Assalamualaikum w.b.t .,
Sudah lama kiranya tidak mengupdate story di dalam blog ini,Bagi insan yang setia membaca terima kasih kerana sudi membaca dan mengikuti blog ini.
Blog yang saya tulis hanya berkisarkan kisah masyarakat dan hal mengenai manusia . Yela kita pun hidup dengan manusia gak kan ,..
so , pada hari ini ingin saya ingin menulis sedikit mengenai perasaan seorang sahabat saya yang saya amat cintai . Nur .....
Berkaitan dengan tajuk senyum itu saya ingin bercerita mengenainya . Saya ingin berkongsi cerita yang diceritakan kepada saya, tujuan saya menulis blog ini pada hari ini bukanlah ingin membuka aib sahabat saya tetapi ingin berkongsi suatu nilai yang boleh diambil oleh semua pembaca .
Baiklah , Namanya NUR ...... adalah nama nya yang sangat indah seindah tuannya . Seorang gadis yang sangat jujur hatinya , baik budi bicaranya , cemerlang akademiknya juga menghormati ibu bapa juga pensyarahnya .
Bukan saya ingin promote diri sahabat saya , tetapi saya ingin menceritakan suatu cerita mengenainya .....
Pada suatu malam yang sunyi ketika saya sedang membaca novel .....
NUR .. datang menangis dan menceritakan kisahnya pada saya .... mengenai seorang lelaki yang amat mencintainya ....
NUR sudah hampir 7 tahun menjalin cinta bersama kekasihnya , namun tetap setia dan percaya kepada lelaki itu . Sudah la belajar di tempat yang jauh2 , boleh kah lelaki itu setia ??
itulah persoalan pertama di kepala saya ketika itu .... jauh saya memikirkan akan logiknya perkara itu .. Bukan apa , bagi saya lelaki tidak boleh dipercayai kerana lelaki pada usia awal 20-an tidak matang dan tidak berfikir waras apabila menjalin cinta dengan seorang wanita . Mungkin apa yang dijanjikan itu benar mungkin juga tidak ... Itulah yang bermain di dalam fikiran saya ...
Bagi kaum adam maafkan saya , mungkin itu pemikiran saya ketika itu , kerana pada akhir zaman ini , macam2 orang yang saya jumpe , pelik2 .....satu lagi saya mempunyai sebab kenapa saya berpemikiran lelaki seperti itu tidak boleh dipercayai ..
okay baiklah , saya sambung mengenai kisah NUR .....
"sahabat , lupekan lelaki itu , dia bukan yang terbaik untuk mu " kata saya kepadanya ..... Lalu dia berlalu keluar dan menangis .... Sedih saya melihat keadaan sahabat saya ....
She always cried and then happy again ..... saya kekadang hairan .... apa semua ini ? kenapa cinta seperti ini ? Jika benar cinta mengapa perlu ada tangisan ?
Apa yang saya perasan mengenai sahabat saya adalah , tumpuan nya terhadap pelajaran kian berubah , daripada seorang deans list dah berubah menjadi pelajar biasa .....
Hey lelaki , kalau benar cinta jangan buat gadis yang kau sayang seperti itu ......saya dah mula rasa panas dengan keadaan itu ...." kannn , dah banyak kali saya cakap lupekan , lupekan ... haish " ucap saya dengan nada marah ....
Selepas 2 bulan kemudian , saya melihat NUR menjauhkan diri daripada lelaki itu , hidupnya berubah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini ...saya gembira melihat perubahan itu kerana saya sayangkan sahabat saya ... Lalu saya menanyakan apa yang membuatkan dia bahagia dan kuat menghadapi semua ini .....Lalu dia bercerita kepada saya .....
Kejadian semasa NUR bersama kekasihnya sebelum ini ...
Sedang seronok otp dengan kekasihnya ....... tiba-tiba NUR melihat kemalangan di depan matanya , ketika itu NUR berada di luar rumahnya sedang otp bersama kekasihnya .......
Kemalangan itu sangat tragis sehingga menyebabkan NUR tergamam dan tidak terkata sepatah pun lalu NUR menangis di situ juga . entah kenapa dia merasa takut .....
Sebenarnya NUR takut akan dirinya tidak sempat bertaubat dengan segala perbuatannya itu , dan takut mati di dalam keadaan tidak bersedia seperti kejadian kemalangan itu ....
Lalu NUR nekad untuk berubah dan tidak ingin menjadi seperti dulu .....
NUR juga tidak meninggalkan kekasihnya begitu sahaja , dia mengahantar satu pesanan ringkas sebelum mengakhiri hubungannya itu .....
SMS yang dihantar adalah seperti ini .....
" Assalamualaikum awak , saya mintak maaf .
sampai sini sahaja hubungan kita ..
Andai benar kita berjodoh adalah nanti .
Saya doakan kebahagiaan hidup awak ,
lengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan
cinta bukan hanya sekadar di mulut ...
But , cinta letaknya di hati , Allah akan beri
pada tepat waktunya ...
Percayakan saya andai awak berniat untuk nikahi saya.
Andai niat awak sebaliknya , saya maafkan ... saya redha
dan in sha ALLAH adalah yang terbaik dan hikmah
di sebalik perkara yang berlaku . Allah izinkan sesuatu berlaku
dengan bersebab , sama ada kita sedar atau tidak ..
kehidupan yang baik atau tidak itu adalah pilihan
Kebahagiaan sementara dan Kebahagiaan yang kekal juga
pilihan . Semua benda dalam hidup kita ini mempunyai pilihan
Nak jadi baik pun pilihan . Maka istikharahlah pada ketika itu .
Maafkan saya , saya berdosa , awk berdosa kita pendosa .
Leraikan lah ikatan ini dan saya tunggu lamaran daripada awak.
Assalamualaikum kekasih ...
Selepas menghantar SMS itu kepada kekasihnya , baru saya tahu betapa sedihnya sahabat saya .... Menangis tiada hentinya ...
Ketika itu saya memahami perasaannya dan saya memeluknya lalu menenagkannya ...
Tetapi , saya dapat lihat perubahan dalam diri sahabat saya ini ,, selepas dia memutuskan hubungan itu , hubungan nya dengan Allah semakin erat dan terjaga ....
Dia kini menjadi lebih kuat malah lebih kuat daripada biasa . Saya kagum dengan peribadinya sekarang ....
itulah sahabat saya ...
#moral of story #
Dont ever n ever to judge people without knowing them.
Selagi kita tidak mengenali seseorang jangan menilai kerana boleh jadi dia lebih baik dari kita atau boleh jadi dia seorang yang hebat setelah menerima ujian .... Bagi yang pernah diuji seperti sahabat saya ini .. anda hebat , jangan rasa takut untuk berubah ... Berubahlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya . Kita pendosa , setiap hari yang kita jalani dengan dosa oleh itu kita mestilah sentiasa mintak ampun denganNYA . Allah tidak akan pernah jemu dengan taubat kita . Jangan tangguh taubat , sebab kita tidak tahu bila ajal kita .. Seterusnya , jika kita melakukan dosa , secepatnya taubat kerana jika dibiarkan dosa itu terlalu lama ia akan berbekas di hati dan apabila dosa sudah melekat di hati susah untuk dicuci ... Sebagai contoh jika dosa itu diibaratkan warna yang hitam di kuali , jika dibiarkan hitam itu bertambah pastilah sukar untuk dicuci .... Oleh itu , wahai orang2 yang saya sayang ,,, saya beringat untuk diri saya dan juga orang2 yang saya sayang , lazimi taubat itu .... Sentiasa lah bertaubat ...... Bukan kerana kita baik , tetapi kita adalah pendosa .....
oh sebelum saya terlupa , NUR juga melakukan ini bagi menghapus dosa lalunya selain itu bagi memberi ketenangan di dalam hatinya ...
Sebagai sahabat , saya melihat NUR ingin memberikan senyuman pada dirinya kepada orang lain ..
you get what i mean ?
Macam ni , everyday dalam hidup NUR ni dia akan sentiasa senyum kepada semua manusia di bumi ini except kaum adam laa ...
apa yang saya perasan lagi , NUR menjadi lebih prihatin kepada masyarakat ...
Sebagai contoh :
firstly , dia memberi makan kepada seorang non muslim di jalanan berdekatan dengan UPSI ...tu yang saya nampak tau , yang kat belakang saya tak tahu la tuuu .. hebat kan dia ..
secondly , dia memberi duit makannya kepada sahabat2 yang memerlukan , ada satu masa tu kwn saya yang lain tidak membayar duitnya lalu dia menghalalkan segalanya . wah , sangat pemurahh .... Daebak la NUR ...
thirdly , saya baru habis kelas dengannya , sayaa melihat dia memberi minum kepada seekor anjing yang kurus dan seperti kelaparan . fuhhh , yang ni extra hebat . Sebelum ni , NUR seorang yang takut kepada binatang2 . Tetapi semenjak dia melepaskan orang yang disayangi dia menyayangi insan2 dan makhluk2 lain dengan sepenuh hati .....
Hati NUR kini penuh dengan kasih sayang dan senyuman di bibirnya tidak pernah hilang ....
Itulah serba sedikit mengenai sahabat saya ...
semoga bermanfaaat kepada semua ...
Loveuwithallmyheart
-fna-