Saturday, 3 October 2015

aNdAi ItU tAkDiR kItA


“yeay,PAST !PAST!PAST! haha , hoorey !”!” , teriak gadis periang ini. “untunglah kau umai kau lepas ujian medsi” kata Farah kepada sahabatnya.Baru lepas ujian medsi dah gembira yang teramat itu lah seorang gadis yang periang yang diberi nama SITI NUR UMAIRAH BINTI SALEHUDDIN. “rileks la beb, aku saje je , actually aku takut jugak . Yelaa , lepas ujian ni confirm ade interview wei.Mahu cabut lutut aku”ujar umai.Lalu Farah membalas “ha , tahu pun , kalau aku pun mahu ketaq lutut oi.” Farah saja untuk menakutkan sahabatnya, “tak mau la aku pergi interview tu” ujar umai “hahaha , aku lawak jaa kalau kau tak pergi interview tu macam mana kau nak jadi cikgu wahai cik umairah oit”kata Farah kembali. “tu la pasal , alaaaa , kacang tanah je semua itu . umai mesti boleh . chaiyokkk ”kata umairah sambil mengangkat tangannya sebagai tanda semangatnya untuk berjuang.Selepas itu , mereka pulang ke rumah masing-2 selepas menyemak keputusan
 ujian medsi di cybercafé.Kini , umairah membilang hari untuk terus berjuang untuk menjadi seorang guru dan pendidik yang berkaliber.Tetapi sebelum itu , umairah haruslah melepasi interview terlebih dahulu.Ketika di dalam kereta , si umairah tidak habis-2 berselawat dan berdoa di dalam hatinya.Al maklumlah temuduga ini merupakan first interview nya.Segala simple note penuh di tangan umairah akibat perasaan nervousnya tiba-2 datang .Umairah masih sopan di kerusi sambil memegang note nya itu sehinggalah namanya dipanggil “SITI NUR UMAIRAH BINTI SALEHUDDIN” kata akak yang memanggil nama itu . Justeru , dengan perlahan umairah memasuki bilik temuduga itu lalu melabuhkan punggungnya di kerusi itu.Umairah menjadi semakin berdebar memandangkan kedua-dua ahli panel itu adalah lelaki dan raut wajahnya agak kelat.Umairah diminta perkenalkan dirinya terlebih dahulu , “okay baiklah , bolehlah  awak perkenalkan serba sedikit tentang latar belakang awak okay
 yer cik siti nur umairah”. Dengan nada yang lembut umairah memperkenalkan dirinya , “nama saya siti nur umairah binti salehuddin , saya berasal dari taiping Perak . Saya berumur 19 tahun . saya belajar di SMKA AL MURSYIDIN .Seterusnya , saya menyambung belajar di kolej Matrikulasi Pahang(kmPh).” Ringkas dan padat jawapan yang dilontarkan lalu umairah berasa agak lega sedikit kerana dia mampu mengawal perasaan nervousnya itu . Ahli panel mengajukan pelbagai soalan kepada umairah sehinggalah mengambil masa yang lama lalu berakhirlah sesi interview bagi umairah.

“tahniah anda berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS……..” tertera sepotong ayat ini di screen laptop umairah yang mengakibatkan kegembiraan di dalam hidupnya . “ umi ! ayah ! berjaya !” kata umairah kepada kedua orang tuanya itu. “mumtaz la anak umi , Alhamdulillah” balas uminya dengan nada yang gembira Lalu bermulalah kehidupan umairah sebagai pelajar upsi .Umairah senang dengan keadaan dan fasiliti yang terdapat di upsi kerana menyediakan segala kemudahan yang baik.Umairah juga sentiasa berdoa agar dikurniakan sahabat dan ahli housemate yang baik-baik.Walaupun umairah seorang gadis yang biasa sahaja dari segi agamanya tetapi jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang wanita yang baik.Umairah seorang wanita yang periang , peramah, garang dan agak keras kepala  dan juga seorang gadis yang jelita .Hari-2 sebagai pelajar tidak membuatkan umairah lupa tanggungjawabnya sebagai hamba kepada yang ESA ,
 tambahan lagi Umairah gemar melakukan solat dhuha .Umairah pada luarannya agak simple , bertudung tidak terlalu labuh , tidak memakai stoking dan handsock seperti wanita muslimah yang lain tetapi Umairah seorang gadis yang sangat menjaga batas pergaulannya.Namun , telah terjadi satu insiden dalam hidup umairah apabila dia terlibat dengan hamba Allah ini.Kisahnya bermula apabila Umairah ini lalai sehingga beg plastiknya boleh tertukar dengan orang lain.Pada satu petang, umairah dan rakan-rakannya merancang untuk berjalan-jalan dan membeli barang keperluannya di Pekan Tanjong Malim. “oit , deme semua dok lapar ke ?” tanya saleha kepada rakan-rakannya yang lain. Lalu umairah dengan pantasnya menjawab  sambil mengangkat tangannya bagaikan anak kecil yang kelaparan “ umai laparrrr ” . “jom makan kfc korang ? ” ajak syerah kepada rakannya . “ jom ” balas umairah.Keadaan di dalam kfc agak sesak menyebabkan tempat itu panas.Tanpa berkata banyak
 mereka makan dan menghabiskan makanan dengan pantas lalu keluar dari kfc itu akibat kepanasan . Tanpa mereka sedari Umairah masih berada dalam kfc lagi kerana ingin membungkus air.Sambil umairah berjalan keluar dia menebuk air itu dengan penyedut minuman , umairah berjalan laju tanpa memandang di depannya lalu telah terlanggar seseorang sehingga airnya tertumpah ke arah orang itu. “maaf , saya tak sengaja .” kata lelaki itu , “apa maaf-maaf haaa ? haiyya , takkan tak nampak kot aku punya la besar kat sini . lain kali jalan pakai mata , bukan pakai lutut tau .”sembur umairah kepada lelaki itu mengakibatkan suasana kembali senyap seketika umpama hanya ada umairah dan lelaki itu .Tanpa membuang masa, umairah menunduk ke lantai lalu mengambil ke semua beg plastiknya lalu dengan pantasnya dia meninggalkan lelaki itu tanpa minta maaf. “ oit , korang tunggu la umai” jerit umairah perlahan . Lalu umairah berlari anak ke arah kereta sahabatnya syerah
 “yer cepat lah umai , kiteorang ade group discussion plak nanti ,” balas suria.Akhirnya, mereka sampai di kediaman mereka iaitu di kampus baru . “oh tuhan , penatnya harini” luah umairah.Umairah membersihkan dirinya lalu menunaikan solat isyak , selesai solat isyak dia mengambil masa untuk membaca al-quran sebanyak 4 muka surat . Itulah rahsia Umairah dalam kehidupannya iaitu dalam sehari mesti membaca al-quran dan menunaikan solat sunat dhuha kerana baginya semakin jauh dari ibu bapa banyak gejala-2 yang negative yang boleh terpengaruh kepada dirinya.Oleh sebab itu , umairah mengambil pendekatan untuk mengaji dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan dirinya dengan sang Pencipta.
“Bangun semua sahabat ku sekalian !!!!! ” jerit saleha seawal jam 5 pagi . “ayoooo , awalnya , arghhhh mengantuk . Lalu , bagi ahli housemate mereka yang terjaga dapatlah melakukan qiam pada pagi-2 ini . setelah selesai segala nya Umairah terasa ingin menyambung kembali tidur , dengan perlahannya dia menarik selimutnya .Namun , tidak menjadi setelah matanya tertancap pada beg plastiknya lalu bergerak kearah plastic itu untuk mengambil novel yang telah dibelinya . “elok juga kalau habiskan buku ini harini memandangkan harini hari cuti , whatttttt !!!!!!”jerit umairah perlahan . “ ape hang ni umai diam sikit aku nak tido ni ” marah suria. “ macam mane boleh xde pulak novel umai ni ”, kata umairah sambil menunjukkan beg plastik itu pada suria . “series xde , tu ape dia dalam tu ” kata suria dengan nada terkejut . “ ni semuanya buku muzik lah , umai rase umai tertukar dengan oranglah . Tapi umai ade tulis terus nama dan number phone
 umai pada novel tu .Sejak kehilangan novelnya itu , umairah menjadi makin meluap-luap marah pada lelaki yang telah melanggarnya itu.Seharian umairah mengambil angin di belakang kolej kediaman sambil mendengar lagu kegemarannya . Umairah dengan fokusnya menekan punat butang di telefonnya lalu dia terjatuh ke atas jalan kerana dia telah dilanggar oleh penunggang basikal . “adui , sakitnyaaa . Ya Allah sakitnya , darah !!!!! ” jerit umairah lalu tidak menyedarkan diri . Setelah sedarnya umairah kepalanya terasa amat sakit lalu dia merasa lebih sakit di bahagian lutut dan sikunya. “ maaf , saya tak sengaja cik ? ” soal lelaki itu seolah-olah tidak tahu ape-2. “sememangnya ada ke dalam dunia ni orang yang saja-2 langgar orang ? hanya ade sorang je manusia yang macam tu . ” kata umairah lalu menjelingkan matanya kerana sakit hati dengan lelaki itu . “ouh , siapa manusia macam tu erh ?”Tanya lelaki itu. “kau la mangkuk , and nak minta maaf
 konon ” ujar umairah lalu menjuihkan bibirnya lalu meminta izin kepada jururawat yang merawatnya disitu. “ awak . ape name . . . haa umairah , ni haaaa saya nak pulangkan buku ni kat awk . erh , bukan pulangkan , maksud saya nak bagi balik dekat awk sebab kita dah tertukar beg plastic seminggu lepas di kfc.” Jelas lelaki itu . “ oh erk ? kau ni tak habis-2 nak menyusahkan hidup aku , haishh tolong lah ” kata umairah . Setelah itu , lelaki itu menghulurkan buku itu pada tuannya iaitu pada umairah “ nah , buku novel adam&hawa awak . nanti baca lah sampai muak yer . hehehe ” ejek lelaki itu sambil tersengih . “tolonglah nak ber awak dan saya dengan aku , esok aku bagi buku kau , kau fakulti mane ? nanti senang aku hantar kat fakulti kau terus . ” soal umairah . “saya fakulti seni persembahan , tapi saya takde kelas esok , saya Cuma ada latihan untuk persembahan next week . jangan lupa datang yer ” balas lelaki itu . “hmmm , okay la
 aku chiow dulu . assalam ” ucap umairah lalu terus pulang ke kolejnya untuk berehat . “Ya Allah , tak solat lagi ! ” kata umairah lalu terus mengambil wudhuk dan terus menunaikan solat asar . usai solat , umairah terus mengambil novel adam&hawa untuk dibaca namun , dia terhenti lalu mengambil buku milik lelaki itu dan membuka kulit hadapan buku itu . “Namaku zar_ed ****** music is my style *_*  ~ mohd zahid bin zulkepli ~sem5~” “alahai , minat muzik rupanya mamat ni , hahaha patutlah lembut ” gumamnya sendiri.
“umai nak pergi mana ni hujung minggu ni , dengan pakaian macam nak pergi majlis je , nak pergi mana ni ? ” soal syerah . “umai nak pulang buku ni dekat sorang budak laki ni , dia suruh pulangkan harini sebab dia kata harini persembahan dia di dewan besar.” Jelas umairah kepada rakannya syerah.Umairah memakai tudung halfmoon dan blouse yang sangat cantik lengkap tanpa memakai sedikit pun make up di wajahnya kerana umairah sudah cantik tanpa memakai apa-2 solekan pada wajahnya.Sampai saja di dewan tersebut , umairah mengajak syerah untuk terus mencari lelaki itu dan segera pulang . ketika ralit umairah mencari-2 dia terkejut dengan sergahan seorang lelaki “ ohh mak kau ! erh kau ni kan , apesal laa kau sergah-2 aku macam ni pulak adeshhh ” marah umairah kepada zahid. “thanks sebab datang umairah ” “ek eleh kau ni , aku nak bagi buku kau ni haa , tu jer , memang tak lah nak dengar kau nyanyi ” balas umairah . “hurm , yelaa umairah oii
 , ikut awak lah nak tengok ke tak .” balas zahid dengan nada kecewa .syerah dan umairah segera keluar melalui pintu besar di dewan itu dan dalam hendak berjalan keluar , umairah dapat menangkap suara zahid itu yang sama seakan rakan sekolahnya . “ kenapa umai ? nak masuk balik ke ? ” soal syerah . “jap eh , kenapa umai rasa macam pernah dengar je suara dia ni , dan lagu ni macam umai pernah dengar  , entah la ”jelas umairah.
Sejak malam persembahan nyanyian mohd zahid bin zulkepli itu , telah membuat fikiran umairah bercelaru . umairah serasa ingin memeluk lelaki itu , tetapi jauh di benaknya memikirkan akan kewarasan itu.Apabila perasaan sebegitu menerpa ke dalam fikirannya , umairah segera menunaikan solat sunat dan membaca al-quran bagi mengurangkan segala kekusutan dikepalanya . semakin dia berfikir semakin sakit kepalanya. “ umai , ade orang nak jumpa kau , dia kata nama dia zahid.” Kata Bella kepada sahabatnya. “cakap dekat dia umai demam . umai taknak jumpa sesiapa harini.” Balas umairah . “umai , saya nak jumpa sekejap saja , just nak cakap terima kasih je , janji tak lama ” jerit zahid perlahan di tingkap rumah umairah. Umairah segera mencapai tudung lalu keluar untuk berjumpa dengan zahid “cantik ” kata zahid perlahan yang kedengaran di telinga umairah yang menyebabkan umairah agak tidak selesa.“cepat lah , kau nak cakap terima kasih je kan . haa
 okay dah , same-same kasih . ” lalu umairah tersenyum pahit dan terus masuk ke dalam biliknya . setelah berjumpa dengan lelaki itu , jantung umairah berdegup kencang seakan perkara sebegitu pernah dialaminya.“ assalam , umairah . harini saya nak ajak awak makan boleh ?” Tanya zahid dalam sistem pesanan ringkas(sms) kepada umairah . umairah hanya tersenyum kelat setelah membaca mesej yang dihantar oleh zahid. “maaflah yer , aku sibuk sekarang ada kelas ” tipu umairah kepada zahid lalu dia meneruskan perjalannya menghirup udara yang segar sambil melihat pemandangan yang indah sambil memuji kebesaran Allah . Ketika leka umairah dengan pemandangan sekelilingnya , umairah terlihat kelibat zahid di taman itu dan dengan pantasnya umairah berlari anak untuk mengelakkan diri daripada lelaki itu. “ awak nak pergi mana ni , kenapa macam cemas je ? ” soal zahid . “takde lah , aku nak cari kerongsang aku terjatuh tadi ” ujar umairah sebagai alasan
 . “awak , jom teman saya makan kat luar kampus ? saya janji sekejap je . ” ajak zahid . “ ermmm ” ucap umairah sambil merenung lama . “ okay jom ” ajak zahid dengan bersungguh .

Zahid membuka pintu kereta kepada umairah . “silakan masuk umai ku sayang ” kata zahid yang menyebabkan umairah terkejut dan berhenti dari memasuki kereta zahid . “so sorry , saya bergurau je , al maklumlah esok saya ada persembahan lagi , ni sebagai latihan saya jer” ujar zahid sambil tersengih.setelah itu zahid mengajak umairah untuk menemaninya ke rumah sebentar untuk mengambil barangnya di rumah . Lalu , zahid mempelawa umairah untuk masuk ke dalam rumahnya . “ erh , takpe lah kau masuk lah ambil barang kau, aku tunggu kau kat luar jer ” kata umairah kepada zahid . umairah berasa sangat lama menunggu zahid di luar rumah lelaki itu , lantas dengan beraninya umairah masuk ke dalam rumah zahid untuk mengajak zahid segera pulang ke kampusnya.ketika umairah melangkah masuk , umairah melihat rumah zahid cantik dan tersusun kemas dan rapi seperti ada yang menjaga rumah itu . “ zahid , kau dekat mane ha ? ”soal umairah dengan kuatnya .
 Beberapa minit kemudian , umairah terdengar bunyi bising daripada luar dan dia melihatkan ramai orang di luar rumah zahid . lalu , mereka menyerbu masuk ke dalam rumah untuk menangkap umairah dan zahid di atas kes khalwat , ketika itu , zahid keluar dari biliknya dengan berseluar pendek dan tidak berbaju telah membuatkan kes ini terbukti benar . setelah itu , umairah menangis semahunya , “encik , sumpah . saya memang tak buat ape-ape dengan lelaki ni , saya cuma tunggu dia sebab dia nak mengambil barang di biliknya ” kata umairah dengan nada lemah . manakala zahid hanya membatu dan berdiam diri sahaja , tidak membela dirinya mahupun diri umairah. “jadi , apa yang encik hendak buat kepada kami ? ” soal zahid . “jalan terbaik bagi kamu berdua adalah berkahwin ” kata seorang lelaki . “ tidak , mana mungkin , saya seorang pelajar saya ada tanggungjawab saya sebagai pelajar , kau cakap la zahid kat diaorang yang kita tak buat ape-ape pun . kau
 cakap laa . kenapa kau diam ? hoi , kau cakap lah zahid ? ” jerit umairah pada zahid dengan kuatnya . Tidak lama selepas itu , ibu bapa umairah telah datang bagi menyelesaikan segala permasalahan ini . “umairah , sabar yer nak . mende dah jadi kan , umi tak marah kan kamu berdua , umi harap umai dapat menerima zahid sebagai suami yer sayang ” kata umi umairah dengan nada yang sangat lembut . “tak , mende ni mengarut umi , umai tak nak lelaki ini , umai tak pernah cintakan dia umi . ” ujar umairah dengan sayu sambil menangis dengan teresak-esak seperti orang yang kehilangan nyawa.setelah meminta simpati dari uminya , setelah itu , umairah memegang kaki ayahnya lalu “ ayah , umai tak buat semua tu , tolong percayakan umai , umai tak nak bernikah dengan dia , umai tak kenal dia . tolong lah umai ayah ….” Sendu umairah berkata . Umi dan ayah umairah segera mendapatkan anak gadisnya lalu menenangkan anaknya itu lantas memapah anaknya untuk
 memasuki kereta , sebelum memasuki kereta umairah ternampak ayahnya mengusap perlahan belakang badan zahid dan terus masuk ke dalam kereta.

Majlis pernikahan di antara mohd zahid dan siti nur umairah hanya diadakan majlis kecil-kecilan sahaja dan hanya ahli-2 terdekat sahaja yang dijemput.kini umairah disuruh oleh kedua orang tuanya untuk terus tinggal di kondo milik mohd zahid iaitu suami kepada umairah.umairah hanya akur dengan permintaan kedua orang tuanya kerana dia tidak ingin menjadi anak yang derhaka dan isteri yang derhaka . siti nur umairah cukup arif bab ini .Tetapi perasaan bencinya terhadap mohd zahid tidak boleh dipadamkan kerana peristiwa hitam yang berlaku.sebelum ini , umairah masih boleh menerima zahid sebagai kawannya dan hatinya seakan boleh menerima lelaki itu , tetapi dek kerana peristiwa dulu , sudah tiada ruang untuk zahid di hati umairah.Perasaan bencinya terhadap zahid teramat lah mendalam . “umai , awak buat ape tu ? sy nak pergi ke kelas dulu yer , awak jaga diri di rumah yer , makanan dah saya sediakan di dapur. Kalau awak perlukan apa-apa just text saya okay
 .” pesan zahid kepada umairah dan menghulurkan tangannya dan berharap agar umairah menyambut salamnya.Namun zahid hampa , salamnya tidak disambut oleh umairah.Tetapi , hal itu tidak pernah menjejaskan perasaan sayangnya terhadap isterinya itu kerana umairah telah sah menjadi miliknya . Zahid perlu banyak berdoa agar hati isterinya lembut dan dapat menerima dirinya sebagaimana dia menerima kehadiran umairah di dalam hidupnya. Perkahwinan mereka telah mencecah enam bulan namun layanan zahid terhadap isterinya tidak pernah berubah , masih setia dan sayangkan umairah. Tetapi umairah seakan tidak dapat menerima zahid , walaupun jauh di sudut hati umairah sudah ada rasa cinta kepada zahid . Zahid sibuk dengan kerja-kerjanya di studio sehingga membuatkan umairah merasa bosan untuk terus berada di rumah “bosannya , nak buat ape kalau tak belajar dah . ruginya hidup macam ni . hishhhh . ”kata umairah sambil membelek-belek buku di dalam laci dalam biliknya
 itu . “buku ape ni ?” soal umairah dalam hatinya lantas dia membuka buku itu . “ cintailah cinta yang telah menciptakan cinta , ikhlas dari hati untukmu ” helaian pertama bagi buku catatan milik zahid . “eleh , bercinta rupanya si sengal ni , dah kenapa dia tak pertahankan cinta dia untuk kekasih dia erk ? fikir umairah lalu meneruskan helaian nya . umairah ralit dengan ayat-2 di dalam buku tersebut lalu dia terhenti pada ayat tersebut “ jika benar cintakan dia , tetap disisinya dan ubah dirinya menjadi yang terbaik bukan tinggal dan cari yang lebih  baik . btw , thanks yer awok ^^ ”  “wow , so sweet cinta si zahid ni . siapa la perempuan malang tu yang dapat kau erk” ngomel umairah sendiri . umairah membaca buku zahid sehinggalah pada helaian belakang lalu air mata jernih umairah jatuh buat kali pertama untuk lelaki itu iaitu zahid. Pada helaian itu , umairah membacanya dengan berulang kali “ di  saat aku kehilangan kedua ibu bapaku
 tak siapa yang bertanya makan minumku , hidupku tidak ada arah sehingga muncul nya kau dalam hidupku ibarat cahaya yang menerangi kegelapan , Ya , aku sangat bahagia , kau ibarat bidadari , kau bimbing diriku yang kurang dalam didikan agama, ibu dan ayah mengajar dan memberi aku kemewahan dunia kepada aku tetapi dia meninggalkan aku tanpa sempat mengajar kan aku erti kekayaan di akhirat , lalu aku tumpang berteduh dan meraih kasih sayang dengan ibu saudara ku , tetapi aku hanya bertepuk sebelah tangan , mereka memulaukan aku ~hanya kau ~ mengapa kau harus pergi~ kau meninggalkan aku ~kau terlibat dengan kemalangan ~ kini aku sendirian lagi tanpa kasih dan sayang dari mu !_! ” lalu umairah mengelap air mata nya lalu menyimpan buku itu di tempat asal.Umairah sudah bertekad untuk melayan zahid dengan baik.



“Assalamualaikum awak ” ucap umairah kepada zahid , lalu membuatkan perasaan zahid dibuai-buai. “ wassalam aw…aa…kkk , eh sayang ” balas zahid dan terus menyambung kata “lama dah saya tak dengar umairah memberi salam kepada saya ” “ kenapa ? sebelum ini saya pernah kenal awak ke ? ” soal umairah . “ awak memang pernah kenal saya , dan kita memang kenalan rapat , nanti awak fikir lah siapa saya di hati awak ? ” jawab zahid . “ oh , I see . tapi saya tak dapat ingat langsung siapa kawan-kawan saya atau siapa orang yang pernah rapat dengan saya . saya hanya ingat kedua orang tua saya sahaja . takde yang lain dah . ” kata umairah dengan penuh yakin . “ betul ni ? cuba awak ingat semula . ” soal zahid dengan penuh berharap . “ betul laa , hmm yer , nanti saya ingat laa . kenapa ? penting sangat ke untuk saya ingat tu semua ? ” soal umairah . “ memang penting bagi saya , erm , takde ape la . just nanti kalau awk dah ingat
 terus bagitahu saya eh ? ” kata zahid . “ oh okay in sha Allah ” balas umairah .
Pada pagi hening begini , seperti biasa umairah akan menyiapkan makanan pagi buat zahid . umairah memasak nasi goreng dengan air kopi dengan perasaan gembira kerana dia telah membuat pilihan untuk terus berada disisi zahid dan terus mencintai lelaki itu . sedang leka umairah menyiapkan sarapan pagi , umairah terdengar bunyi telefon yang berdering di atas meja . umairah serba salah untuk mengangkat telefon suaminya , namun telefon itu tetap berdering yang membuatkan umairah terpaksa mengangkat telefon itu . “ assalam , abang ila nak cakap yang  Damia ni tengah demam panas , saya harap simpati abang untuk datang ke rumah saya , hello abang ? ” Tanya suhaila dalam telefon . selepas mendengar ucapan perempuan itu , umairah menangis lalu meletakkan panggilan tersebut . umairah puas memikirkan siapa perempuan di dalam talian pagi tadi . umairah sakit hati kerana dia sudah memberi hati dia untuk zahid namun , zahid sepertinya sudah ada perempuan
 lain . umairah sudah tidak berdiam diri kerana dia bertekad untuk mengetahui sendiri siapa kah perempuan yang di dalam talian . “ mana laa gambar-2 ni ? ehh , kenapa ada gambar aku dan dia bersama-sama ? aikkk , pening laa ” ngomel umairah sendiri . umairah kemudiannya membuka almari dan di dalam almari itu terdapat laci “ susahnya nak buka laci ini , haaaa tu pun kuncinya ” ujar umairah lalu membuka laci itu .umairah terkejut dan ibarat dipanah halilintar kerana umairah terjumpa gambar perkahwinan zahid dengan seorang perempuan lain , dan perempuan itu seperti orang yang amat dikenalinya . “ sampai hati awak tipu saya zahid ” zahid membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh umairah lalu terus bingkas untuk pulang ke rumah . Hati nya serasa berdegup  kencang kerana memikirkan isterinya berada di rumah . Entah kenapa dia berasa ada sesuatu perkara buruk yang berlaku . 

"Ya Allah semoga umairah tidak membuat keputusan yang membahayakan " doa zahid dalam hatinya .
sesampainya dia di rumah dia terus meluru masuk ke dalam rumahnya dan menerjah ke ruang biliknya untuk mencari umairah , sekali lagi umairah meninggalkan dirinya .Zahid menangis semahunya kerana ini merupakan kali kedua umairah meninggalkannya . " Ya Allah berilah kepada hambamu ini kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan mu ini " sambil menadah tangan Zahid berdoa kepada sang pencipta .



Beberapa tahun sebelumnya , Umairah dan Zahid adalah pasangan kekasih ketika mereka masih menuntut di upsi . Mereka menamatkan zaman bujang mereka selepas mereka mendapat pekerjaan iaitu menjadi pendidik . Namun , manusia hanya mampu merancang sesungguhnya Allah yang Maha Hebat telah menentukan segalanya . Justeru itu , kedua orang tua umairah dan suaminya bercadang untuk membantu mengembalikan ingatan umairah dengan memasukkan zahid dan umairah ke upsi semula supaya kenangan mereka dapat mengingatkan umairah tentang zahid Umairah terlibat dalam kemalangan nahas yang mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kepalanya yang menyebabkan hilang ingatan .  " yang aku hairannya ed , dia hanya lupa kau jer sekarang ni , mak ayah dia masih jer dia ingat " ujar rafiq iaitu sahabat karib zahid ketika menuntut di upsi dahulu . Sebelum terlibat dengan kemalangan Umairah telah memaksa  suaminya iaitu zahid untuk menikahi dengan rakan baiknya atas alasan dia tidak mampu memberikan zuriat .
"betul kau kahwin lagi ? " tanya rafiq . "betul," jawabnya perlahan .Namun , tidak ada riak gembira ataupun sedih di wajahnya . Air mukanya biasa-biasa sahaja. " macam mana four in one kau tu ? " tanya rafiq . " isteri aku yang minta macam ni , dia cakap kalau aku tak ikut permintaan dia , dia akan sedih " kata zahid  lalu memberi senyuman hambar kepada rafiq . Rafiq masih ingat gurauannya puluhan tahun yang lalu . zahid merupakan seorang yang sangat unik kerana dia mempunyai isterinya yang sangat cemburu iaitu umairah . zahid bertemu dengan shuhaila iaitu rakan baik umairah . panjang lebar mereka berborak mengenai umairah ketika di kafe di upsi . " awak tak rasa hairan ke kenapa umai tu minta awak kahwin dengan zahid ? " tanya Rafiq . " ermmm , tak pun . perkara yang dibuat oleh umai itu mesti bersebab , sebab tu saya akan penuhi permintaan dia " ujar shuhaila . 


Rafiq terkilan dengan keputusan umairah dan zahid kerana Rafiq merupakan rakan yang rapat bagi mereka . Apabila zahid diusik oleh kawan-kawannya dengan poligami , dia akan berkata sambil tersenyum , " isteri aku seorang ni dah memadai . four in one !!!! "  . memang dalam hati Rafiq dia akur . syukur atas nasib nya yang baik kerana Rafiq sendiri akui isteri zahid memang seperti apa yang dikatakannya , empat dalam satu . Rafiq mengenalinya sejak zaman mereka masih bujang lagi . Sebelum berkahwin zahid boleh dianggap siswa paling "selekeh". Pakaian , percakapan , perwatakan dan gaya hidupnya sungguh tidak memberangsangkan .Personalitinya sangat hambar.Namun, zahid berubah sejak berkahwin.Hampir secara total.Kehidupannya menjadi lebih baik.Umairah memang hebat.Itulah kunci perubahan bagi diri Zahid.Benar sungguh ungkapan yang terkenal ; " Di sebalik kejayaan seorang lelaki , pasti ada seorang wanita hebat di belakangnya." Memang , umairah lah wanita hebat disebalik perubahan itu. 

Rafiq bertemu dengan zahid bagi mendengar segala masalah rakannya itu . Sebagai sahabat Rafiq akan sentiasa ada untuk zahid bagi memberikan sokongan dan dorongan memandangkan zahid tidak punya sesiapa untuk berkongsi masalah . " bukankah dahulu dia begitu cemburu ? aku masih ingat lagi ketika kau ceritakan bagaimana dia begitu sebak ketika kau bergurau tentang hasrat hendak berpoligami . Bukankah dia telah menangis sakan ? " tanya Rafiq kepada zahid . " sekarang baru aku tahu fiq , cemburunya memang sihat . Lahir dari hatinya yang benar-benar sayangkan aku , bukan sayangkan dirinya . " ujar Zahid dalam nada sedih . Rafiq memandang sahabatnya jelas ada air mata tergenang di sudut matanya . 
zahid menyambung bicaranya  " aku cemburu dengan kebaikannya !! "  " cemburu lagi ? cemburu yang bagaimana ? " soal Rafiq . " aku cemburu dengan kebaikannya. Aku akan berlumba untuk menjadi yang soleh seperti dia berlumba untuk menjadi isteri yang solehah . Kami akan berlumba untuk melakukan kebaikan ." ujar zahid dengan yakin . Rafiq terkesima sebentar ." ini kisah cemburu yang luar biasa "  bisik hati Rafiq . " aku juga cemburu melihat rumah tangga kau berdua ... errr , bertiga (isteri baru kau) . Bayti jannati (rumahku syurgaku). Apabila rumah jadi syurga, pasti ada bidadarinya . Siapa lagi bidadarinya kalau bukan isteri kita ? " luah Rafiq kepada zahid bagi menyakinkan zahid . " aku harap umairah sembuh dan cepat sedar , kalau tak , aku tak tahu laa hidup aku macam mana nanti tanpa umairah " kata Zahid . 


Ketika di hospital bersama keluarga mertuanya , Zahid sempat menunaikan solat dhuha bagi memudahkan segala urusannya ketika itu . zahid dipanggil oleh Doktor yang bertanggungjawab atas isterinya , " awak en . Zahid ? " soal Doktor itu . " ya , saya " jawab nya perlahan . " i harap you banyak-banyak bersabar , your wife hilang ingatan and tidak sepenuhnya , it just certain . But , you kena bantu dia untuk pulih " ujar Doktor itu . selesai saja perbincangan zahid dengan Doktor tadi , zahid segera ke masjid untuk mengadu segala nya kepada ilahi .


selepas umairah sedar , zahid telah menceraikan shuhaila dengan keadaan yang baik . Shuhaila juga menerimanya dengan keadaan yang redha . " abi , umi mana ?" tanya damia kepada ayahnya . " umi sakit , umi kena rehat dekat rumah tok umi dengan tok ayah ." balas zahid . Nurul Damia Ilyani Binti Zahid merupakan anak sah bagi zahid dan umairah . Tetapi malangnya , umairah tidak dapat ingat dua insan penting ini . Umairah merasakan dirinya masih pelajar mahasiswa seperti dulu .


Zahid merenung jam di dinding lalu mendail nombor telefon isterinya , namun tidak dapat dihubungi . Zahid menunggu di rumahnya dengan sabar lalu tertidur kepenatan . Setelah seminggu tiada berita dari umairah , Zahid membuat keputusan untuk terus mencari di mana isterinya berada . " assalam umi . umai ada datang ke rumah umi tak harini ? " soal zahid kepada ibu mertuanya . " takde ed . kenapa ? umai masih tak balik lagi ke ? " balas uminya . " dah seminggu umai tak balik umi . zahid bukan ape , keadaan dia masih tidak stabil . umai masih tidak kenal dirinya sepenuhnya . ed risau dia buat perkara yang bukan-bukan" ujar zahid dengan nada risau . " erm , umi faham , tapi ed banyak-banyak lah berdoa , jangan fikir bukan-bukan . in sha Allah , Allah sentiasa ada dengan orang yang selalu bersabar . " balas umi .


Umairah kini menjadi seorang model yang terkenal  di dalam majalah muslimah . Dia memperagakan pakaian muslimah . " Umai , ni air awak ?" kata anwar lalu menghulurkan air kepada umairah .
umairah masih marah  kerana dia masih tidak boleh terima dengan keadaan sekarang bahawa zahid sudah mempunyai isteri  dan ditambah pula seorang cahaya mata . Dia merasa sangat benci kepada lelaki itu iaitu zahid . " fikir apa tu umairah ?"soal Anwar . " takde apa , saya cuma fikirkan ibu bapa saya di rumah " balas umairah . Jauh di sudut hati umairah dia merindukan suaminya .
Dalam perjalanan pulang , umairah melintasi jalan lalu sebuah kereta myvi hampir melanggar umairah gara-gara memandu dengan laju . Lantas , umairah terjatuh ke atas jalan raya , Namun kecederaannya tidak parah mana lalu dia dibenarkan pulang . " saya hantar awak pulang umairah " kata Anwar . " Takpe laa En , Anwar , saya dah ingat siapa diri saya yang sebenarnya " ujar umairah

umairah mencabut wayar yang ada ditangannya lalu dia terus mengemas beg pakaian nya . umairah terus memandu laju kerana ingin berjumpa anak dan suaminya yang telah lama ditinggalkannya . " Ya Allah , sudah hampir  dua tahun  suami aku bersabar dan masih setia disisiku . Ampunkan dosaku . kesiannya damia Ya Allah  , membesar tanpa kasih sayang seorang ibu " luah umairah perlahan lantas air matanya laju mengalir jatuh . Umairah memandu keretanya laju kerana ingin segera sampai ke lokasi yang ingin dituju .


Zahid agak kurus dan menjadi tidak terurus semenjak isterinya meninggalkan dirinya  . Zahid tidak kisah jika ingatan umairah tidak kembali pilih  kerana dia harapkan agar umairah kembali disisinya walaupun bukan seperti dulu  . Zahid mengambil anaknya Damia di sekolah lalu terus memandu pulang . Sesampainya di rumah , dia memerhatikan kereta isterinya di perkarangan rumahnya . Zahid segera berlari masuk ke dalam rumahnya lalu memeluk isterinya . " abang minta maaf umairah , abang tak ada niat untuk menduakan awak . abang cumaaa..... " tanpa sempat menghabiskan ayat umairah menutup mulut zahid lalu memulakan bicara " alhamdulillah abang , saya dah ingat segalanya dan saya masih ingat keluarga kecil kita " ujar umairah . setelah mendengar apa yang dikatakan oleh umairah , zahid segera sujud syukur kerana telah dianugrahkan ingatan isterinya kembali . Sesungguhnya , ianya sangat bermakna bagi Zahid .

Inilah yang dikatakan sesungguhnya rancangan Allah sangat maha Hebat dari manusia .
Justeru , sebelum kita mencintai manusia kita selayaknya mencintai ALLAH .
" CINTAILAH CINTA YANG TELAH MENCIPTAKAN CINTA "



hasil nukilan ,
 -fnasuha-
















No comments:

Post a Comment