semua . haha " ujar adikku .
Tiba-tiba , abang aku melihat ada sebuah lori tangki minyak di sebelah kiri dan abang aku mengelak ke kanan
tiba-tiba , ada sebuah lori pasir yang membuat u-turn di situ menyebabkan abang aku hilang kawalan dan
tidak sempat untuk mengelak lalu dia memusing kereta ke arah bahagian pemandu iaitu ke arahnya .
" Allahuakhbar !!!!! , adik tunduk bawahhh !!!! " jerit abangku kepada adik .
Adik aku dalam keadaan sangat takut terus menunduk ke bawah dashboard kereta . Adik aku cerita yang dia
juga mendengar satu pecahan kaca yang kuat menyebabkan dirinya ketakutan dan adik tidak sedarkan diri .
Kemudian , adik bergerak sedikit dan memberanikan diri untuk melihat keadaan sekeliling setelah semuanya
bunyi bising kereta dan perbualan orang ramai disamping bunyi deretean air hujan yang jatuh ke bumi .
Adik terus memandang ke kerusi di sebelah untuk mencari abang , malangnya adik tidak dapat mencari abang
ketika itu , kerana adik masih berasa pening akibat hentakan yang kuat kepala adik pada dashboard kereta .
Lalu , adik terdengar suatu suara seperti bernafas dengan kuat . Adik umpamakan seperti lembu yang
disembelih . Allah :'( . Bunyi yang didengari oleh adik adalah bunyi pernafasan abang dan ketika itu abang
berada di hadapan kereta terkeluar daripada kereta dan semestinya cermin di bahagian depan pecah dan
abang tercampak keluar dalam keadaan posisi badannya sujud dan kata adik aku , muka abang ketika itu
tidak kelihatan kerana dipenuhi dengan darah . Adik juga terfikir bahawa muka abang seperti pecah
dan adik bertambah bimbang kerana adik masih tidak dapat mencari ahli keluarga adik yang lain . Lalu , adik
membuka pintu kereta dan cuba untuk keluar dari kereta untuk meminta pertolongan . Ketika , adik membuka
pintu kereta adik menangis kerana adik melihat keadaan abang dengan jelas dan badan abang ketika itu
dibasahi dengan air hujan lalu adik melihat ke atas jalan buku-buku adik dan kasut adik bertaburan di atas jalan
bersama dengan darah abang .
" Ya Allah , ada budak kecik dalam kereta ni , " kata seorang wanita yang berusia kepada orang-orang yang
berada di tempat kejadian .
Lalu , adik dibawa berehat dan untuk merawat luka ringan adik di stesen minyak berdekatan dengan tempat
kejadian kemalangan itu . Sementara menunggu ketibaan ambulan itu , adik dirawat di stesen minyak dan
terdapat seorang gadis yang masih muda yang berhati mulia yang memberi makanan kepada adik .
" akak , abang saya , abang saya , tolong abang saya , abang saya tersepit dan sakit tu .. " kata adik dengan
nada yang sedih sambil mengesat air mata yang jatuh bercucuran . Air mata adik tidak henti-henti membuatkan
gadis yang membantu adik turut menangis . Gadis yang berhati mulia tersebut menenangkan adik .
Adik bangun dan berjalan ke pintu kerana adik melihat kereta ayah sampai di tempat kejadian . Adik melihat
kelibat ayah keluar daripada kereta dan ayah terus pergi kearah kereta untuk melihat abang . Ayah pergi ke
tempat kejadian lalu , ayah mengelengkan kepala ayah lalu ayah mengambil langkah dan ayah berjalan kearah
kereta ayah semula lalu ada seorang lelaki yang berusia menenagkan ayah dan memayungkan ayah kerana
ayah berjalan di dalam hujan tanpa menggunakan payung . Adik terus menjerit memanggil ayah
" ayah , ayah , ayah !!! " jerit adik .
Ambulan datang dan mengangkat abang terus masuk ke dalam ambulan , adik pula turut ikut bersama abang
khuatir luka adik parah dan adik perlu membuat rawatan di hospital . Adik menutup telinga dan mata ketika di
dalam ambulan kerana adik tidak sanggup mendengar suara abang yang kesakitan ketika itu .
Setelah sampai di pintu kecemasan di hospital , adik melihat wajah kakngah yang berlari ke arah abang , abang
ketika itu ditolak laju ke arah bilik kecemasan . Kak ngah menangis dan menjerit kuat memanggil nama abang .
Kakngah ketika itu lupa tentang adik kerana terlalu terkejut melihat keadaan abang lalu adik memaut tangan
kakngah .
" kakngah , jangan lari adik sakit " kata adik kepada kakngah , Kakngah terus memeluk adik dan membawa
serta menemani adik untuk membuat x-ray .
Aku ketika itu masih berada di sekolah , aku berjalan pulang untuk terus ke rumah . Dalam perjalanan pulang
aku melihat jiran-jiran aku bercakap lalu melihat aku sambil tersenyum kelat . Aku berasa berdebar dengan tiba2
kerana aku terfikir mengenai abang aku itu . Aku tahu , kalau ada apa-apa berlaku di dalam keluarga aku ,
pastinya abang aku yang itu yang terkena ujian dan musibah .
Aku terus berlari dan masuk ke dalam rumah . Tepat tekaan ku ketika itu , aku melihat keadaan umi yang
sedar dan aku melihat kaklong menangis di dalam bilik . Aku mencari-cari lagi ahli keluarga aku yang lain .
Lalu aku ke dapur , aku ternampak ada gulai ketam lauk kegemaran adik dan abang aku . Allah :'(
Aku mula menangis apabila melihatkan lauk itu kerana aku terikirkan keadaan kedua-dua adik beradik aku .
Ayah pulang dan ayah meminta untuk semua ahli keluarga aku bersiap-siap untuk pergi ke hospital .
Abang aku koma selama 3 minggu dan mengalami cedera parah sedangkan adik aku pula mengalami phobia
yang teruk membuatkan dia tidak lalu makan dan takut untuk melawat abang aku ketika itu .
Kini , kejadian itu menjadi kenangan pahit di dalam memori aku dan keluarga aku . Adik aku pula kini berusia
17 tahun dan in sha Allah bakal menjadi seorang tahfiz pada tahun ini . Abang aku pula pada tahun 2017 ,
mempunyai azam yang baru dan ingin membina sebuah kehidupan yang bahagia . Namun , kita sebagai
manusia hanya mampu merancang justeru Allah lah yang maha hebat sebagai perancang dan menentukan .
Sekali lagi abang diberi ujian , abang aku kini sakit dan menderita dengan penyakit yang dibuat oleh orang .
Allahuakhbar :'(
Sabar wahai abangku , Allah sangat sayang kerana itu dirimu sentiasa diuji saban tahun . Dan kau adalah
abang yang terhebat yang seabad ini .
Mohon sahabat yang membaca entri ini untuk mendoakan kesihatan dan kesembuhan abang saya .
Sekadar perkongsian pengalaman sedih kepada semua .
Tiada niat buruk melainkan untuk mengingatkan diri ini supaya kembali kepada Allah , kerana penyakit dan ujian
daripada Allah . Jadi segala kesembuhan dan kesihatan juga daripada-Nya .
Bismillah ,
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDLI WALAA FIS SAMAA’I WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM
Artinya :
Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
fna_nasuha
luvuallwithallmyheart
No comments:
Post a Comment