Thursday, 24 September 2015

CiNtA dI bUmI SeRaMbI MaKKah

episod 1- Surat Dari Murni

PENGENALAN

Hampir 2 jam Jamal merenung tajam sepucuk surat yang berlipat di tangan kirinya. Manakala
di tangan kanannya masih memegang biskut kayu yang sedikit sahaja dikunyahnya. Awal pagi
itu, kedengaran ayam berkokok dan kanak-kanak menjerit bermain konda kondi di halaman
rumah . Luhurnya, mata dapat melihat kanak-kanak yang bermain tetapi jasad sedang berjalan
jauh bermusafir mencari arah kehidupan. Mungkin destinasi itu terlalu jauh untuk lamunan
terhenti. Begitulah rutin harian pagi Jamal semenjak dua minggu yang lalu. Jamal amat
bersahaja, menjelang awal hari, fikirannya akan bermusafir sambil jasad bersandar di tepian
jendela. Mengenakan baju pagoda putih dan berkain pelikat. Di sebelah petangnya , Jamal
akan menjual pisang goreng panas dan keropok keping yang menjadi gilaan penduduk
kampung berhang di hujung simpang jalan.

“Surat dari bumi serambi mekah,

Sahabatku,

Tidaklah aku melupakan sahabat, tetapi jarak dan perihal dunia, menjadikan aku tidak
ketahuan untuk membalas suratmu. Seharusnya, aku memberi khabaran bahawa aku akan
memulakan hijrahku yang baru di bumi serambi mekah. Di bumi ini amat indah. Memberikan
aku sumber ketenangan dan inspirasi. Persekitarannya amat memberi makna buat jiwa yang
lumpuh.

Semenjak kita bercerai di semenanjung dahulu, tidaklah aku bersenang hati dan menyumpah
gerhana jiwaku. Tetapi tidaklah aku terus menerus bersedih kerana aku sudah tahu
keterbatasan perancangan seorang hamba. Sekurangnya, tuhan telah menunjukkan kepada ku
bahawa ini adalah jalan yang terbaik untuk kita.

Akhirnya aku bersetuju dengan pandanganmu, dan kamu amat baik sekali padaku. Walau cinta
ini tidak bertemu di dunia yang amat singkat masanya. Terkadang umpama lakonan
pementasan drama. Terlalu pantas ceritanya sampai ke hujung. Tuhan itu maha Adil, Walau
amat sempit ruang untuk hati ini berkongsi rasa cinta dan kasih walau ia selembut sutera,
hambanya akan diberi keluasan di sana nanti. Biarlah maharnya keikhlasan dan kesabaran. Di
sanalah alam realiti untuk hambanya. Bukanlah di dunia yang penuh tipu daya. Penghidupan
itu adalah pasti, tidak lagi khayalan tetapi ia sebenarnya kejadian.

Demikian juga surat yang telah kau kirimkan. Tidak satu pun bercanggah dengan aturan. Cerita
itu amatlah penuh dengan pedoman. Usia remaja ibarat menaiki bahtera. Jika terleka, bahtera
hilang arah. Jika tidak berdayung , bahtera akan ikut ombak kemusnahan. Jika tidak ada
nahkoda, bahtera hilang kawalan. Jika durjana, bahtera kebocoran, punahlah destinasi masa
hadapan. Begitulah nafsu yang semakin menggila, tidak mengenal tuan dan tuhan. Remaja


bebas mencari ikutan. Damailah jiwa dengan ayat suci Al-Quran. Barulah bersyukur dengan
naskah Al-Quran yang kau kirimkan. Semoga hati tabah menuju tuhan. Sehingga destinasi akhir
pulang kampung halaman.

Sampailah sudah ke penghujung, ku jadikan ia sebuah hikayat. Untuk saudaraku di bumi
serambi mekah ini. Tidaklah lama lagi masa untukku bertahan. Badan aku semakin lemah dan
sering sakit. Masih menanti masa menghadap tuhan. Jika tidak lagi berjumpa, sudilah memaafi
kerabat ku. Bukanlah mereka yang tidak mengerti. Tetapi aturan tuhan menjadikan kita berada
di sini.Mereka cuma pemainnya sahaja, tidak ada kudrat melainkan kehendak tuhan.
Keikhlasan dan kesabaran mesti menerima takdir. Menerima hikmah yang lebih mulia. Sudilah
mendoakan aku untuk menggapai syurga illahi. Biar masa lalu menjadi hikayat akhirku
sehingga ku bersujud di bumi serambi mekah.

Sahabatmu,

Nur Murnirah Binti Abbas.”

SEJARAH KOTA MEKAH.

Sejarah Mekah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t.
supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang
kering kontang untuk pergi mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. Selepas Nabi Ibrahim

a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.
Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang
bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara
Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut
itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin
Allah s.w.t., maka keluarlah air daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. Sebuah telaga
dibina kemudian dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa itu maka
selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan
mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah
Kota Mekah.

MURNI MENGHADAP ILLAHI.

Jamal menjalani kehidupan petangnya dengan menjual pisang goreng dan keropok di hujung
simpang jalan. Tidaklah menanti pelanggan semata-mata, Jamal mengisi ruang di antara masa
kosongnya dengan berzikir dan membaca ayat suci Al-Quran. Akhlaknya amat disegani
penduduk kampung itu. Amatlah murah hatinya, kerana tidaklah ia berkira untuk memberikan
makanan lebih kepada pelanggannya. Jamal begitu percaya , tidaklah rezeki itu kurniaan
daripada manusia melainkan ianya dari Allah semata-mata. Demikianlah jualannya sentiasa
habis. Perkiraanya ,perniagaannya amat laris tetapi syukurnya pada tuhan tidak pernah


terhenti. Terkadang, sebahagian wang daripada untungnya diberikan kepada masjid sebagai
tanda bersyukurnya kepada tuhan. Padahal, kondisinya memerlukan duit untuk membaiki
pondok usangnya yang kian punah dimakan anai-anai. Gerai Jamal amatlah berhampiran
dengan masjid. Tidaklah ia lupa untuk berhenti perniagaannya seusai mendengar laungan Azan
Asar. Demikianlah ia amat dikenali juga oleh warga masjid dengan tingkah lakunya yang tidak
pernah meninggalkan masjid.

Kehidupannya seperti sedia kala melainkan satu hari.

“Assalamualaikum, Jamal. Bagaimana khabarmu ?”

“Oh Madi, Alhamdulillah. Beginilah nasib aku sementara menantikan penyudah episod aku
bersama Murni,”

“Murni?”

“Iya, mengapa kamu seperti hairan dengan bicaraku?”

“Tidakkah kamu menerima perkhabaran bahawasanya Murni sudah tiada lagi saudaraku?”

“Adakah benar katamu itu? Baru sahaja Murni membalas suratku tempoh lalu,”

“Oh bilakah?”

“Dua bulan yang lalu..”

“Itu sudah lama Jamal, Murni sudah pergi buat selamnya sejak satu bulan yang lalu kerana
jatuh sakit yang amat kuat. Sering sahaja dia menyebut namamu. Aku kira berita ini sudah
sampai kepadamu. Maafkan aku saudaraku, aku turut bersimpati kepadamu, sudahlah jangan
dikenang perkara lalu, bungkuskan aku pisang goreng panas ini 2 ringgit..”

“Terima kasih Madi, ambil sahaja pisang goreng ini buat kaum keluarga. Tidak usah bayar,
kirimkan salamku kepada mereka.”

Diterima khabarnya dari saudara terdekat di kampung sebelah bahawasanya Murni telah pergi
meninggalkan dunia untuk selamanya. Bukanlah ia jenaka tetapi fakta yang amat tidak diduga.
Sudahlah ia menjadi mangsa keadaan suatu ketika dahulu. Bukanlah kehendak hati, tetapi
fitnah kerabat maka terpisahlah dua insan yang sedang enak berkasih. Masih mengharap akan
bertemu di penghujung tetapi kehendak tuhan yang lebih mengetahui. Pemergian Murni
bukanlah sehari yang lepas tetapi sudah sebulan yang lalu. Barulah tahu Jamal akan perihal
kematian Murni tanpa mendengar satu berita dari kerabat melainkan saudaranya itu. Betapa
luluh hati yang mengharapkan pertemuan tetapi insan sudah terpisah dari alam dunia.
Hanyalah hikayat menjadi lamunan teman ketika keseorangan.

Semenjak itulah, Jamal telah kalah dari lamunan yang sering menjadi teman. Sentiasa bertemu
di awal pagi sambil menikmati roti kayu cicah teh di tepi jendela. Hinggalah malamnya
mendengarkan kuliah maghrib di Masjid yang berhampiran dengan gerainya. Terdengar Kuliah


yang disampaikan oleh Ustaz Ahadiat. Wajahnya amat asing di kampung itu. Tidak pernah lagi
Jamal bertemu Ustaz Ahadiat. Sambil Jamal menikmati ungkapan kuliahnya , ibarat
kembangnya bunga di waktu pagi di hati Jamal. Kuliahnya amat memahami hati yang kalah
dengan lamunan sedih seolah menyalahi takdir. Seolah jiwanya sedih bersama Ustaz Ahadiat.
Pulanglah Jamal ke pondok buruknya sambil merenung ungkapan Ustaz Ahadiat

“ Sifat mukmin itu sentiasa tenang , bukanlah gelisah yang memanjang , punyai matlamat
kehidupan yang amat panjang di akhirat sana, gelisah itu tandanya hati telah rosak , iza
salahat , salahat jasadu kulluhu , iza fasadat, fasadat jasadu kulluhu, ala wahiya qalb. Hati ini
adalah pemegang kepada sifat dan sikap manusia. Bersihnya hati, indahlah akhlak dan cantik
kehidupannya. Tidak merasa perit kepada apa yang sudah lepas kerana ia adalah kehendak
yang maha Esa, tidak pula amat risau yang akan datang , kerana sudah disusun ketentuan
kejadiaanNya. Tetapi khuatiri waktu yang sedang ada, kerana ia bagai pisau boleh menghunus
jasad manusia yang sedang terleka. Tidaklah akan tenang jika tenggelam dengan masa silam
dan tidak lah merasa gundah dengan masa hadapan. Tetapi bersiaplah untuk bekalan ke
kampung halaman. Dari itu, lahirlah sifat keindahan islam di perwatakan melalui hati yang
tenang” .

Benar , amatlah tenang melihat wajah Ustaz Ahadiat , melihatnya , boleh merasakan islam itu
amat hebat. Ingin benar Jamal untuk berkenalan dengannya. Pada malam esoknya, masih lagi
kelihatan Ustaz Ahadiat yang sedang menjadi imam. Jamal terlewat ke masjid hari ini untuk
menunaikan solat maghrib kerana tayar basikalnya pancit. Sungguh merdu bacaan Ustaz
Ahadiat yang sedang membacakan surah At-Tahrim. Seperti biasa , Ustaz Ahadiat memberikan
kuliah maghrib. Akhirnya, dapatlah jua Jamal bertemu Ustaz Ahadiat untuk menjadi kenalan
rapat. Amatlah sederhana akhlaknya dengan memakai jubah dan serban berserta janggut .
Beliau amat menjaga katanya sekalipun Jamal keterlanjuran bicara. Tidak terlalu memperkata
perihal dunia. Katanya semua pulang kembali kepada kehebatan sang maha pencipta. Sambil
di tangannya memegang beberapa kitab lama. Tidak pula lekang mulutnya untuk selawat
kepada junjungan besar pesuruh Allah Nabi Muhammad S.A.W , “Allahumma salli ala
muhammad” .

Menjadi kenalan rapat sehingga Jamal melihat Ustaz Ahadiat menangis semasa melakukan
solat sunat.

Sesudah itu, bertanyalah Jamal, “ wahai sahabat ku , apakah kiranya engkau menceritakan
apakah adanya perkara yang membuat engkau menangis” .

Lantas jawablah ia “Tidaklah aku menangis melainkan aku takut pada tuhan dan tunduk syukur
aku akanNya” .

Bertanya lah Jamal lagi “ Adakah kau tidak pernah merasakan sedih?” ,

“manusia itu pasti diuji, Adakah kamu mengira kamu beriman jika kamu masih belum lagi
diuji?”.


 “Apakah ujianmu ustaz, khabarkan pada aku, sungguh aku sedang melalui ujian dalam hidup
aku”.

 Ustaz Ahadiat terdiam dan terus lanjut beristighfar dan selawat kepada Rasulullah.

“Ujian itu sudah berlalu dan aku besyukur padaNya” jawab Ustaz Ahadiat bersahaja.

Jamal mengambil kesempatan untuk bercerita tentang ujianNya lalu ditunjukkan surat Murni
itu kepada Ustaz Ahadiat. Sesudah itu, Ustaz Ahadiat turut menangis dan bersimpati kepada
Jamal seperti keperitan itu berpindah ke dadanya sambil mengatakan,

“ Sabarlah , hari ini kamu telah diangkatkan martabat kamu kepada orang beriman,
bersyukurlah kamu selagi kamu punyai waktu untuk beribadah kepadaNya”.

Malam itu semakin suram, dtemani dua insan yang sedang merasai kesedihan. Hujan renyairenyai
sambil angin lembut memberikan ketenangan . Sinaran cahaya bulan, menerangi malam
yang pudar sahaja. Jamal masih tidak berpuas hati selagi tidak mengetahu kisah Ustaz itu ,
kerana melihat diri yang soleh serta amat memahami hatinya. Jamal menaruh hormat yang
besar dan ingin sekali mengenal hikayat ustaz itu.

Akhirnya , berkatalah ia kepada Jamal “ kerana engkau aku percaya dan disegani penduduk di
sini, jujurlah engkau mendengar rahsiaku”.

Tambahnya lagi, “simpanlah rahsiaku ini hingga kau tidak melihat bayanganku lagi, lalu ku
benarkan disebar ia akan hikayat ini dan jadikanlah ia pedoman seadanya buat kamu serta
kenalan”.

Episod 2-Kisah Ustaz Ahadiat sebagai adi

AYAH SEORANG ULAMA’ YANG TERKENAL

Sebuah rumah di Kampung Charok Kudung, Pendang, di negeri Kedah tempat kelahiran saya.
Seperti embun di hujung rumput, rumah itu hanya meninggalkan tiang untuk menapak dirinya.
Tidaklah begitu lama berada di kampung itu. Belum sempat berkenalan dengan penduduk
bumi kampung itu , ayah telah berhijrah ke bumi mekah untuk mendalami ilmu agama setelah
ibu berpindah balik ke papan (meninggal dunia). Sebuah rumah milik kenalannya menjadi
tempat kami dua beranak berteduh. Ayah begitu berdisplin dalam mencari ilmu, beliau selalu
mengingatkan, kalaulah tidak kerana ilmu nescaya manusia itu seperti binatang.

Syeikh Ali Al-Awali , begitulah gelaran beliau merupakan antara ulama melayu yang terkemuka
di Masjidil Haram, Mekah. Pada waktu itu, sebenarnya adalah ramai golongan pandai agama
dunia melayu yang merantau sehingga tanah suci untuk mendalami ilmu agama dan tidak
terkecuali ayah. Setelah mendapat bimbingan daripada alim ulama di Masjidil Haram, ayah
kemudian ditawarkan menjadi guru agama disitu. Sebenarnya, ayah telah lama mendapat
pendidikan awal di tanah suci bermula di Madrasah Darul Ulum, Mekah yang diasaskan oleh
rakyat Malaysia dan Indonesia. Ayah juga merupakan bekas guru di Maahad Al-Haram di
Mekah dan amat fasih berbahasa arab.

Di waktu malam pula, ayah akan memberi pengisian seusai sahaja menunaikan kewajipan
fardhu maghrib. Ayah sering memberi ceramah di satu sudut Masjidil Haram yang terletak
berhampiran Kaabah dan selari dengan Hajaratul Aswad.

6 tahun sahaja sempat berada di tanah suci itu. Sempatlah mengenal dunia mereka serta
masyarakat kehidupan di tanah arab. Tempias daripada suasana itu, saya boleh bertutur
menggunakan Bahasa arab. Itulah satu kelebihan yang ada sementara menjadi anak kepada
Syeikh Ali. Benar, Iman tidak dapat diwarisi , tetapi mungkin ilmu boleh diwarisi biarpun diam
penggali berkarat jua.

Ayah kelihatan sakit-sakit setelah usia saya 5 tahun. Ustaz Azman, sering berkunjung ke rumah
untuk menziarah ayah dan membawa makanan. Ustaz Azman dan ayah amatlah rapat, rumah
yang kami tinggal adalah rumah Ustaz Azman. Ustaz Azman sedang mendalami ilmu di Masjidil
Haram selama 7 tahun dan akan pulang ke Malaysia sesudah itu. Kami menetap di Awali, tidak
jauh sahaja dari kota Mekah.

 PERNIKAHAN SYEIKH ALI DAN IBU ZAKIAH

Di Kampung Jenderam Hilir, Selangor. Teratak yang melindungi sebuah keluarga daripada
panas terik dan hujan yang panjang. Gembiralah hati menanti kepulangan ketua keluarga yang
jauh di rantauan menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu itu mulia. Jika kamu menyerahkan seluruh
usahamu kepadanya, ia akan menyerahkan sebahagian dirinya kepadamu. Dan jika kamu
hanya menyerahkan sedikit sahaja usahamu kepadanya, ia tidak akan menyerahkan dirinya
langsung kepadamu. Pulangnya Ustaz Azman ke kampung halaman selamanya menemui isteri


yang amat dikagumi peribadinya Siti Zainab dan puteri tunggalnya Siti Maisara . Siti Zainab
merupakan guru Tadika Madrasah Islamiah, kampung Jenderam Hilir.

Sejak Di Mekah, Ustaz Azman mengajak ayah untuk pulang ke Malaysia dan ingin menjadikan
ayah sebagai abang iparnya. Beliau Melihat keadaan ayah yang sering sahaja lemah , seperti
memerlukan seseorang untuk menjaganya memandangkan saya masih lagi laksana kain putih.

“adakah kamu memikirkan sesuatu?” Tanya ayah.

“Apakah maksud syeikh, tidak mengerti saya.”jawab Ustaz Azman.

“Bukankah kamu meminta saya untuk pulang bersama dan menikahi saudaramu?” Tanya ayah
lagi.

“iya, sungguhpun senang hati ini jika tuan bersetuju”, jawabnya.

“Wahai Tuhanku ! Aku bukanlah ahli surga, tapi aku tidak kuat dalam neraka Jahim.” Kata ayah.

Ustaz Azman kelihatan bingung dengan reaksi ayah.

 Akhirnya ayah membuat keputusan untuk tinggal menetap di Kampung Jenderam Hilir dan
menikahi Siti Zakiah.

Di sebelah sahaja masjid itulah memperlihatkan keluarga itu bersatu. Di sebuah rumah lama ,
isinya adalah keluarga Siti Zakiah beserta dua orang anak. Siti Zakiah merupakan kakak
kandung Siti Zainab. Menanti tahun ke tahun , bulan ke bulan, barulah dapat Ustaz Azman
binakan masjid di teratak itu. Lalu dapatlah saya abang Murad dan adik tiri , Hafiz.

Sebelum itu, teramatlah sukar kehidupan Zakiah sebagai ibu tunggal untuk mendidik anaknya
sendirian setelah kematian suaminya 5 tahun yang lalu. Tidaklah ia bersedih pula, hujan panas
permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasibnya datang. Aturan
tuhan , mana mampu sekalipun laksamana bentan menyanggah.

Namun, senang pula Zakiah bersetuju dengan adik ipar itu. Adik ipar itu adalah seorang yang
dipandang mulia oleh masyarakat. Sebelum melanjutkan pelajaran di Mekah, beliau bertugas
di Masjid As-Syakirin sebagai imam. Memegang amanah dan tanggungjawab untuk mendalami
ilmu berbakti kepada masyarakat jelata. Tanggungjawab itu amatlah sukar, seketika Saidina Ali
bersujud mengahadap tuhan, begitu getar tubuh badannya kerana amanah sebagai khalifah.
Mengharapkan Kekuatan daripada tuhan untuk menggalas beban. Demikian tanggungjawab
Imam di kawasan Jenderam Hilir. Senang penduduknya berselimut membuta, tatkala imam
berjaga memikir masalah ummah.

Begitulah tinggi pandangan Zakiah kepada beliau dan membuka sayap menerima dan menjadi
ibu baru saya. Tidaklah mengharapkan harta kekayaan dunia, bukanlah cela itu bagi orang yang
miskin tetapi cela itu terletak pada orang yang kikir.


ADI ANAK YATIM PIATU

“Murad, bawa Adi berjumpa mak saudaramu, tinggalkan ia bersekolah di tadika Mak Su (Siti
Zainab),” bersuara lembut ibu tiri saya kepada abang Murad.

Bermula saya belajar di sekolah, saya adalah pandai kerana saya boleh membaca Al-Quran
dengan lancar. Abang Murad amatlah baik kepada saya. Beliau memang seorang penyayang
dan baik juga agamanya. Tetapi tidaklah jauh persekolahannya kerana faktor kemiskinan
menghimpit keluarga. Abang Murad bekerja mengambil upah di kampung. Ada kalanya beliau
mengambil upah menebas semak, memotong rumput dan menjaga haiwan ternakan. Sumber
rezeki itulah yang digunakan untuk menyara keluarga. Tambahan pula, terpaksalah menyara
ayah yang sentiasa sahaja terbaring di atas tikar sejadah.

Faktor itu, Abang Murad pernah membantah pernikahan ibunya kerana memikirkan miskinnya
harta.

“Saya tidak setuju ibu menikah , manakan ada harta untuk kita menambah isi dalam keluarga,
menikah pula dengan tuan yang sudah tidak mampu berpaut,” bantah abang Murad.

“cukup Murad, itu khabar mu sahaja Murad, harta itu rezeki Murad, tidak bertambah dan tidak
berkurang jika bukan kehendakNya.”Jawab Ibu.

“Tidakkah kau menghormati Pak Su, Bukankah Pak Su itu alim orangnya, pastinya ia
menunjukkan kita cahaya, berpaut lah kita pada jalan menuju redha tuhan.”

Tambahan pula, abang Murad ialah orang yang panas baran. Cepat sahaja mulutnya berkata
yang bukan-bukan. Sifatnya adalah penyayang, fahamlah saya marah itu sebenarnya faktor
kerja yang terlalu banyak dan badannya sering letih.

Pernah juga saya ditengkingnya, “Kau jangan buat perangai Adi, aku hempuk dengan batang
penyapu”, ketika saya menangis kerana jatuh tangga. Tidaklah saya berkecil hati kerana, saya
berlari-lari ketika itu mengejar Hafiz. Sungguh, abang Murad tidak pernah memarahi Hafiz dan
begitu menjaga Hafiz. Maklumlah, Hafiz ialah darah dagingnya sedangkan saya hanya
menambahkan beban keluarganya.

Ustaz Azman sentiasa sahaja melawat ayah. Terkadang juga, Ustaz Azman menuntut ilmu
daripada ayah. Ayah memang hebat kalau menghurai kitab. Terkadang ada juga orang asing
datang menjenguk ayah dan minta nasihat. Ayah begitu teliti ungkapannya. Ungkapan ayah
sering sahaja tepat dengan izin Allah. Ada juga pasangan suami isteri memohon doanya.
Demikian juga Ustaz Azman yang tidak pernah bosan menuntut ilmu. Amatlah menghormati
kelebihan ayah. Sehingga amat bersungguh-sungguh untuk mempunyai pertalian dengan ayah.
Sampailah waktu di penghujung, lalu diberikannya hajat oleh ayah . Berjanjilah dua sahabat
kerana Allah . Tidaklah saya ketahui waktu itu kerana saya masih kecil.


“mahukah kamu menjadi mataku melihat adi membesar dan soleh?,”


“sudah pasti tuan, sudahku anggap adi sebagai anakku sendiri, kelak dewasa nanti bolehlah
disatukan dengan Maisarah puteriku”.jawabnya.


“Adakah itu janji atau menurutku ianya adalah yang sebaiknya , jadilah ia kenyataan di suatu
hari nanti, kamu tidak akan menduga waktunya. Pasti ia terlebih dahulu meredah duri walau
tertusuk di daging sendiri. Kelak bahagia itu bukanlah alasannya tetapi di hari selepas kematian.
Berbahagialah waktu itu, janganlah mudah mengikut andaian nafsu jika tidak disorongkan ilmu,
biarlah iman membawa kedamaian, kelak berbahagialah nanti. Jangan letih dan mudah
mengalah menahan resah, berserah lah kepada tuhan dan mengadulah dikau diwaktu 1/3
malam. ” perlahan ayah bicara seperti sudah mengetahui akan hujung hayatnya.


“Saudaraku! Kamu tidak akan mendapatkan ilmu, kecuali dengan enam perkara, akan aku
beritahukan perinciannya dengan jelas : Kecerdasan, Kethoma’an (terhadap ilmu),
Kesungguhan, Harta benda (bekal), Akrab, Dekat, Ta’at kepada guru serta Waktu yang
panjang”. Tambah ayah penghabisan sebelum ia meneruskan zikir.


Kebingungan Ustaz Azman cuba mengerti apakah yang dimaksudkan ayah. Tidak lah ia
ungkapan biasa daripada seorang alim dan thiqah. Dicatatkan ungkapan itu kedalam buku nota
kecilnya dan simpanlah ia buku itu ke dalam almari.


Setiap kali sahaja Ustaz Azman melawat ayah, Maisara pasti ikut sekali. Selalulah juga saya
bermain bersama Maisara ketika itu. Maisara gemar benar melihat saya berpidato dalam
Bahasa arab. Saya amat gemar berpidato ketika tinggal di Mesir dahulu.Masih teringat
penutup pidato saya bersama syair, ketika itu di atas kerusi sambil penontonnya hanyalah
Maisara.


“ ……..wa akhtimu qauli biqauli syair,


Laukana nurul ilmi yudraku bilmuna,
Maka na Yabqa fil bariyyah jahil,
Ijhad wa la taksal wa la taku gha fila,
Fanadaa matul Uqba Limanyyataka salu,


Wabillahil hidayah wattaufiq, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Akhir pidato
saya lalu Maisara bertepuk tangan kerana begitu gemar akan ia dengan Bahasa arab.


Tidak sampai setengah bulan burung mencungkil madu, gugurlah bunga patuh kepada arahan
tuhan. Begitulah saya telah kehilangan orang tua. Hafiz ketika itu usianya empat tahun.
Sayalah yang menjadi yatim piatu ketika berusia 6 tahun. Belum lagi saya masuk sekolah
rendah, sudah tidak dapat melihat orang tua.



Ustaz Azman seraya menasihati saya di hari itu “Bukanlah yang dinamakan anak yatim itu yang
telah meninggal orang tuanya, tapi (sebenarnya) anak yatim itu adalah yang tidak memiliki
ilmu dan budi pekerti,” patuhku mendengar dalam keadaanku yang amat dukacita.

Selamat sudah jasad ayah ditanam selepas zuhur. Merenung saya keseorangan , terasa seakan
tidak percaya sudah tiada ayah. Masih wujud bayangan ayah terbaring di atas tikar sejadah.
Mungkin tiada siapa akan merasakan seperti apa yang saya rasa melainkan dia turut
kehilangan seperti saya. Sedih itu sudah pasti, tambah perit lagi ,tiada siapa yang cuba
memahami melainkan ibu Zakiah yang sedang tenat.

Belum sempat hati ini merasa gundah , terasa amatlah tidak tenteram setelah melihat dan
mendengar suara ibu Zakiah dan abang Murad.

“Ibu, Murad tahu bapa saudara adi tinggal di mana, ayahnya sudah khabarkan kepada murad,
biarlah adi di sana , bersama darah dagingnya, kita tidak ada pertalian dengannya melainkan
keluarga tiri.” Murad berkeras.

“sudahlah Murad, kalau ayahnya ada disini, tidakkah merasa sedih dengan ungkapan mu itu?” .

“Tidak ibu, kita bukan membiarkannya sahaja, kita Cuma memberikan adi kepada yang lebih
berhak, saudara kandungnya, pasti kasihnya lebih lagi berbanding keluarga kita, sudahlah
murad tidak lagi punyai banyak harta ibu,Murad pula sentiasa sibuk bekerja, ibu pula sedang
sakit dan tidak mampu menjaganya , tidak lama lagi hafiz akan mula persekolahannya, murad
khuatir murad tidak mampu menjaga adi.” Sungguh emosi Murad ketika itu sedang hatinya
memang tidak mahu Adi menambah bebannya. Bukanlah benci, tetapi amatlah menjaga
keutamaannya buat adik kesayangannya itu ,Hafiz dan ibunya yang sedang tenat.

“jika benar itu menurutmu, hantarlah adi ke sana, jika saudaranya tidak menerima, bawalah ia
kembali ke sini dan ibu sanggup membiyainya.” Ibu Zakiah seolahnya setuju tetapi dalam
merasakan tidak enak.

Tidak siapa yang sanggup memelihara saya, Ibu Zakiah sudah tidak larat, jatuh pula sakit
selepas kematian ayah. Bukannya saya darah daging, abang Murad menghantar saya di rumah
bapa saudara saya tanpa diketahui Ustaz Azman, adik bongsu arwah ibunda saya di Kedah.
Ayah pernah menceritakan perihal bapa saudara saya kepada abang Murad. Tidak pernah saya
melihat mereka sebelum ini.

 Ustaz Azman ketika itu terpaksa pergi ke Mekah untuk mengkhabarkan perkara sedih itu
kepada sahabat handai. Kebetulan pula, rumahnya di Awali itu semakin usang dan tidak siapa
yang sudi tinggal di sana. Maka beliau membaiki rumahnya itu dan tinggalah satu tahun di sana
bersama Siti Zainab dan Siti Maisarah. Siti Maisarah ketika itu berusia enam tahun. Di situ juga,
Ustaz Azman menguruskan sedikit harta ayah di Mekah setelah ayah memberikannya amanah
untuk membawa pulang buat keluarga isterinya Zakiah dan anaknya ,Adi.

Episod 3- Kisah Adi Menderita Di Rumah Bapa Saudaranya

KISAH KELUARGA BARU ADI

“Kemari kau Adi, untuk 2 minggu ini tidak ada upah, kerana sudah aku selesaikan yuran
sekolah kamu.” Garang suara bapa saudara.

“Baik, ayah” lembut sahaja saya membalas kerana takut akan bapa saudara.

Sudah mula menimba ilmu di sekolah waktu itu dan saya akan menolong bapa saudara di
sebelah petang. Bapa saudara saya atau lebih dikenali ‘Cik Musa’ adalah seorang pencen askar.
Dengan sedikit modalnya , beliau mengusahakan sebuah gerai makan kecil di hujung kampung
dan dibantu isterinya. Amatlah selalu ramai pelanggan di gerainya itu. Memang tidak menang
tangan buat mereka berdua. Padahal mereka tidak mahu anak-anak mereka ini membantu
mereka di gerai kerana dikhuatiri mengganggu konsentrasi untuk belajar.

Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku. Saya menuruti sahaja arahan mereka. Di
petang hari ,saya akan membantu mereka di gerai untuk mengutip dan mencuci pinggan
mangkuk dan cawan. Terkadang juga menyapu dan membuang sampah.

“Adi, cepat bangun, sudah jam 3 pagi ..” kejut Ibu saudara saya.

Pukul 3 pagi pula saya akan membantu ibu saudara membungkus nasi lemak dan mee goreng.
Sesudah itu, mencuci periuk dan kuali yang sudah digunakan.

“Kalau Adi penat, Adi tidurlah dulu, biar kaklong sahaja yang bantu ibu.” Ujar kaklong , puteri
sulung mereka yang sering bersimpati dengan saya. Termasuk hari ini, sudah dua kali beliau
menolak pinangan orang.Tidak hairanlah kerana bukannya nama jodoh, asam di darat ikan di
laut ,akan bertemu jua dalam belanga.

Kaklong teramatlah baik kepada saya. Jika saya merasa kesunyian, saya akan bersama kaklong.
Sedangkan mereka masih mempunyai 2 orang anak lagi yang bernama Jali dan Ucu. Mereka
tidak selalu tegur saya mungkin tidak senang dengan kehadiran saya.

Jali adalah satu-satunya putera tunggal mereka dan sentiasa berkelakuan ganjil. Dia sentiasa
campur tangan dalam urusan yang tidak ada kena-mengena dengan dirinya. Dia sering
menaruh syak wasangka terhadap saya. Perkara-perkara biasa ditafsirkan yang sebaliknya.
Kata-kata biasa dijadikan punca malapetaka, sebagaimana orang kata yang sejengkal jadi
sehasta.

“Kau buat apa Adi dalam bilik aku tadi? Cakap….” Jerit Jali sambil cengkak kolar baju saya.

“Tidak, bukanlah saya yang masuk bilik abang itu”,

“kalau bukan kerana kau, mengapa berselarak seperti ini? Kau jangan berani masuk bilik aku
Adi.” Herdik Jali sambil kepala saya ditolak ke dinding.


“kau melampau Angah, tidakkah bilik kau memang seperti itu, kenapa kau selalu pukul Adi?.”
Kaklong cuba menyelamatkan saya.

Tidaklah Jali seperti abang Murad. Marahnya seperti ombak membanting dirinya sendiri.
Sering sahaja pula dilepaskan kepada saya. Terkadang juga sehingga lebam dan berdarah saya
dibuatnya. Tidaklah saya berniat untuk melawan kerana masih sedar kedudukan saya.
Mujurlah kaklong sering sahaja membantu dan mengisi ubat kepada saya.

ADI TIDAK PERNAH SOLAT SEMENJAK TINGGAL BERSAMA KELUARGA BARU

Bapa saudara dan ibu saudara amatlah tidak menitik beratkan soal agama. Sering sahaja sibuk
dengan mencari rezeki. Tidak kenal juga rezeki halal dan haram. Terkadang, apabila tidak ramai
pelanggan, gunalah mereka akan tangkai pelaris.

Kehidupan harian itu menyebabkan anak-anak mereka langsung tidak kisah tentang agama.
Keluarga mereka langsung tidak kisah akan soal aurat dan solat termasuklah kaklong. Sering
sahaja keluar malam dan tidak pula menutup aurat. Berpakaian amatlah ketat, bukanlah
salahnya juga, tetapi tidak dididik dengan pengetahuan agama sejak kecil lagi.

Sehinggakan saya juga tidak melakukan perintah Allah itu. Ya Allah! Amatlah hina saya ketika
itu. Tidak mengenal tuhan dan tidak saya bersujud kepada tuhan yang telah menciptakan
seluruh isi bumi dan alam. Kalau dulunya, saya sering sahaja mengikut ayah solat di
belakang.Tetapi sesudah itu tidak lagi.

Pernah saya bertanya tentang solat kepada bapa saudara,

“Ayah, sudah masukkan waktu solat? Saya nak ikut ayah solat.”

“kau jangan perli ayah Adi, makan penampar kau nanti. “ Dimarahi pula saya akan kata-kata
saya itu.

Hari demi hari berlalu sehinggalah saya mendapatkan keputusan akhir Ujian Penilaian Sekolah
Rendah. Amatlah teruk keputusan saya.

“kau pergi sekolah kau belajar ke kau main adi? Kau jangan jadi bodoh, yuran sekolah kau
bukan percuma. Kau tengok keputusan kau , kau tengok.” Marah bapa saudara sambil
digeselnya kertas keputusan peperiksaan saya di dahi saya.

“kau jangan berangan nak pergi sekolah menengah tahun depan, kau tolong ayah dekat
gerai,bodoh.”

“baik ayah”. Patuh saya memikirkan nasib saya bergantung kepada mereka. Benar, memang
saya tidak belajar, mana ada waktu untuk saya belajar. Saya jadikan sekolah itu untuk waktu
rehat saya sahaja. Sekolah itu syurga bagi saya setelah dijadikan hamba suruhan dan tempat
lepas geram oleh Jali.


Teringat kata abang Murad dahulu “kita Cuma memberikan adi kepada yang lebih berhak,
saudara kandungnya, pasti kasihnya lebih lagi berbanding keluarga kita”.

Bukanlah kasih yang saya dapat , tetapi derita sepanjang hidup. Walaupun saya dapat upah
oleh bapa saudara, tetapi amatlah sedikit, duit itulah perbelanjaan saya. Tiada duit lain lagi
untuk saya. Jika saya ingin membeli pakaian saya, dengan simpanan itulah yang saya gunakan.

7 tahun mengukir perasaan hamba bersama mereka. 13 tahun usia saya di waktu itu. Usia
remaja yang inginkan kebebasan. Mulalah saya merasa diri ini kosong. Seperti tiada apa-apa
matlamat hidup. Saya ingin mencari sesuatu.

Termenung saya di bahagian dapur sambil tangan memegang sabun basuh pinggang. Saya lihat
ramai lelaki yang sedang merokok sambil bersandar di bangku gerai bapa saudara. Saya
melihat mereka amat tenang dengan setiap sedutannya. Teringin benar saya tahu perasaan
mereka apabila mengenakan rokok. Tambah pula, bapa saudara dan Jali juga merokok.

Lalu saya hampiri seorang lelaki 40an sambil menunjukkan gaya untuk mengutip cawan.
Bertanyalah akan saya kepada dia,

“Abang, kenapa abang merokok ?”saya bertanya sambil menggaru kepala.

 “Sebab saya merasa tenang dengan rokok, adik merokok ke?”

Tiba-tiba saya kaku dan seperti tidak sangka saya menganggukkan kepala saya.

“Nah, ambillah adik dua batang rokok, hadiah daripada abang sebab adik kelihatan begitu
rajin”.

Tidak tentu arah saya ketika itu, Kali pertama memegang rokok. Saya merenung tajam dua
batang rokok itu sambil memusingkannya berkali-kali.

Esoknya, seperti hari biasa saya akan membantu ayah di gerai, setelah ada waktu sengkang ,
saya membuka kertas dan membelek lagi dua batang rokok semalam itu. Terasa benar ingin
mencuba. Tetapi hati ini takot dimarahi bapa saudara. Saya simpan kembali dalam poket kecil
sambil membalutnya dengan kertas.

Sesudah sahaja gerai bapa saudara tutup, saya mengambil mancis yang diletakkan di tepi bibir
dapur sahaja. Lalu disimpannya dalam poket kecil saya.

Perjalanan saya pulang ke rumah, singgah saya sebentar di tepi hutan. Saya amat benar ingin
mencuba rokok itu. Dipandang saya berkali-kali rokok itu dan teringat akan saya perkataan
‘tenang’ oleh seorang lelaki dahulu.

Lalu cubalah saya akan rokok itu. Batuklah saya buat kali pertama. Mujurlah rokok itu rokok
‘Sampoerna’ tidaklah begitu keras rasanya. Tidak sampai setengah,saya matikan bara rokok itu.
kepala saya sudah mula pening. Tidak mampu untuk saya terus berjalan. Terasa otak saya
seperti ingin jatuh. Lalu baringlah saya seketika sehingga rasa itu reda.


Pulanglah saya ke rumah dengan sedikit agak lewat pada jam 11 malam. Tiada siapa pun kisah
kenapa saya pulang agak lewat pada hari biasa. Kalaulah hari biasa, saya akan sampai rumah
pada jam 9 malam. Dengan terasa amat letih saya terus ketiduran. Sehinggalah sampai ibu
mengejut saya untuk meneruskan kerja harian. Bangunlah saya melakukan kerja itu, tetapi
kepala saya masih ingin mencuba lagi rokok itu. Setelah selesai kerja saya membantu ibu
saudara, saya pergi keluar dan mencuba lagi rokok itu sehinggalah rokok itu habis.

Sungguh benar, terasa amat puas apabila saya merokok. Terasa kekosongan itu sudah
ditemani dengan rokok. Di waktu sunyi, saya akan sentiasa merokok. Dengan sedikit upah yang
bapa saudara berikan dapatlah saya beli rokok di kedai runcit Roy kerana kedai runcit itu
sahaja yang boleh orang bawah umur seperti saya membeli rokok.

“Selalu sahaja aku melihat kamu beli rokok di sini, Kamu anak Cik Musa kan?” Tanya Roy
dengan penuh yakin.

“Tidak,cuma anak saudaranya”.

“Untuk siapa rokok ini? Kamu hisap rokok?” Roy hairan kerana umurku ketika itu barulah 13
tahun.

“Benar rokok ini untukku, aku sungguh bosan hidup disini, rokoklah teman aku, lagi pula aku
tidak ada teman disini. ” Jawabku .

“oh begitu, sudilah aku menjadi teman kau, aku juga tinggal berseorangan disini. Jika kau sunyi,
datang sahaja disini. Namaku Roy, siapa nama kau?”.

“namaku Adi, jika aku punyai masa ,aku akan datang. Terima kasih Roy”.

Seperti hari kebiasaan saya akan pulang ke rumah pada jam 9 malam setelah siap berkemas di
gerai bapa saudara. Saya akan berjalan kaki kerana tidak jauh jarak di antara rumah bapa
saudara dan gerai.

Pada suatu hari ini, saya tidak terus pulang ke rumah dan saya singgah di kedai runcit Roy. Roy
baru sahaja berumur 22 tahun dan menjaga kedai ibunya sedangkan keluarganya semua di
Pahang kerana berhijrah mengikut ayahnya. Tingallah Roy berseorangan di rumahnya. Roy
amat gemar akan motor dan mempunyai motor RXZ. Hampir setiap hari dibaikinya motor itu.
Pada malam pula, dia akan bersama rakannya yang juga mempunyai motor RXZ.

Saya bersama Roy dan rakannya sehingga jam 2 pagi barulah saya pulang ke rumah. Seperti
hari biasa tiada siapa akan kisah akan saya kerana kaklong dan Jali juga sering balik lewat
malam. Asalkan sahaja saya selesaikan kerja saya.

“Adi, biar aku ajar kau bawa motor ..” ujar kawan Roy seronok mendapat ahli baru.

“Adi, aku kenalkan kau gadis aku..”

“Adi, gadis itu amat sesuai dengan kau, ku lihat sahaja dia sering memandang kau..”


Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi. Begitu hari saya berlalu
menyerahkan sahaja nasib ke mana diri ini dibawa ombak biar ombak itu deras atau perlahan.
Saya merasa amat tenang bersama mereka. Mereka adalah hiburan buat saya. Banyak perkara
yang saya lakukan bersama mereka.

Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya, mujurlah diri saya dipelihara dalam
melakukan dua hal ini. Walau mereka mempunyai banyak gadis dan juga dikenalkan kepada
saya, tidak pernah saya menyentuh mereka. Bukanlah tidak ada peluang, tetapi ada sahaja hati
ini tersekat daripada melakukan hal itu. Tidak juga saya minum minuman syaitan walhal
mereka juga mengajak saya bersama.

“Marilah minum Adi, sedikit sahaja, kalau tidak suka tidak mengapa, Cuma rasalah sedikit..”

“Oh, tidak mengapa, saya tidak suka baunya..” seolah saya merasakan tidak selesa dengan bau
itu.

“Adi, cubalah gadis ini, dia sahajalah rela untukmu Adi..”

“Oh, biarkan dulu, saya masih mencari gadis yang sesuai buat saya..” spontan sahaja saya
menjawab walaupun saya tidak pernah memikirkan hal dosa ketika itu.

ADI DIHALAU OLEH KELUARGA BARU

 Saya menjadi tambah sedih dan pada waktu itu datang satu perasaan saya ingin bunuh diri.

“Maaf Jali, tidak sengaja aku tersepak cas telepon bimbitmu..” dengan bersungguh benar saya
memohon maaf kepada Jali.

“Kau tengok Adi, patah kepala cas aku, dasar anak haram..”

“Rasakan penampar aku, nah..” ditamparnya saya bertubi-tubi kerana cas itu patah.

“Kau memang celaka anak pungut, dasar ibu dan ayah bangsat..”

Kejadian itu, disaksikan juga ucu dan ibu saudara. Kata cacian itu tidak mampu sabar saya
menahan lagi lalu saya menggapai batang penyapu di bawah kerusi. Baru sahaja saya
mengangkat penyapu itu bukanlah ingin pukul tetapi sekadar mengacah untuk Jali berhenti
menghina saya. Dilihat waktu itu bapa saudara bersama kaklong. Bapa saudara amat marah
kerana tidak pernah sekali dia memukul anaknya apatah lagi melihat orang lain berbuat
demikian. Berkatalah ia kepada saya,

“Dasar anak tidak sedar diuntung, aku jaga kau dari kecil, aku bagi kau makan , aku bagi kau
sekolah, kau nak pukul anak aku, keluar kau anak tidak sedar diri..” semua segala macam
diungkit oleh bapa saudara.


Dalam keadaan sedih saya, kepala saya seperti ringan sahaja menurut perintah dan mengambil
beg pakaian saya. Saya berjalan sahaja tanpa siapa pun hirau akan saya termasuk kaklong dan
ibu saudara. Sungguh hairan saya kerana ibu saudara hanya diam sahaja sedangkan dia melihat
kejadiaan itu memang benar menzalimi saya.

Keluarlah saya dari rumah itu sambil menangis sewaktu usia saya masih 13 tahun. Di tengah
malam , hujan renyai-renyai sahaja saya berjalan sepanjang 15KM. Tuhan sahaja yang tahu
perasaan saya diwaktu itu. Mengalir air mata itulah sahaja jalan akhir saya.

Mengeluyur saya bersendirian mencari arah untuk bermalam. Sesudah 15KM berjalan,
rehatlah saya di sebuah taman permainan dengan menggalas beg pakaian. Pada waktu itu,
saya bersahaja memakai baju t-shirt tidak berkolar dan seluar track biru.

Bertemankan malam, terbaring saya di atas gelung. Terlalu jauh memikirkan tentang nasib
saya. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Terkadang itu , teringat juga saya
akan ayah. Ayah sering sahaja tidak membiarkan saya keseorangan walaupun saya tidak
pernah ada ibu. Ayah menjadi ibu, di kala ayah amat sibuk mengajar, tidak pernah beliau
melupakan tanggungjawab beliau kepada saya.

“Adi, bangun, buat apakah kau disini ? kau tidur di sini kah semalam?” kejut Amin. Amin adalah
kenalan rapat Roy dan kami juga kerap bertemu di waktu malam dahulu.

“sudah pagikah Amin? Aku dihalau rumah semalam kerana..”

“begitukah, aku simpati pada nasibmu Adi, marilah pergi ke rumahku..” simpati benar Amin
kepada saya.

“belakang bengkel itu adalah rumahku, kau pergi dulu ke rumahku, aku belikan sarapan
dahulu..” sambil Amin mengangkat jari telunjuknya menunjuk sebuah bengkel. Amin seorang
mekanik motor dan dia juga mempunyai bengkel motornya sendiri. Di bengkelnya betul-betul
di harapan rumahnya.

“kenapa kamu hanya berdiri sahaja Adi, jemputlah masuk ke pondok burukku..”

Amat kecil sekali rumahnya, ruang tamu itulah biliknya dan ada tandas kecil di dapur.

“Ambil nasi lemak ini Adi, makanlah dahulu..”

“kalau kamu sudi, tinggalah sahaja di rumahku ini , tidaklah besar tetapi ini adalah salah satu
usaha ayahku dahulu..” begitu baik sekali layanan Amin kepada saya.

“pukul berapa kamu buka bengkel min?”.

“oh ya, pukul 10 nanti aku akan buka bengkel ini, kalau kamu sudi tinggal di sini, kamu kena
penuhi syaratku..” jawab Amin sambil dihulurnya kepada bungkusan air teh.


“Syarat? Jika itu menurutmu, berikan sahaja syarat itu. Biar tinggi menggunung, jika ia tidak
mustahil akan ku penuhi selagi kamu memberi aku ruang untuk berteduh.” Jawab saya
bersungguh ingin tahu syarat itu.

“oh tidaklah begitu berat, kamu mesti bantu aku di bengkel , akan aku ajar kamu untuk
membaiki motor sesudah itu.” Bersahaja Amin.

“baik, setujulah aku begitu, terima kasih min”.

Ada batang mati, tetapi adalah cendawan akan tumbuh. Baru sahaja saya mengadu nasib,
adalah sahabat yang datang memberikan ruang saya untuk meneruskan hidup.

“Encik, boleh tolong tengokkan motor saya? Tidak pula enjinnya mahu hidup , berkali juga saya
cuba.” Rayu seorang pelanggan sambil ditutupnya kepala dengan majalah kerana mungkin
waktu itu amat panas cuacanya.

“oh, duduklah dulu encik.” Pelawa adi sambil mengeluarkan alatannya.

“Baiklah encik, semuanya 30 ringgit termasuk upah.” Ujar saya kepada pelanggan.

“Wah, cepat benar kamu belajar Adi, baru sahaja 3 bulan kamu boleh baiki motor dengan
sendiri..” puji Amin kepada saya.

Tambahnya lagi , “Adi, sekarang kamu sudah 14 tahun, tidak mahukah kamu pergi sekolah
seperti orang lain?”

“Tidaklah Amin, tiada masa depan juga aku ke sekolah, biarlah aku disini, banyak lagi yang aku
perlu belajar. Untung sabut timbul, manalah tahu mungkin aku boleh jadi seperti kamu punyai
bengkel sendiri.” Nada yang serius saya menjawab.

“Oh baguslah begitu, sementara itu bolehlah kamu membantu aku”. Ujar Amin.

Bekerjalah saya di bengkel itu. Banyaklah juga ilmu tentang membaiki motor saya pelajari.
Sungguh beruntung saya berjumpa Amin. Tidaklah jauh bengkelnya dengan rumah bapa
saudara, tetapi sekurangnya setengah jam jika menaiki motor. Sungguhpun begitu, tiada siapa
pun keluarga bapa saudara saya tahu keberadaan saya disitu melainkan kaklong. Saya pernah
bertemu kaklong ketika dia menemani kawannya untuk membaiki motor.

“Kau Adi, kau bekerja di sini? Bagaimana khabarmu di sini Adi, saya harap tiada masalah kamu
disini, fahamlah saya keadaanmu di rumah ayah.” Simpati kaklong kepada saya. Kaklong
memang amat baik kepada saya walaupun selepas daripada peristiwa lepas.

“aku bertambah baik di sini, tolong jangan dikhabarkan kepada sesiapa tentang keberadaanku
di sini, biarlah aku bawa diri di sini.” Rayu saya supaya kaklong merahsiakan keadaan saya.

Begitulah kisah saya sehingga saya menjadi mekanik motor membantu Amin di bengkelnya.

Episod 4: Adi kembali tinggal di rumah keluarga Murad di Selangor

USTAZ AZMAN TERINGAT AKAN JANJINYA BERSAMA SYEIKH ALI

“Sabar Murad, tidak usah kau bersedih terlalu lama, semoga arwah ibumu tenang di sana.”
Rayu Ustaz Azman kepada Murad.

“Sudahlah, Pak Su tidak berada di tempat saya , Pak Su berkata sabar, itu amat senang, tapi
saya yang menanggung Pak Su, bagaimana pula dengan Hafiz.”

“Murad, itu bukan sabar yang Rasulullah ajar kepada kita ,istighfarlah dengan kata-katamu.

Allah befirman : “Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering
berdoa kepada tuhan mereka.” (Al-Kahfi : 28).

Islam mengajar umatnya untuk bersabar ketika saat pertama menerima musibah

Dan berdasarkan hadis Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi kuburan (dalam
riwayat lain menangisi anaknya yang meninggal) Maka baginda berkata kepada wanita itu :
"Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah."

Maka wanita itu berkata : "Engkau tidak merasakan apa yang kurasakan, karena engkau tidak
mengalami musibah seperti musibahku".

Anas berkata : "Wanita itu tidak mengetahui bahwa yang menegurnya adalah Nabi". Lalu
dikatakan kepadanya. "Yang menegurmu adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam". Maka
seperti kematian mengambilnya (wanita itu terkejut), segera dia mendatangi rumah Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan dia tidak mendapatkan penjaga pintu di sisinya. Wanita itu
berkata : "Wahai Rasulullah tadi aku tidak mengenalimu". Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa sallam pun bersabda : "Sesungguhnya sabar itu adalah pada pukulan pertama. " (Hadis
Riwayat Muslim)” Lembut Ustaz Azman menasihati abang Murad sambil memegang bahu
abang Murad.

“AllahuAkbar, ampunkan hambamu ini Ya Allah..” terasa sesalan di hati abang Murad.
Terkesan benar kata Ustaz Azman itu.

Sudah hampir seminggu berlalu pemergian Ibu Zakiah setelah hampir 7 tahun merasakan
lemah dan sering sakit. Abang Murad dan Hafiz terpaksa menjalani kehidupan mereka.
Kalaulah dahulu waktu Ibu Zakiah masih ada, adalah orang yang sering beri perhatian kepada
Hafiz kerana abang Murad sentiasa sibuk bekerja. Biarlah kini abang Murad sahaja yang
terpaksa memberi perhatian kepada Hafiz terutamanya dalam pelajarannya. Mujurlah ada Pak
Su yang sentiasa membantu keluarga abang Murad.


Hafiz kini semakin membesar, belajar pula di sekolah agama. Beliau sering mendapat anugerah
pelajar cemerlang. Begitu tekun abang Murad membesarkan Hafiz sehingga menjadi pelajar
yang baik agamanya dan juga cemerlang akademiknya.

Ustaz Azman pula bertugas menjadi imam kampung di Masjid As-Syakirin itu. Beliau pula amat
tekun mendidik Maisara , anak tunggalnya sehingga amatlah baik akhlaknya. Maisara juga
adalah anak yang taat kepada orang tua. Maisara juga amatlah kelihatan lembut seperti ibunya
dengan sentiasa mengenakan jubah dan bertudung labuh.

Ustaz Azman sering sahaja membaca kitab di waktu petangnya, kerana pada malamnya beliau
akan memberikan ceramah agama di masjid itu. Terkadang juga , Ustaz Azman dijemput untuk
menyampaikan ceramah agamanya di masjid dan surau berdekatan.

Ia bermenung seketika selepas melihat buku nota lamanya di rak. Lantas tangannya dicapai
akan buku itu.

Sambil perlahan berjalan menghampiri kerusi rehat di kawasan kecil hadapan rumah, lalu
duduklah ia .

“Ya Allah, demi kamu tuhan yang berhak mengurniakan aku ingatan dan menarik juga
ingatanku.”

Menangislah ia seketika setelah dibukanya akan muka surat yang terlipat itu. Kertas itu tertulis
catatannya di waktu dahulu.

 “Adakah itu janji atau menurutku ianya adalah yang sebaiknya , jadilah ia kenyataan di suatu
hari nanti, kamu tidak akan menduga waktunya. Pasti ia terlebih dahulu meredah duri walau
tertusuk di daging sendiri. Kelak bahagia itu bukanlah alasannya tetapi di hari selepas kematian.
Berbahagialah waktu itu, janganlah mudah mengikut andaian nafsu jika tidak disorongkan ilmu,
biarlah iman membawa kedamaian, kelak berbahagialah nanti. Jangan letih dan mudah
mengalah menahan resah, berserah lah kepada tuhan dan mengadulah dikau diwaktu 1/3
malam. ”

Sudah lupa akan beliau janjinya bersama Syeikh Ali. Beliau pernah berjanji untuk melihat saya
yang sudah dewasa dan disatukan dengan puteri tunggalnya Maisara.

Segera beliau mendatangi Murad.

“Assalamualaikum , Murad! Oh Murad!”

“Waalaikumussalam Pak Su, jemputlah masuk Pak Su.”

“Kamu tidak bekerja hari ini Murad?, Pak Su ada sesuatu hal untuk berbincang dengan kamu.”

“Oh, baru sahaja saya bercadang untuk pergi ke rumah Pak Abu tetapi mungkin petang sedikit,
bolehlah kita berbincang dahulu..”


“baguslah, begini Murad, sebenarnya sedikit harta yang Pak Su sering berikan kepadamu dan
Hafiz adalah amanah Pak Su kepada Syeikh Ali, tetapi Pak Su juga pernah berjanji untuk
menjadi mata Syeikh Ali melihat Adi membesar. Barulah Pak Su ingat akan hal itu hari ini.
Terasa amat bersalah diri Pak Su.”

“Pak Su sudah pun khabar oleh ibumu akan hal Adi yang sekarang berada bersama saudaranya,
kalaulah tidak mustahil, Pak Su ingin Adi tinggal bersama kamu, setidaknya kamu punyai
saudara baru. Bolehlah Pak Su lihatkan mereka berdua”.

“Saya rasa amat mustahil Pak Su, Adi pasti sudah selesa tinggal di sana. Mahunya dia
tinggalkan saudaranya untuk bersama saya yang makannya umpas bersulam pula racun.”

“oh begitu, setidaknya kita pergi melawat Adi di rumah saudaranya. Pak Su kira Adi mungkin
sudah lupa akan alamat rumah ini.”

“jika itu menurutmu Pak Su, tidak akan saya bekerja pada hujung minggu ini, bolehlah saya
bawa Hafiz bersama”.

Begitulah perjanjian antara dua saudara itu. Pulang ke rumah Ustaz Azman mengkhabarkan
hajatnya itu kepada Maisara dan Isetrinya. Sungguh tidak sabar Maisara ketika itu mahu
berjumpa dengan saya. Bukanlah kerana apa, di waktu kecil itu saya sahajalah temannya
bermain dan berpidato. Ustaz Azman begitu teliti membesarkan Maisara supaya tidak mudah
bergaul bebas. Maisara pula lebih gemar tinggal di rumah sahaja tidaklah seperti kaklong.
Maisara juga teringin benar mendengar pidato saya, dengan itu, wajarlah Maisara gembira
mendengar berita daripada ayahnya itu.

ADI PULANG KE RUMAH MURAD

“Assalamualaikum, Cik Musa ke?” tegur abang Murad bersamanya Ustaz Azman dan Hafiz
keluar dari kereta Proton Iswara hitam.

“iya saya, maaf tidak dapat saya ingat rupa saudara semua, apakah hajat dikalangan saudara
ke rumah saya? , oh ya masuklah dahulu.”- Pelawa bapa saudara sambil meletakkan barangbarang
perniagaannya di dalam kereta. Waktu itu mereka bersiap untuk membuka gerai tetapi
tidaklah begitu tergesa-gesa kerana menyambut kehadiran tetamu dahulu.

“maaf menganggu tuan, jikalau tuan masih ingat lagi saya pernah datang ke sini membawa Adi,”
kata Abang Murad.

“oh ya, aku ingat, jika kamu semua mencari Adi, lupakan sahaja hajatmu.” –katanya.

“mengapa begitu? Apakah berlaku tuan?”-bingung Ustaz Azman.

“anak yang tidak sedar diuntung itu? sudah hampir dua tahun dia tidak berada disini, aku
sudah halau dan dia tidak akan berani datang kesini lagi.” –bengis sahaja Cik Musa.


“mengapa begitu tuan, tidakkah kamu kasihan akan dia, di mana dia tinggal sekarang.” Geleng
kepala Ustaz Azman sambil masih terbayang lagi janji dia pada arwah ayah.


“tidak aku tahu kemana dia pergi, biarkan sahaja , tahulah dia mencari arah..”.
Sebelum mereka pulang, sempat kaklong mengambil nombor telefon bimbit Ustaz Azman.
Memberi harapan kalau-kalau Adi mahu pulang ke kampung.


Maisara dengan perasaan gembiranya mahu mengetahui bagaimana keadaan saya lantas
bertanya kepada ayahnya,


“bagaimana ayah? Kenapa bermasam muka sahaja?”
“Adi sudah tiada, dihalau dari rumah ,maka keluar adi membawa hala tujunya sendiri, entah
hidup entah mati, tidak tahu bayangnya.”


“kenapa kamu beria benar mahu jumpa Adi maisara?” pelik Ustaz Azman dengan perangai
puterinya itu.
“bukankah ayah pernah berjanji ingin menyatukan kami dengan ayah adi? Benarkah bukan ?”
“iya, mahukah kamu menikahi Adi?”
“maisara yakin benar akan kata-kata ayah Adi..”


“kata ayah Adi? Apakah maksud mu ?”
“maaf ayah, maisara terbaca nota ayah semasa mengemas di halaman rumah, waktu itu
maisara lihat ayah menangis. Dan ayah membiarkan sahaja nota ayah terbuka, lalu lihatlah
Maisara akan kandungannya itu.”


“sudahlah Maisara, itu Cuma kertas sahaja, kamu kelihatan amat suka sama Adi, bukannya kita


tahu bagaimana keadaannya sekarang, mungkinkah penjenayah atau perogol atau sudah mati.”
“tidak ayah, Maisara yakin, Maisara sentiasa senang mendengar nama Adi, tambahan pula,
ayah Adi orang yang hebat, pesanannya itu hikmah, Maisara kenang ungkapannya, ‘biar
terpaksa meredah duri,walau tertusuk di daging sendiri’ . Yakin ayah, pasti tuhan menemukan
jalanNya.”


Maisara amatlah senang mendengar nama saya walaupun masih tidak tahu keadaan saya. Saya
bukanlah seperti dahulu, saya sudah tidak solat. Tiada pula pelajaran , didikan agama juga
tidak ada. Hanya menghabiskan masa saya di bengkel.


Suatu petang, ketika saya berada di bengkel, kaklong mengungjungi saya. Lalu cerita lah
perihal kedatangan abang Murad.



“Adi, mereka rindu kamu , saudaramu datang dari jauh semata-mata untuk jumpa kamu. Aku
ada ambil nombor telefon bimbitnya. Pergilah Adi, mereka kelihatan amat alim. Mungkin
keadaan kamu lebih baik di sana”.


“Tidak kaklong, itu bukan kehidupanku, aku tidak mahu lagi mengharapkan budi manusia.


Mengejar tuah, najis keluar. Biarlah aku dengan kehidupanku ini.”
Kaklong seolah tidak berpuas hati dengan jawapan Adi, lalu dia menelefon Ustaz Azman dan
menceritakan hal saya.


Mendengar sahaja kisah itu, pergi lah Ustaz Azman sendiri ke bengkel Amin lalu carilah dia


saya.
Ustaz Azman tidak kenal saya, tetapi apabila saya melihat seorang lelaki tua berkopiah, masih
lah kuat ingatan ini lagi terhadap Ustaz Azman. Lalu saya memulakan sapaan saya,


“Assalamualaikum Ustaz, lama tidak bertemu, ustaz mencari saya?” saya sudah dapat agak
kaklong pasti memberitahu tentang ini.


“Adi, maafkanku ..” sambil memeluk saya.
“Adi, marilah tinggal bersama di kampung, saya sudah berjanji dengan ayahmu untuk
menjagamu,”


“oh tidak mengapa Ustaz, saya sudah selesa di sini,”
“Adi, kamu tidak sekolah?”
“Tidak Ustaz, saya lebih suka bekerja .”
“tidak Adi, kamu mesti pulang ke kampung. Tolonglah Adi, masih aku berhutang budi dengan


ayahmu,”
“Usahlah ustaz bicara soal budi, sudah basi di telinga saya.”
“tidak Adi, berilahku peluang Adi.”
“pergilah Adi, tidak mengapa, berikanlah saudara kamu peluang, amat jauh beliau datang


untuk mengajakmu pulang” Amin memujuk saya, Amin sahajalah yang dapat melembutkan


hati saya kerana saya amatlah menghormatinya.
Akhirnya, saya kembali ke kampung bersama Ustaz Azman. Dalam perjalanan pulang, bertubitubi
juga Ustaz Azman Tanya akan hal saya dihalau rumah. Namun, langsung saya tidak
keluarkan sepatah kata. Saya merahsiakan hal itu dan sebenarnya saya mahu lupa sahaja
peristiwa itu.



ADI BERTEMU RAKAN KARIBNYA AJIP

“kau kurang ajar ajip, rasakan ..”

“sekali lagi kau kacau Maisara, hilang nyawa kau aku kerjakan”. Abang Murad memukul dan
menengking Ajip.

Kebetulan waktu itu saya berjalan pulang bersama Ustaz Azman.

“kenapa ni Murad, apa yang berlaku?”

“Pak Su, hafiz kata ajip selalu sahaja menganggu Maisara. Kesian Maisara , sentiasa sahaja
diganggu ajip. Itulah marah benar saya kepada ajip.”

“saya tidak buat apa pun melainkan bercakap sahaja dengan Maisara, lagipun Maisara tidak
endah pun dengan perkataan saya.”

“kau jangan menjawab,” marah abang Murad.

“sudah, bangun ajip, sudahlah abang Murad, manusia ini selalu sahaja beremosi, tidak letih
kah mereka selalu marah, tidak tahu perasaan agaknya orang yang kena marah.” Tiba-tiba
sahaja reaksi saya bersimpati dengan ajip. Mungkin sahaja keadaan saya dahulu selalu di
marah oleh Jali dan bapa saudara membuat saya simpati kepada ajip.

“oh, jadi kamu Adi ya, besar panjang kamu, tidak usahlah kamu campur bukan berkaitan hal
kamu. Ini urusan abang.” Tidak endah abang Murad dengan kata saya.

Sudah lama saya tidak berjumpa mereka, bukanlah lupa akan mereka, tetapi gelapnya malam
tidak nampak cahaya mereka. Begitu kelam kehidupan saya sehingga saya tidak ada rasa
sesiapa pernah hadir dalam diri saya.

Sehinggalah waktu itu, mereka bertanya akan saya kisah saya. Tetapi tidak saya ceritakan kisah
saya itu. Setakat mana mungkin, tidak akan saya ungkit kisah lalu. Tinggalah persoalan kepada
mereka tertanya akan kisah saya. Ketika itu, kami bersembang perihal masing-masing. Waktu
itu hanya ada abang Murad , Ustaz Azman dan Hafiz.

Sesudah sahaja setengah jam, datanglah Ibu Zainab bersama Maisara.

“Mai…..” kata saya seolah tidak berbunyi.

Saya terasa amat malu ketika itu. Kalaulah dahulu saya selalu juga mengajar Maisara Bahasa
Arab. Tetapi melihat sahaja penampilannya yang amat lembut, seperti kepala saya amat berat
dan tidak mampu mengangkat lagi. Saya hanya memanggil Maisara dengan panggilan ‘Mai’
sewaktu kecil dahulu. Saya tunduk sahaja muka seolah tidak mahu berkata apa dengan
Maisara mengharapkan tidak ada persoalan dari Maisara.

Maisara juga kelihatan begitu lembut dan tidak berkata apa, hanya berada di sebelah ibunya.
Mungkin mengharapkan saya akan bertanya sesuatu kepadanya. Tetapi saya hanya mampu


berdiam sekadar bercerita sahaja kisah saya di bengkel kepada mereka sambil pandangan saya


tidak langsung tuju ke Maisara.
Saya tidak mengerti, apakah perasaan itu begitu aneh. Tidak langsung boleh saya berpaling
kepadanya. Mungkin malu dengan keadaan saya yang hina ini.


“bangun, abang nak pergi masjid.” Gerakan pertama oleh abang Murad dan Hafiz.
Abang Murad dan Hafiz sering sahaja solat di masjid.
“Adi, kau sudah solat belum, sudah pukul tujuh ni”
Kali kedua abang Murad kejutkan saya tidur. Sudah lama saya tidak solat, memanglah payah


untuk saya bangun dari tidur. Namun, bangun juga saya tetapi sekadar masuk tandas dan
sambung kembali tidur saya. Sekurangnya, abang murad tidak menduga apa-apa.
Pagi itu abang Murad ajak saya berbincang,


“kamu mahu pergi sekolah ? menurut Pak Su ku dia mahu kamu pergi sekolah.”
“tidak, aku sudah lama tidak pergi sekolah, apa sahaja yang aku boleh dapat dengan pergi ke
sekolah, lebih baik aku bekerja.”


“Tidak, kamu mesti pergi ke sekolah, aku tidak mahu Pak Su ku bersusah hati, soal yuran akan


aku jelaskan, ini keputusanku.”,
“soal perbelanjaan kamu, aku tidak punya banyak harta, sekadarnya sahaja untuk
perbelanjaan harian dan perbelanjaan Hafiz, mungkin lebih baik kamu bekerja sesudah habis
sekolah.”-tambahnya lagi.


Menurut sahaja saya akan arahannya. Saya merasakan kehidupan saya sama seperti dahulu.
Tidak ada apa pun bezanya. Masih merasa tiada sesiapa dan tidak ada ketenangan.


Episod 5: Peristiwa hitam Adi di rumah Murad

KEHIDUPAN SEBENAR ADI DIKETAHUI MURAD DAN USTAZ AZMAN

Merungkai hening di waktu pagi di bangku persekolahan, menyelak langsir ingatan. Terkenang
kembali peristiwa saya di kampung halaman. Tidak mampu saya memberi tumpuan di dalam
kelas. Setiap hari, hanya jasad sahaja yang mewakili diri. Terkadang juga , saya berdiri di luar
kelas kerana sering sahaja tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidur semasa guru mengajar.

“Ajip, aku rasa, hanya aku seorang sahaja yang tidak siap kerja sekolah, pasti aku kena jemur
lagi dengan Cikgu Anisah”

“tidak! Aku juga tidak siap Adi, jangan khuatir, jika kamu kena denda, aku pasti kena denda
bersamamu”- sedangkan pada waktu itu , Ajip sudah menyiapkan kerja sekolah itu Cuma
begitu setia dia bersama saya.

Biarpun setitik embun tetapi mampu memenuhkan semangkuk jiwa kekosongan di hati saya.
Hanyalah Ajip yang memahami dan menjiwai hakikat kehendak hati ini. Bersahabat saya
dengan Ajip dan sering melakukan aktiviti bersama.

Pertemuan pertama di hadapan rumah abang Murad menjadikan Ajip ingin benar menjadi
sahabat saya. Kebetulan pula, Ajip adalah sama kelas dengan saya. Tidak ramai pula ingin
bersahabat dengan Ajip. Itu menyebabkan dia amat senang bersama saya dan begitu juga saya.

Manusia ada peristiwa yang tidak dimakan zaman. Begitu juga saya, sering sahaja tidak hadir
kelas bersama Ajip. Ada waktunya separuh hari, ada kala juga satu hari tidak hadir kelas. Guru-
guru pula tidak ambil endah akan hal ini kerana Ajip sering sahaja tidak pergi kelas dan
gurunya sudah lelah akan hal itu. Ada juga guru menasihati saya supaya tidak bersama Ajip
tetapi tidak hirau saya asalkan saya sudah ada sahabat baru.

“Kau merokok Adi? Khabarkan pada aku , kepunyaan siapa rokok ini? Oh, rupanya semenjak
kau berkawan dengan Ajip, semakin menjadi-jadi kau” –Jerit abang Murad membunuh pagi
saya.

“Iya, rokokku, tetapi aku membeli menggunakan wang aku bekerja, sejak aku di Kedah lagi aku
merokok. Apa masalahnya?”

“Masalah kau cakap? Kalaulah Pak Su tahu akan hal ini, pasti dia kecewa. Kau pula sudah
pandai tidak hadir ke kelas, aku sudah tahu semuanya.”

“Jadi..”

“Jadi? kau tidak sedarkah Adi, Pak Su aku amat menyanjugi kau, kau anak orang baik-baik,
tetapi kau sahaja membunuh keadaan kau, kau malukan keturunan kau. Ayah kau ulama’
terkenal Adi, sedarkah kau!!!’


“sudahlah, manakan Iman dapat diwarisi, inilah aku yang sebenarnya, sejak dari dahulu lagi
aku seperti ini, solat pun aku sudah lama tidak kerjakan, hidupku hanya drama , usahlah kau
campur halku lagi.”

“Sedih ayah kalau dia dapat melihat engkau sebegini, aku sudah tidak mahu campur lagi
urusanmu, hiduplah engkau dengan cara yang engkau suka, Asalkan sahaja engkau tidak
mengganggu hidup Hafiz dan juga Maisara, jika tidak, nahaslah aku kerjakan!”

Untuk beberapa hari itu, hati saya hanya mampu membisu sahaja. Abang Murad pula sudah
tidak kisah lagi akan saya. Terkadang sahaja menegur saya. Selebihnya hanya membisu.
Bagaikan tiada kewujudan saya di rumahnya.

Selalu juga saya hanya makan di luar, makanannya hanya cukup untuk mereka sahaja.
Tergamak abang Murad memulaukan diri saya. Memang sudah saya tahu, abang Murad
memang keras kepala, jika dia mengalah, pasti bukan mengalah semata-mata.

Mujurlah saya bekerja. Kemahiran membaiki motor saya di Kedah dahulu amatlah berguna
bagi saya. Masa saya banyak dihabiskan di bengkel bersama Ajip.

“Murad, macam mana pelajaran Adi?, sudah lama tidak jumpa Adi, kamu ajaklah Adi ke masjid,
jarang sekali Pak Su lihat Adi di Masjid..” sering juga Ustaz Azman berkungjung ke rumah
Abang Murad. Tidaklah jauh rumahnya , hanya seberang jalan sahaja . Memang saya tidak
selalu berjumpa dengan Ustaz Azman kerana beliau sering sahaja sibuk dengan
tanggungjawabnya sebagai imam dan juga berceramah.

“Adi biasa sahaja , mungkin sibuk agaknya, tetapi Hafiz minggu depan akan dapat anugerah
lagi, syukur Ya Allah, sering sahaja Hafiz menjadi pelajar terbaik.”

“oh begitukah, Alhamdulillah, berjaya benar kamu mendidik Hafiz, baik juga akhlaknya.
Semoga Adi pun akan Berjaya seperti Hafiz, insyaAllah.”

“insyaAllah.” Membiarkan sahaja harapan Ustaz Azman dan hanya membisu kerana Abang
Murad malas bicara soal saya.

Setiap saat dalam hidup saya ibarat gambar yang belum pernah terlihat, dan gambar tidak
pernah akan terlihat lagi. Tidak boleh saya melakar matlamat di hujung dan sukar berangan
sesuatu impian.

Menggamit setiap hari saya hanyalah hari yang sia-sia sahaja. Habis sekolah, saya akan bekerja,
sesudah itu saya akan menghabiskan waktu itu bersama Ajip di sebuah pondok buruk. Seperti
kutu rayau yang tidak ada kehidupan. Riuh juga nama saya dan ajip di kampung, kerana
mungkin keadaan kami yang sering bernyanyi di tengah malam membuat orang kampung tidak
senang. Terkadang juga melihatkan kami yang tidak ada masa hadapan.


Banyak juga berita tentang saya sampai kepada Ustaz Azman dan abang Murad. Tetapi mereka
hanyalah berdiam sahaja kerana tidaklah sampai saya mencuri dan merogol anak orang. Cuma
sahaja bertenggek di bawah pondok mengalahkan riuhan unggas-unggas di tengah malam.

Sebanyak air menakung dalam tempurung, akhirnya melimpah jua . Begitulah ungkapan yang
seiras benar dengan kisah saya yang bertebaran di kampung buat Ustaz Azman. Manakan
dapat tahan lebih-lebih lagi Ustaz Azman menaruh harapan besar kepada saya. Janji menaruh
puterinya itu masih menjadi igauan. Jikalah Syeikh Ali itu orangnya biasa-biasa sahaja sudah
lama Ustaz Azman melupakan hasrat itu. Namun, lebih membingungkan ialah janji dengan
seorang yang besar penghormatannya.

“Pak Su khuatir benar Murad, kisah Adi menjadi sebutan orang kampung, bukankah dia ini
anak kepada seorang hamba yang soleh?”

“benar Pak Su, saya juga sudah mengetahui akan halnya itu sejak dahulu lagi, sengaja saya
tidak khabarkan pada Pak Su supaya tidak sedih hati.”

“kamu salah Murad, sepatutnya kamu khabarkan pada awalnya. Sekarang amatlah payah, dia
semakin jauh dengan agama, berkali juga Pak Su ingin berjumpa dengannya tetapi selalu
sahaja dia mengelak, kalau dahulu lebih mudah.”

“itu pilihan dia Pak Su, kita sudah berusaha untuk mengubahnya tetapi apakan daya, dia ada
pilihannya.”

“Tidak Murad, Pak Su tidak mengalah. Selagi Adi tidak berubah selagi itu Pak Su berdoa supaya
Pak Su tidak menemui ajal lagi.”

“Mengapakah sehingga begitu Pak Su beriltizam? Adakah ini amanah ayah.”

“Ini amanah Allah Murad, amanah juga saya akan ayah. Saya berjanji akan satukan Adi dengan
Maisara. Manakan satu-satunya puteri saya untuk orang yang jauh dengan agama.”

“sungguh tidak layak Adi dengan Maisara Pak Su, Maisara itu solehah. Amat jauh dengan Adi.
Baru sahaja niat saya untuk menyatukan Hafiz dengan Maisara.”

“Jangan berkata begitu Murad, jodoh itu rahsia Allah. Hikmahnya tidak mampu otak manusia
mentafsir. Bukanlah janji itu saya turuti, Cuma usaha sahaja kearah itu. Jika ditulis jodoh
Maisara dengan Hafiz, manakan saya mampu melawannya.”

ADI DIHALAU RUMAH OLEH MURAD

“Aku merasakan jiwa aku amat kosong, biarpun kita gembira bernyanyi, tetapi ia kembali
kosong sesudah itu.” Mengeluh Adi yang sedang tidak mencapai makna kehidupan . Pada
waktu itu adalah malam yang amat tenang.


“Sudahlah Adi, mungkin ada sahaja engkau merindukan orang tuamu.” Pujuk Ajip yang sering
sahaja memberi semangat kepada saya.

“Aku merasakan lebih selesa aku tinggal di Kedah dahulu, di sini , Abang Murad sering sahaja
memulau akan aku, bagaimana aku ingin teruskan kehidupan di rumah itu, hanyalah sekadar
memenuhi kehendak Ustaz Azman.”

“Mengapa sampai begitu, mungkinlah abang Murad mahu mengajarmu Adi,”

“aku merasakan tidak, dia sahaja hanya mementingkan adiknya, aku ini hanya menambah
bebannya.” Teringat suatu masa dahulu ungkapan Abang Murad bahawa tidak mahu dibebani
oleh saya.

“perasaanmu sahaja Adi, bukankah kamu ada Ustaz Azman , Ibu Zainab dan kekasihku
Maisara?” bergurau sahaja Ajip tentang Maisara biarpun dia sudah tahu saya amatlah sensitif
dengan nama Maisara.

Sering sahaja terdiam apabila nama Maisara disebut. Pernah Ajip melihat sering sahaja saya
berselindung di tepi pokok apabila tiap kali bertembung dengan Maisara. Saya tidak tahu
mengapa, terasa hati ini gementar dan gugup melihat Maisara yang lemah-lembut serta
berjubah itu. Seringkali saya membandingkan diri saya dan dirinya, maka saya akan merasakan
malu bersendirian apabila diri saya kelihatan begitu hina. Sebab itulah penghujung cerita, saya
ambil langkah untuk mengelak daripada bertemu muka dengannya.

“Ajip, jom pergi masjid.” – tiba-tiba sahaja spontan keluar dari mulutku. Memecah juga
suasana hening malam itu.

“Masjid?, pukul 2 pagi sekarang Adi. Khabarkah engkau?” –terkejut benar Ajip bagai kerbau
terkejut oleh gong.

“Iya , teringin sungguh aku pergi Masjid,tetapi aku malu, sekarang pasti tidak ada orang disana.”

Malam itu amat tenang dan angin subuh semakin bertambah. Sampailah kami di masjid itu.

“Pagarnya berkunci ajip, terlepas hajat aku ingin masuk masjid.”

“Tidak usah risau Adi, kita panjat sahaja, bukan ada orang di tengah malam sebegini.”

Ajip amatlah memahami saya. Banyak perasaan gusar saya dikongsi bersama Ajip. Dia sanggup
lakukan apa sahaja asalkan memenuhi hasrat saya. Biarpun ramai tidak menyukai Ajip, tetapi
dia seolah lebih bermakna dalam hidup saya berbanding keluarga Murad dan Cik Musa. Kami
berjaya masuk ke Masjid tetapi bukanlah di ruang utama.

“engkau mahu solat Adi?”

“teringin juga, tetapi tahulah engkau sudah lama aku tinggal solat.”

“Baiklah, biar aku ajar engkau solat…”


Sampailah habis solat isya’. Ajip hanya mengajar sahaja sedangkan dia tidak solat. Sesudah itu
saya berdoa.


“Apa yang kamu berdoa Adi?”
“Aku mahu Allah berikan aku jalan keluar kepada kehidupan aku, tidak sanggup aku
meneruskan lagi hidup seperti ini, dan aku doakan untuk engkau juga Ajip.”


“oh begitukah, terima kasih sahabat”.
“prangg” bunyi pagar.
“hoi, kau buat apa!!” jeritan dari jauh oleh seorang peronda kampung yang bertubuh sasa.
“Ajip, ada orang, jom lari..”
Bertebaran saya dan Ajip lari ketika itu. Malanglah saya pada waktu itu semasa sedang


memanjat pagar , saya terjatuh.
“Ajip, lari jip.” Mengadu saya sedang kaki masih sakit. Kami terkejut dan keadaan itu


memaksakan kami untuk berlari sedangkan kami bukanlah buat salah. Mungkin cara kami
seperti penceroboh.
Tidak mampu saya berlari lagi kerana kaki saya terseliuh. Ajip juga tidak lari meninggalkan saya.
“kamu berdua rupanya, patutlah duit tabung masjid sering sahaja hilang, dasar kutu rayau


yang tak guna. Menghancurkan keamanan kampung sahaja. akan aku mengadu kepada Ustaz
Azman.”


“tidak, kami tidak curi . kami hanya singgah sahaja di masjid. Ajip mengajarku solat.”
Kata-kata saya langsung tidak dipedulikannya. Malah sering dikaitkan dengan kes curi duit
tabung masjid yang sering berlaku di masjid itu.


Pekikan lelaki itu menampar lena tidur penduduk kampung. Riuhlah pada malam itu penduduk
kampung termasuk abang Murad dan Ustaz Azman. Lelaki itu menarik saya tanpa
menghiraukan kaki saya yang terseliuh.


“Ajip, kakiku sakit jip,” jeritan saya tidak dihiraukan langsung lelaki itu.


Badan lelaki itu amat besar, tangannya pula banyak urat. Amat kuat tangannya menggenggam
baju saya sehingga baju saya menjadi amat luas di tengkuknya.
“Tidakkah kamu lihat sahabatku jerit kesakitan? Kasihanilah sahabatku, kami memang tidak


salah.”
“Katamu sahaja itu, mana ada orang gila mengaku gila apatah lagi yang mencuri,”



“Kenapa kamu menjerit ni?, Adi, kenapa dengan kamu?” Ustaz Murad sudah menunggu
kehadiran kami setelah mendengar jeritan lelaki sasa itu. Ibu Zainab dan Maisara juga turut
bersama Ustaz Murad.

“Baru sahaja sebentar tadi saya melihat Adi dan Ajip sedang mencuri tabung masjid. Patutlah
kampung kita riuh dengan duit tabung hilang, rupanya setan ini yang mencuri.”

“Sabar dahulu, lebih baik kita Tanya dahulu mereka, benarkah Adi kau mencuri duit tabung?”

“Kau mencuri Adi? Memalukan keluarga, nahas kau aku kerjakan…..” datang abang Murad
tiba-tiba mengamuk setelah mendengar tuduhan lelaki sasa itu.

“sakit abang Murad, Adi tidak mencuri, Ajip tolong aku jip.” Bertubi-tubi abang Murad
memukul saya. Menangis saya amatlah kuat tetapi langsung tidak menyentuh simpati abang
Murad. Panas barannya memang susah untuk dikawal. Ketika itu juga , kaki saya terseliuh.
Amatlah pedih sekali waktu itu.

Ajip pula cuba menyekat Abang Murad namun dihalangi lelaki yang bertubuh sasa itu.
Akhirnya turunlah Ustaz Murad dari tangga rumahnya untuk meleraikan Abang Murad dari
terus memukul saya. Berdarah kepala saya akibat terhantuk tangga semasa dipukul abang
Murad.

“Sudah Murad, kita tidak tahu mereka ini mencuri atau tidak, lebih baik kita mendapat
kepastian dahulu.”

“Ah, kalau sudah bersama Ajip, yakin benar saya Pak Su. Kenapa engkau mencuri Adi?
Tidakkah engkau tahu perbuatan ini memalukan keluarga? Kalau sudah miskin harta jangan
jadi hina, kalau aku tahu inilah engkau tidak akan aku terima tinggal di rumah ibu!!”

“Tidak abang Murad, amat pantas engkau berkata pada aku, rela aku menjadi kutu, biar miskin
atau hina, matiku atas kepala.

Duit itu tidak penting bagi aku abang Murad, apalah aku pandang pada duit sehingga mencuri,
aku sudah punyai 3 harta , harta ini sudah cukup memberi aku kekayaan, pertama , aku sudah
punyai harta persahabatan , aku sudah ada Ajip, kedua aku sudah ada harta keberanian, aku
sudah tidak takut dengan hidup di dunia yang berseorangan dan terakhir aku sudah ada harta
mengalah pada dunia, aku tidak takut lagi hidup melarat di dunia. Ketiga harta aku ini sudah
cukup memberikan aku kemewahan abang Murad.”

“Sudah!!” jerit Ustaz Azman.

“kalau kamu tidak mencuri, kenapa kamu semua lari?”

“Sebab kami terkejut Ustaz, Lagipun kami mengaku memang kami panjat pagar tetapi tidaklah
kami berniat buruk seperti itu, hanya saya berniat sahaja untuk mencari damai di situ.”


“jangan percaya mereka ustaz, sekarang kampung kita asyik sahaja kes curi, rumah Pak Man,
Kak Lia , Umah Awang dan duit tabung masjid juga Ustaz, ini semua sejak mereka jadi kutu
rayau di kampung ustaz, sampai ke pagi mereka duduk di pondok sana, buat apa lagi kalau
tidak mencuri.”

“Sudah!!, kamu ada bukti ke?”

“Kita dah dapat tangkap mereka ustaz di Masjid.”

“tidak ! yang itu bukan bukti, melainkan kita dapat tangkap mereka sedang buka tabung masjid.
Sudahlah, bersurai semua, dua jam lagi waktu subuh, nanti pergi masjid pula.”- keluh Ustaz
Azman sedikit kecewa melihat saya. Saya merasakan amat malu terutama Maisara juga
menggelengkan sahaja kepalanya seolah-olah memandang saya dan Ajip memang orang yang
dimaksudkan lelaki sasa itu.

Bersurailah masing-masing seusai sahaja Ustaz Azman memberikan isyaratnya. Saya berjalan
pulang dengan kaki saya masih lagi terseliuh. Mujurlah ketika itu Ajip memapah saya berjalan.
Keadaan saya itu langsung sahaja tidak dihiraukan abang Murad.

Tidak lena tidur saya pada malam itu. Sehinggalah satu jam sahaja , peristiwa kedua menimpa
diri saya lagi.

Ketika malam yang dingin itu, saya keluar dari kamar untuk mencari seseorang . Keluar sahaja
saya di hadapan rumah melintas jalan, ada 3 orang manusia bertopeng menyerbu ke arah saya
dan memakaikan topeng ke muka saya. Lari mereka kerana sedang dikejar oleh kumpulan
peronda malam seperti lipas kudung.

Pada masa yang sama, Ustaz Azman juga berlari mencari seseorang di luar kerana beliau
mendakwa di rumah beliau juga dimasuki pencuri yang keluar dari bilik Maisara.

Saya tidak mampu bangun semasa diserbu 3 orang itu kerana mereka memijak kaki saya
sambil saya membuka kain topeng muka yang dipakaikan oleh mereka. Waktu itu jugalah
peronda menangkap saya. Berlakulah peristiwa hitam dalam hidup saya.

“Ahadiat Alwi bin Ali” , Maisara membuka dompet yang tertinggal di kamarnya dan melihat
kad pengenalan saya yang tercicir. Ketika itulah Maisara cuba terbalikkan kad pengenalan saya
takut diketahui ayahnya kerana Ustaz Azman ketika itu sedar akan seseorang keluar dari
rumahnya melalui tingkap Maisara.

“dompet siapa Maisara? Dompet pencuri kah itu?”

“tidak ayah” Maisara cuba menyembunyikan perkara itu.

“Allahuakbar!!!! Adi si pencuri itu, maafkan aku ya Allah, maafkan aku syeikh Ali kerana gagal
menunaikan harapanmu untuk melihat Adi jadi soleh,” sambil menangis Ustaz Azman setelah
merampas dompet itu dari Maisara dan melihat gambar syeikh Ali di dalam dompet itu.


Keluarlah Ustaz Azman pada waktu itu cuba mendapatkan saya. Tetapi keadaan itu saya
sudahpun tidak bermaya untuk bangun dan bercakap kerana sudah teruk dibelasah peronda.

“kenapa kamu belasah Adi sampai begini sekali?”

“kami sedang mengejar perompak, tetapi hanya seorang sahaja yang kami dapat tangkap, yang
lain masih dapat melepaskan diri, saya bertanyakan yang lain tetapi dia tidak mahu
memberitahu akan sahabatnya yang lain sedangkan dialah perompak itu, jadi kami paksa dia
beritahu dan memang mereka memakai topeng hitam ini” beritahu salah seorang peronda itu
dengan lagak garangnya sambil menunjuk jari kelingkingnya kearah topeng yang penuh
berlumuran darah saya itu.

“Sudah, jangan pukul lagi , kita bawa sahaja dia ke balai.” rayu Ustaz Azman sambil juga beliau
simpati kepada saya. Beliau tidak menceritakan kisah saya yang masuk di rumahnya kerana
khuatir akan saya dipukul lagi oleh kumpulan peronda itu.

Sebelum sahaja sampai ke balai, abang Murad berlari mendapatkan saya yang seolah sudah
lumpuh kerana tidak mampu lagi untuk berjalan dan dipapah oleh kumpulan peronda.
Bukanlah abang Murad dapatkan saya untuk membantu saya , tetapi membawa beg pakaian
saya setelah beliau mendapat berita daripada salah seorang peronda kampung yang meluru
sahaja ke rumah abang Murad.

“Ambil beg pakaian kau ni Adi!! memalukan keluarga aku sahaja, jangan sesekali kau jejak
rumah aku lagi..” Abang Murad hanya mengusir sahaja saya dari rumah dan terus pulang ke
rumahnya. Tidak dia mengikut peronda dan Ustaz Azman ke balai untuk membuat laporan.
Ada diantara peronda itu mengambil beg pakaian saya yang dicampak itu dan membawa
bersama.

Akhirnya, selesai sahaja laporan , mereka kembali pulang dalam keadaan lega dan gembira
kerana mereka menganggap kes mencuri di kampung akan selesai kerana salah seorang sudah
di tahan.

Keesokan harinya, Ustaz Azman bersama isteri dan Maisara menziarahi abang Murad.

“benarkah kau mengusir Adi ? , tidak simpatikah kau melihatnya.”

“tidak Pak Su, dia sudah memalukan nama keluarga.”

“Pak Su rungsing Murad, apalah yang telah terjadi kepada Adi sehingga dia sanggup mencuri,
bagaimanalah kalau syeikh Ali masih ada melihat anaknya, kalau dahulu amat petah berbahasa
Arab dan selalu sahaja mengikutnya ke masjid tetapi sekarang bukan sahaja tidak pergi masjid
tetapi mencuri lagi duit tabung masjid.”

“jangan berkata begitu ayah, Adi masih di bawah siasatan polis ayah”


“adakah kau benar menyayangi Adi dan mahu ayah menunaikan janji ayah untuk menyatukan
kamu? Ayah tidak merasa begitu. Mungkinlah perancangan Allah itu lebih baik. Manusia hanya
mampu merancang dan Allah menentukan. Jika Allah menghendaki, Allah akan tunjuk jua
wajah sebenar kita walaupun kita cuba untuk sembunyikannya.”

“bukanlah begitu ayah, maisara hanya menyenangi dan menyintai sesiapa sahaja kerana di
dalam dirinya punyai Allah, jika hilang Allah dalam dirinya, hilanglah jua kasih dan sayang
Maisara .” sepenggal senyuman yang diberikan Maisara ketika menjawab persoalan ayahnya
dan cuba menenangkan ayahnya.

Maisara baru sahaja 15 tahun usianya. Beliau amat pintar dan matang bicaranya walaupun
masih usia muda. Tingkah lakunya amatlah memperlihatkan kedewasaanya dan bersahaja.

Saya ditahan di lokap hanya dua hari. Saya telah dibebaskan setelah 3 orang perompak
sebenar telah ditahan polis. Mangsa sebelum ini dapat mengecam wajah perompak dan saya
telah terselamat daripada tuduhan. Polis sudah sahaja menyediakan beg pakaian serta
dompet saya yang dibawa oleh peronda dan Ustaz Murad.

Setelah sahaja saya keluar daripada penjara , terus sahaja saya keluar daripada kampung
kerana saya masih teringat akan hal Abang Murad yang telah mengharamkan kaki saya jejak di
rumahnya itu. Pada hari itu, bermusafirlah saya mencari kehidupan dan matlamat baru.

Berita tentang saya dianiaya oleh perompak itu sudah tersebar di kampung. Ramai peronda
kampung itu datang ke rumah Ustaz Azman dan abang Murad untuk memohon maaf kerana
memukul saya. Mereka juga mencari saya untuk memohon maaf tetapi malangnya kerana saya
sudahpun keluar dari kampung itu.

Sebelum saya menjadi sang musafir , sempat juga saya bertemu ajip buat kali yang terakhir.
Amatlah sedih Ajip kerana menyedari dirinya akan berseorangan dan sudah tidak akan
berjumpa dengan saya.

“benarkah Adi kau mahu tinggalkan kampung? Aku pasti berseorangan nanti..”

“Janganlah begitu, pasti kita akan bertemu lagi suatu hari nanti, tetapi biarkan sahaja aku
membawa diri, lagipun abang Murad sudah mengusirku.”

“Maaflah Adi sebab aku tidak menjengukmu ketika di lokap dahulu, kerana orang kampung
mencariku, aku kuathir mereka pula menyerangku sedangkan kita memang tidak bersalah, Adi ,
bolehkah aku bertanyakan sesuatu?”

“Apakah maksudmu? Tanyakan sahaja.”

“semalam, Maisara bertanyakan aku akan hal dompetmu di kamarnya. Adakah benar kamu
lakukan itu?”


Maisara amat menyenangi saya dan tidak sentiasa berpandang buruk akan saya. Cuma
terpaksa beliau berkelakuan sahaja seperti mereka kerana menuruti akan orang tuanya. Saya
berceritakan perkara sebenar kepada Ajip dan memohon Ajip merahsiakan walaupun daripada
Maisara. Maka Ajip menuruti kehendak saya untuk menyimpan rahsia itu.

Episod 6: Adi sedang mengenal erti kehidupan

Punyai jiwa tetapi resah. Menghulur kehidupan dengan rasa gundah. Mencari ketenangan
tetapi masih di dalam kelam. Mengharap hati terhibur tetapi rasa hambar. Manis gula sudah
tidak merasa lagi, masin garam pula tidak mengenal. Begitu resah abang Murad sejak
pemergian saya. Bukanlah kisah akan saya, tetapi hati tidak merasa tenang. Bagaikan ada
sesuatu belum terlaksana. Beban yang dirasakan semakin bertambah.

Lalu, pergilah abang Murad mengadu kepada Ustaz Azman. Petang itu amat bersinar
cahayanya merungkap redup hati yang semakin menggelupur.

Melirik kembali suasana ruang tamu yang terbentang indah di kampung, dibentangi
permaidani bercorak bunga. Terkandung akan ia kerusi rotan di atasnya berserta meja bulat. Di
penjuru itu kelihatan Ustaz Azman sedang membaca buku di atas kerusi rehat berhampiran
kerusi rotan itu.

“Pak Su, Murad merasa amat tidak tenang, bukan Murad memikirkan soal Adi, tetapi jiwa ini
tidak mendapat ketenangan, terasa seperti ada batu besar yang amat berat menghempuk
kepala.” Peluh abang Murad memancarkan resahnya itu.

“Mungkin kau rindukan Adi Murad?”-spontan sahaja Ustaz Azman sambil memegang kitab.

Ibu Zainab keluar dari biliknya setelah mendengar suara Abang Murad yang sedang merintih
itu. Maisara juga tidak terlepas minatnya untuk menyertai mereka sambil membuat air dan
menyediakan sedikit biskut kering.

“Tidak Pak Su, saya tidak rindukan Adi Pak Su, Pak Su kan sudah bilang akan Adi yang masuk ke
kamar Maisara, saya lebih sayangkan Maisara daripada Adi , kalau Pak Su buat laporan dibalai
berkaitan dompetnya di bilik Maisara dahulu, pasti dia sekarang sudah berada di sekolah
budak jahat.” Kerasnya kepala abang Murad bagai batu , diketuk kuat sekalipun pasti tidak
pecah.

“Adi masih penjenayah Pak Su, buat apa saya mengingatinya.”-tambahnya lagi.

Ustaz Azman tidak bersetuju dengan kata-kata abang Murad, terpanggil dirinya untuk
memberikan sedikit renungan kepada semua yang berada di situ.

“Suatu masa dahulu, orang kampung memukul Adi kerana gayanya seperti perompak dengan
bertopeng, akhirnya dia tidak bersalah dan dianiaya. Perompak yang sebenar sudah ditahan.
Pak Su terfikirkan sesuatu sahaja, mungkinkah Adi dianiaya lagi.” Sesenduk sahaja
renungannya boleh membisukan ramai orang.

“Saya merasakan Adi tidak bersalah abang, hati ini masih terbayang akan nasib Adi sekarang ini.
Sudahlah baru sahaja 15 tahun, tidak bersekolah dan tidak ada siapa-siapa. Mengharapkan
keluarga tirinya, tetapi dijadikan hamba, mengharapkan saudara di kampung , tetapi sudah
mengusir, patutlah sahaja waktu dipukulnya Murad , Adi mengatakan dia Cuma hanya ada 3


harta sahaja untuk membahagiakannya, langsung tidak menyebut saudaranya melainkan Ajip
dan dirinya sendiri. Sedih saya mengingatkannya..” terukir garisan di atas dahi Ibu Zakiah sedih
meluahkan isi hatinya yang sebelum ini berdiam sahaja.

“Adi mungkin banyak bercerita kepada Ajip ayah, apalah kata kita tanya akan hal sebenarnya
daripada Ajip , mungkin sahaja resah abang Murad menemukan jawapan.” Sampuk sahaja
Maisara dengan kematangannya sambil menghidangkan teh dan biskut di atas meja.

“betul juga katamu Maisara, Hafiz, boleh kamu tolong panggilkan Ajip datang rumah Pak Su.” –
setuju Ustaz Azman dengan pendapat puteri tunggalnya.

“Baiklah Pak Su.” Terus sahaja berlari Hafiz ke rumah Ajip.

Manakan bunyi gendang jika tidak diketuk, inikan manusia. Tidak dipanggil perompak
seseorang itu jika dia bukanlah perompak.

Selangkah sahaja 15 minit kemudian , Ajip dan Hafiz tiba di rumah Ustaz Azman dengan
menaiki basikal. Disandarkan sahaja basikalnya di tepi pagar dan berjalan menuju ke tangga.

Baru sahaja berjalan ke muka pintu, terkejut dirinya melihat ramai orang yang sedang menanti
di ruang tamu. Menjadi tanda tanya buat dirinya kerana merisaukan dirinya membuat salah
sedangkan semenjak bersahabat dengan Adi, Ajip tidak lagi melakukan pekara-perkara yang
menganggu ketenangan awam. Meskipun di hatinya sudah mengetahui mereka ingin
bertanyakan soal Adi.

“Apakah hajatnya kamu semua memanggil saya, kalau ingin bicarakan soal Adi, saya minta
maaf, saya tidak berminat, dia minta saya berjanji untuk tidak lagi mengungkit akan halnya,,
lagipun kamu sudah mengharamkan Adi pulang ke rumahmu.” Bengis sahaja Ajip masih
berdendam dengan abang Murad. Ajip amat tidak berpuas hati dengan abang Murad sejak
dahulu lagi, ditambah pula abang Murad memukul saya.

“Ceritalah Ajip, jangan disulam racun dalam permata, kelak menjadi binasa, akan tetapi
sinarkanlah permata itu supaya berharga. Khabarkanlah demi kebaikan kamu dan Adi. Apakah
yang kamu lakukan sehingga ditangkap oleh peronda di masjid itu? .”layu mata Ustaz Azman
memohon sedikit simpati kepada Ajip.

“Maaf Ustaz, ini janji saya kepada Adi!!”kerasnya buluh masih tidak terlawan pendirian Ajip.

“Kau memang rahsia sebab kau berdua memang mencuri kan? Kau memang kutu rayau. Sebab
itu aku halau Adi, sanggup pula masuk ke kamar Maisara.” Deras sahaja abang Murad
menyampuk sepetir petir memancar di langit.

Abang Murad sukar untuk mengawal emosi dirinya. Patutlah ramai wanita menolak
lamarannya suatu masa dahulu dan akhirnya hingga abang Murad tidak mahu berkahwin lagi.
Menjadi peganti kepada tugasan Ibu Zakiah mendidik keluarga.


Tidak damai itu terus berterbangan, seringkali punah dek angin yang kencang. Suasana di
ruang tamu menjadi kencang setibanya terbit suara abang Murad itu. Digauli pula emosi yang
maha garang dan buas. Membaham sahaja mangsa di hadapannya. Sehinggalah tidak tahan
Ajip akan tuduhan itu , bukanlah marah untuk dirinya, tetapi Ajip lebih mengutamakan saya.
Rasa kasih seorang sahabat membuatkan Ajip bersuara lantang memecahkan derasnya deruan
ombak dan mampu membelah pantai.

“jaga mulutmu Murad, kau asyik menunding jari kepada Adi, kau pernah tengok salah kau,
asyik salah orang dicari, manusia ini suka menjadi lalat, tidak lebah, banyak-banyak keindahan
alam, tahi juga yang dicari.”

“kau memang tidak guna, dasar….” Api marah abang Murad mampu membakar lalang kering
biarpun jauh dipisahkan oleh lautan.

“sudah Murad!”-Sesekali muak juga Ustaz Azman akan panas baran abang Murad itu.

Tidak tunduk Ular jika belum keluar bisanya, Ajip masih berdiri lantang untuk melepaskan
semua yang ada di hatinya. Digaul pula dendam yang sudah sekian lama membara. Perciklah
Api membakar dunia.

“lebih baik berkedudukan rendah andai kedudukan yang tinggi menyebabkan kita sering
merendahkan orang lain. kau lihat sahaja dirimu, jikalau aku di tempat Adi, sudah aku bunuh
diri, begitu terseksa hidupnya, harapkan saudara tapi mati, harapkan orang kampung tapi
dianiaya ,harapkan imam tetapi tidak tabayyun.” Air muka Ajip terus melakarkan penderitaan
jiwanya yang teramat pedih.

“apakah maksud mu Ajip sehingga amat biadap dengan Pak Suku?!”-Tersentap juga Abang
Murad dengan kelakuan Ajip.

“Aku ingin mengajukan soalan buatmu semua, semasa Adi dituduh mencuri tabung dahulu, Adi
mengadu dan berkata dia tidak mencuri tabung masjid itu, dalam keadaan dirinya teresak-esak
menangis dan kepalanya berdarah di pukul Murad, berapa ramai saudaranya di sini
bersamanya dan mempercayainya,berapa ramai?? Jawapanya, tidak ada. Malangnya,
saudaranya sendiri yang memukulnya. Sungguh malang dirimu wahai sahabatku Adi, berat
benar ujianNya kepada mu. Walaupun aku dituduh berbagai-bagi tuduhan daripada orang
kampung, tetapi apabila aku kembali pulang ke rumah, keluarga aku masih bersama dan
mempercayai diriku, itu memberikan aku ketenangan dan sifat kemanusiaan. Tetapi kamu
lihatlah Adi, kamu berikah Adi menjadi manusia? Binatang pun membesar dengan memerlukan
kasih sayang inikan lagi manusia, fikirlah murad”. – sungguh padu luahan Ajip yang benarbenar
kasih pada sahabatnya.

Apakan daya, Abang Murad memang keras kepala.


“Kalau benar kamu bukan mencari tabung itu, apakah alasan kamu berada di masjid itu di
waktu orang sedang tidur.”- Selang sahaja beberapa detik , Ustaz Azman bertanya kepada Ajip
dengan wajahnya semakin jauh termenung akan wajah Adi.

Beribu peluru menuju kearah Ajip seolah memaksa Ajip menceritakan segala kejadian sehingga
tidak mampu dia menangkis lagi. Sedangkan dia sudah berjanji untuk tidak mengungkit kisah
itu kepada sesiapa. Dia tidak mahu menjadi seperti titian yang boleh menjadi lapuk. Hendak
ditelan termengkalan, hendak diludah tiada keluar. Tidak semenanya Ajip menceritakan juga
kerana keadaannya lebih memaksa dan bersifat melindungi sahabatnya daripada terus
dipandang hina oleh keluarga sendiri.

“Pada waktu itu, kami sedang bergurau-senda, tiba-tiba sahaja Adi meluahkan jiwanya yang
amat kosong dan ingin mencari ketenangan di Masjid, tiada ketenangan dirinya dalam rumah
Murad sekadar memenuhi kehendak Ustaz sahaja. Pergi kami bersama ke masjid itu dan
mendapati pintu pagar berkunci, jadi kami terpaksa memanjat pagar untuk menyampaikan
hajat Adi itu, lalu saya mengajarkan Adi solat kerana dia teringin untuk melakukan solat dan
dia berdoa agar Allah memberinya jalan keluar akan jiwanya yang kosong itu.”

“Apa yang Adi luah, khabarkan kepadaku”-Luahan daripada Ajip itu menarik minat Ustaz
Azman.

Luluh sahaja air mata daripada kelopak mata Ajip jatuh berlinangan. Menarik nafas untuk
memberi kelegaan setelah bertubi-tubi diasah oleh abang Murad dan Ustaz Azman. Masih lagi
Ajip berdiri di muka pintu.

“Dia seperti boneka sahaja di rumah, tiada langsung rasa kasih sesama manusia, Murad hanya
mementingkan Hafiz sahaja, harta ayah Adi juga kamu hanya gunakan untukmu dan juga
perbelanjaan Hafiz, namun Adi tidak hairan katanya kerana dia sudah ada sumber pendapatan
sendiri, tetapi ingatlah kamu murad, Adi juga ada hak, bukan seperti itu kamu perlakukannya.”

Tambahnya lagi-“Berkaitan Adi di kamarmu Maisara, itu adalah fitnah semata-mata, cukuplah
sampai di sini sahaja ceritaku. Muhasabahlah diri mu Murad.”

“Ah! Tidak mungkin, jika benar katamu itu, mengapa dia sanggup lari dan tidak menceritakan
keadaan sebenar, dasar pencuri itu banyak helahnya, kamu hanya nak membela Adi kerana Adi
sahabatmu bukan?” seperti cacing kepanasan , Murad berdiri dan duduk dan akhirnya berdiri
sambil dirinya tidak puas hati dengan cerita Ajip itu.

“Tidak Murad, jika benar sekalipun aku sahabat Adi, bukanlah aku ingin membelanya jika ia
benar bersalah, tetapi Adi ingin membela keluarga mu Murad”-jawab Ajip.

“Apa maksud mu membela keluargaku?” –terus sahaja abang Murad menghampiri Ajip dan
nafasnya bertambah kuat menghembus muka Ajip.

“Adi hanya ingin menjaga nama baik adik mu, Hafiz sendiri yang mengambil dompet Adi dan
meletakkan di kamar Maisara, Adi melihat Hafiz mengambil dompetnya dan Adi keluar dari


kamarnya dengan keadaan kakinya yang masih terseliuh, kemudian waktu itu malangnya nasib
Adi dianiaya oleh perompak dan dibelasah oleh penduduk kampung dengan begitu teruk
sekali.”-sambil berundur ke belakang sedikit setelah abang Murad betul-betul menghampirinya.
Risau juga Ajip dipukul abang Murad.

“Kamu fitnah adik aku? Sungguh berani kamu Ajip. Nahas kau aku kerjakan..” –Terkejut abang
Murad mendengar cerita itu lantas mencengkam leher baju Ajip dan seolah ingin
menghayunkan genggaman tangan kanannya itu. Belum sempat abang Murad menghayunkan
penumbuknya , sekali lagi Ustaz Azman menghalang dan cuba meredakan keadaan.

“Sudah Murad! jangan terlalu ikutkan emosi, istighfar Murad, perkara ini tidak akan selesai
dengan emosimu. Apa benar kata-kata Ajip itu, Hafiz?”

“Ti….dak Pak Su , itu fitnah.” –Hafiz cuba berdalih ketakutan.

“Kau dengar itu Ajip, nah ambil kau penumbuk aku ..” -bagai halilintar , sejurus sahaja jawapan
Hafiz itu, abang Murad menumbuk muka Ajip di bahagian kanannya. Berdarah bibir Ajip ketika
itu.

Percikan darah Ajip sedikit membasahi bajunya yang berwarna putih. Sakitnya tidak
dipedulikan lagi, apalah kalau dibandingkan dengan sakit seorang sahabat yang sedang
menanggung sekarang ini. Ajip tidak hirau akan kesakitan itu, dia menahan darah mulutnya
terus mengalir menggunakan bajunya sendiri yang berwarna putih itu. Sudah kelihatan baju itu
berwarna merah darah.

“Sungguh mudah sahaja kau percayakan adik kau , sekali sahaja dia bicara, bulat-bulat kau
percaya, kalaulah seperti ini juga kau lakukan kepada Adi, pasti Adi sedang berbahagia
sekarang.” –Ajip masih berkeras.

“Cukpulah abang Murad, kasihan Ajip itu. Hafiz, berkatalah benar Hafiz, saya sudah
mengetahuinya akan hal ini dan kami sudah memaafkan kamu hafiz.” –Maisara sahaja bicara
seperti itu untuk mengharapkan Hafiz berkata benar walaupun dia juga tidak mengetahui
perkara itu. Dia begitu yakin, jika menanyakan dengan keadaan marah, Hafiz akan menjadi
takut sedangkan Hafiz masih lagi tidak matang. Maisara dengan sifatnya yang matang dan
begitu memahami keadaan ini.

Rayuan Maisara itu memberikan Hafiz kekuatan untuk mengaku kekhilafannya.

“Maafkan saya abang long, Pak Su, Mak Su, saya terpaksa lakukan. Saya tidak mahu Adi
berkahwin dengan Maisara dan Adi hanya membebankan abang long, jadi mungkin saya buat
ini untuk kebaikan semua, sekurang-kurangnya Adi sudah tidak ada disini”.

Tersentap sahaja mendengar suara kecil itu. Hafiz barulah berusia 13 tahun, mungkin
pemikirannya yang tidak matang itu menyebabkan Hafiz melakukan perkara itu. Bukanlah
Hafiz berniat jahat, tetapi perbuatannya itu sudah mengorbankan diri saya. Matlamat tidak
pernah sesekali menghalalkan cara. Saya tidak pernah merasa marah dan berdendam kepada


Hafiz, mungkin kerana dia terlalu muda dan tidak dapat membezakan mana yang baik dan
buruk.

“mengapa kau buat abang long macam ni Hafiz, kalau sayangkan abang long dan Maisara,
jangan buat perkara macam ni, ini dosa Hafiz, ini fitnah. Ya Allah!! Ampunkan kami Ya Allah!! .
Adi!!! Ampunkan Abang Murad Adi!!” –meronta-ronta abang Murad. Teruskan mendapatkan
Ajip dan mengenggam tangan Ajip.

“Ajip, maafkan aku Ajip, kau pukul aku balik Ajip”. –Abang Murad begitu bersungguh-sungguh
memegang tangan Ajip. Ajip hanya membisukan sahaja dan mengharapkan mereka tidak lagi
menghina saudara mereka itu.

Tertunduk ke bumi setelah melihatkan keadaan ini. Masing-masing sedang mengenang akan
Adi yang masih tidak tahu ke mana arahnya. Sudah satu minggu keluar daripada penjara dan
tidak pulang ke kampung. Ustaz Azman amatlah merasakan peristiwa ini begitu dasyat
mengajarnya.

Maisara pula bingkas segera bangun menggapai buku nota ayahnya di almari. Dibukanya buku
nota itu kepada catatan ayahnya semasa bersama Syeikh Ali dan ditunjukkan kepada ayahnya.

“Adakah itu janji atau menurutku ianya adalah yang sebaiknya , jadilah ia kenyataan di suatu
hari nanti, kamu tidak akan menduga waktunya. Pasti ia terlebih dahulu meredah duri walau
tertusuk di daging sendiri. Kelak bahagia itu bukanlah alasannya tetapi di hari selepas kematian.
Berbahagialah waktu itu, janganlah mudah mengikut andaian nafsu jika tidak disorongkan ilmu,
biarlah iman membawa kedamaian, kelak berbahagialah nanti. Jangan letih dan mudah
mengalah menahan resah, berserah lah kepada tuhan dan mengadulah dikau diwaktu 1/3
malam. ”

Menangislah Ustaz Azman mengenangkan betapa hikmah kata-kata sahabatnya itu. Nasihat itu
begitu mendalam sehingga semua orang di situ boleh terkesan dengan nasihatnya. Jadilah
nasihat ini pedoman kepada mereka sekeluarga.

“Akhirnya kita sudah menemui jawapan resahmu Murad, pulanglah kamu melakukan solat
sunat taubat dan memohon ampunlah kepada tuhan dengan sebenarnya, jangan lah kamu
mengikut emosi memukul Hafiz pula akan perbuatannya itu, sebaliknya muhasabahlah,
mungkin Allah mendatangkan sikap Hafiz ini sebagai teguran ataupun mungkin juga sebagai
jalan keluar buat Adi sepertimana dia memohon doa di Masjid itu. Jadikanlah yang berlalu itu
adalah pengajaran kerana ia adalah aturan Tuhan. InsyaAllah , sesudah itu marilah kita
bersama-sama berdoa agar kita bertemu kembali Adi. Dosa kepada Allah boleh bertaubat,
dosa kepada manusia perlu mencari manusia dan memohon ampun kepadanya, terlalu banyak
kita menganiaya Adi, tambahan pula beliau adalah anak yatim piatu.



No comments:

Post a Comment