Saturday, 8 October 2016

Contoh Soalan Dan Panduan Ujian Medsi Terkini

Contoh soalan dan panduan menjawab temuduga atau menduduki ujian Medsi UPSI terkini. Seperti sedia maklum, ujian Medsi (Malaysian Educators Selection Inventory) adalah ujian saringan untuk menguji minat bakal calon terhadap institusi perguruan. MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

Format Ujian MedSi
  •     Mengandungi 300 soalan dan dijawab dalam masa 1 Jam
  •     Mempunyai  4 bahagian
  •     Bhg 1 : Personaliti 110 item
  •     Bhg 2 : Minat kerjaya 60 item
  •     Bhg 3 : Nilai intergriti 70 item
  •     Bhg 4 : Kecedrasan emosi 60 item
  •     Medsi adalah berbentuk aneka pilihan
Panduan Menduduki Ujian Medsi
  1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web www.mpm.edu.my
  2. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web www.mohe.gov.my
  3. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM(Majlis Peperiksaan Malaysia).
  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  5. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.
  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
  8. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
  9. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
  10. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
  11. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

Contoh Soalan Dan Panduan Ujian Medsi
http://4.bp.blogspot.com/_FclMQG0VU6s/TEWGzP5YzjI/AAAAAAAAAGE/4q96e3mN8OA/s1600/INSAK5.jpg

Pelangi indah sebaik Hujan yang Lebat

Assalamualaikum para pembaca blog semua ... saya amat merindui untuk menulis blog saya ini yang agak lama saya tinggalkan . Saya tidak dapat membuat cerpen2 yang lain di atas kesibukan yang melanda :) . Semenjak masuk semester 3 ini , semakin besar dan semakin berat ujian yang perlu saya tempuhi . Itu baru saya , orang2 biasa , macam mana laa orang2 hebat yang berjawatan , mesti mereka juga tidak kurang hebat juga ujian yang mereka terima . Tetapi , berbalik kepada pegangan utama kita lah iaitu Al-quran dan Sunnah ... Seperti kita ketahui dari sejak kecil lagi bahawa orang yang diuji adalah orang yang dicintai oleh Allah . sebab ape ? Kerana Allah rindukan tangisan , Allah rindukan rayuan , dan rindukan Hambanya yang sering meminta dan berdoa pada Malam yang syahdu iaitu 2 rakaat iaitu solat sunat tahajjud . "Wahai diri yang bergelar manusia , usahlah kau sombong kerana dirimu dicipta dariNya ".  Sentiasa ingat sahabat semua kita manusia dan hamba tidak lari dari membuat kesilapan . Oleh itu , senantiasalah kita memohon ampun dan beristighfar kepadaNya di atas segala salah dan silap . Buat sahabat2 yang sedang dilanda masalah dan ujian yang berat sedarlah dan ketahuilah Allah melihatmu dengan pandangan kasih sayang . Allah memberi sesuatu ujian sesuai dengan kesanggupanmu , bukan saja2 Allah turunkan ujian dan musibah tanpa ada hikmah disebalik ujian dan mehnah itu . Bersyukurlah jika kau punyai ujian hidup kerana Allah masih mengingatimu dengan cara memberi ujian agar kau sedar bahawa hidup ini tidak hanya duniawi semata-mata . Malah untuk ukhrawi jua  .

Saya pernah diuji dengan ujian yang paling berat mungkin ujian itu berat bagi saya kerana itu adalah tahap kemampuan diri saya terhadap ujian yang diberikan . Sungguh ketika detik itu , dapat saya rasakan saya tidak larat untuk menceritakan masalah saya pada manusia kerana manusia hanya mampu berkata2 disaat kita ditimpa ujian , mereka tidak betul2 memahami dengan situasi diri kita . Akhirnya , saya membuat keputusan untuk meluahkan segala2nya pada sang Pencipta yang merindui diri yang leka ini . Saya meminta , merayu , memohon agar dikuatkan iman apabila menghadapi ujian2 mendatang , syukur , saya mampu dan kini saya mampu tersenyum . Malah tika ujian datang menyapa , saya tetap sedih kerana itu lumrah sebagai seorang manusia , tetapi apa yang ingin saya kongsikan adalah saya mampu berdiri di atas kaki saya sendiri ketika saya diselubungi masalah dan tanpa saya menangis di depan teman2 saya . Jujur saya katakan , saya merasakan hati saya berdegup untuk berdoa dan berkongsi cerita pada sang Pencipta kerana saya yakin ujian itu daripadaNya , justeru itu saya yakin hanya Dia mampu mengeluarkan saya dari masalah dan ujian yang saya hadapi .. Apabila saya menjaga hubungan dengan Sang Pencipta , saya dapat merasakan suatu ketenangan yang luar biasa yang tak mampu diucap dengan kata2 , tapi dapat dirasai dengan hati . Dan tatkala diri ini merasa jauh dari Sang Pencipta , dapat saya rasakan ketenangan sebelum ini kian hilang dan pudar . Sahabat semua , Carilah ALLAH ketika senang mahupun susah jangan cari Allah hanya pada ketika sahaja . Nasihat saya bukan mengatakan diri saya sempurna dan terbaik , kerana diri saya ini penuh dengan kesilapan ini lah saya mahu sahabat2 yang lain tidak melakukan kesilapan seperti saya lakukan . 

Bersyukur dengan apa yang kita ada , redha dengan kehilangan , ikhlas jika itu bukan milik kita , senyum tika kita dikhianati dan memaafkan bagi orang yang pernah melukai mu . Sukar untuk kita memafkan seseorang jika dia pernah melukai hati kita , tapi Allah suka  dan sayang kepada orang yang mudah meminta maaf walaupun bukan salah diri nya . Namun , lebih baik jika kita mudah untuk memberi kata maaf kepada orang yang bersalah kepada kita . Nikmatilah hidup ini dengan mendapat redha Allah malah hidup kita akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT . Doakan buat Baginda SAW , buat sahabat2 baginda , buat kedua ibubapa , buat ahli keluarga , buat guru2 , buat sahabat2 dan saudara2 kita diluar sana agar kuat menghadapi mehnah dan tribulasi . Moga ALLAH redha . Bersama meraih mardhatillah . 

-fna nasuha- 

Pelangi indah sebaik Hujan yang Lebat

Assalamualaikum para pembaca blog semua ... saya amat merindui untuk menulis blog saya ini yang agak lama saya tinggalkan . Saya tidak dapat membuat cerpen2 yang lain di atas kesibukan yang melanda :) . Semenjak masuk semester 3 ini , semakin besar dan semakin berat ujian yang perlu saya tempuhi . Itu baru saya , orang2 biasa , macam mana laa orang2 hebat yang berjawatan , mesti mereka juga tidak kurang hebat juga ujian yang mereka terima . Tetapi , berbalik kepada pegangan utama kita lah iaitu Al-quran dan Sunnah ... Seperti kita ketahui dari sejak kecil lagi bahawa orang yang diuji adalah orang yang dicintai oleh Allah . sebab ape ? Kerana Allah rindukan tangisan , Allah rindukan rayuan , dan rindukan Hambanya yang sering meminta dan berdoa pada Malam yang syahdu iaitu 2 rakaat iaitu solat sunat tahajjud . "Wahai diri yang bergelar manusia , usahlah kau sombong kerana dirimu dicipta dariNya ".  Sentiasa ingat sahabat semua kita manusia dan hamba tidak lari dari membuat kesilapan . Oleh itu , senantiasalah kita memohon ampun dan beristighfar kepadaNya di atas segala salah dan silap . Buat sahabat2 yang sedang dilanda masalah dan ujian yang berat sedarlah dan ketahuilah Allah melihatmu dengan pandangan kasih sayang . Allah memberi sesuatu ujian sesuai dengan kesanggupanmu , bukan saja2 Allah turunkan ujian dan musibah tanpa ada hikmah disebalik ujian dan mehnah itu . Bersyukurlah jika kau punyai ujian hidup kerana Allah masih mengingatimu dengan cara memberi ujian agar kau sedar bahawa hidup ini tidak hanya duniawi semata-mata . Malah untuk ukhrawi jua  .

Saya pernah diuji dengan ujian yang paling berat mungkin ujian itu berat bagi saya kerana itu adalah tahap kemampuan diri saya terhadap ujian yang diberikan . Sungguh ketika detik itu , dapat saya rasakan saya tidak larat untuk menceritakan masalah saya pada manusia kerana manusia hanya mampu berkata2 disaat kita ditimpa ujian , mereka tidak betul2 memahami dengan situasi diri kita . Akhirnya , saya membuat keputusan untuk meluahkan segala2nya pada sang Pencipta yang merindui diri yang leka ini . Saya meminta , merayu , memohon agar dikuatkan iman apabila menghadapi ujian2 mendatang , syukur , saya mampu dan kini saya mampu tersenyum . Malah tika ujian datang menyapa , saya tetap sedih kerana itu lumrah sebagai seorang manusia , tetapi apa yang ingin saya kongsikan adalah saya mampu berdiri di atas kaki saya sendiri ketika saya diselubungi masalah dan tanpa saya menangis di depan teman2 saya . Jujur saya katakan , saya merasakan hati saya berdegup untuk berdoa dan berkongsi cerita pada sang Pencipta kerana saya yakin ujian itu daripadaNya , justeru itu saya yakin hanya Dia mampu mengeluarkan saya dari masalah dan ujian yang saya hadapi .. Apabila saya menjaga hubungan dengan Sang Pencipta , saya dapat merasakan suatu ketenangan yang luar biasa yang tak mampu diucap dengan kata2 , tapi dapat dirasai dengan hati . Dan tatkala diri ini mersa jauh dari Sang Pencipta , dapat saya rasakan ketenangan sebelum ini kian hilang dan pudar . Sahabat semua , Carilah ALLAH ketika senang mahupun susah jangan cari Allah hanya pada ketika sahaja . Nasihat saya bukan mengatakan diri saya sempurna dan terbaik , kerana diri saya ini penuh dengan kesilapan ini lah saya mahu sahabat2 yang lain tidak melakukan kesilapan seperti saya lakukan . 