Wednesday, 16 September 2015

Menutup aurat tetapi hati jahat ? jangan main-2 dengan hati ..

Bismillah .. Mudah-mudahan entri kali ini dapat memberi sedikit perkongsian kepada adik-2 dan sahabat-2.Alhamdulillah setakat ini,rezeki saya murah dan saya berpeluang menyambung degree saya di upsi.Pada pandangan pertama saya di upsi tinggi sebab universiti ni menghasilkan pendidik.Tapi, dah namanya student kn,so of coz ade je sosial dn anti-sosial.Bagi sy itu perkara biasa, jdi semuanya terletak atas diri masing-2.Jadi,nak jdikan cerita saya ada berjumpa dan berborak dengan hamba Allah ni.Hamba Allah ni pun mulakan bicara,"tak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik." "Saya kenal bbrapa org wanita yg menutup aurat.Perangai mereka ada yang lebih buruk bbanding wanita yg tak menutup aurat,"tambahnya lagi.Sy diam mendengar dia berhujah dgn akal dan pgalaman,namun pgalamannya agak terbatas.Berapa ramai wanita yg dikenalinya dlm usia semuda itu? Lantas sy mnanya kpdnya,"Sebenarnya,apa yg awk cuba sampaikan? kemudian dia menjawab"saya hendak tegaskan bhw wanita yg baik tak semestinya menutup aurat." Lalu sy membalas, "dah tu, wanita yg jahat itu ialah wanita yg menutup aurat? "Erh,bukan mcm tu.Maksud sy baik atau buruknya perangai wanita itu tak bergantung pd pakaiannya,sama ada dia menutup aurat atau tak."Tiba-2 sy membalas."Apa ukuran awk ttg nilai kebaikan seorang wanita?" Dia membalas , "jujur,terus terang,pemurah,lemah lmbut." "Itu sahaja?" tanya sy."Ya,bagi ukuran awk pula bagaimana?" saya membalas "kita hanya manusia.Akal kita terbatas.Ukuran dan penilaian kita jugak terbatas.Jika diserahkan kpd manusia utk mentafsir apa itu kebaikan,akn celaru dibuatnya.Serahkan kpd Allah.Saya teringat usrah pada ketika dulu ,kami pernah berbincang mengenai topik ini." Begitulah kisahnya sy dn hamba Allah ni.Saya teringat ustazah sy pernah cakap "kalau dia wanita yg jujur,berterus terang,pemurah dan lemah lembut,ya dia"baik" dari sudut itu.Tetapi jika dia mendedahkan auratnya,dia telah mlanggar perintah Allah di sudut yg lain.Dia tidak baik dari sudut berpakaian,kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam al-quran.Org yg baik menurut islam ialah org yg baik hbgnnya dgn Allah dan sesama manusia.Menutup aurat itu perintah Allah."
Lalu, ustazah menyambung,"Hadis riwayat al-Bukhari yg mengisahkan seorang pelacur wanita berbangsa yahudi yg telah memberi minum kpd seekor anjing yg kehausan.Atas sifat belas kasihannya itu,dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita solehah." Justeru,jika seorang wanita itu benar-2 baik hatinya,in sha Allah lambat laun dia akan menutup walaupun sebelum ini dia tidak menutup aurat." Allah menilai pada hati.Jika hati itu baik,lambat laun hal-2 luaran pasti mengikutnya jadi baik."
Bagaimana dgn perangai buruk,menutup aurat?
"Bab aurat dia telah selamat.Alhamdulillah,kewajipan menutup aurat telah dipatuhinya.Apa yg tinggal , dia perlu memperbaiki akhlak dan perangainya.Dia perlu terus berusaha."
Setakat ini je kot perkongsian malam ni ,in sha Allah ade mase sy share lagi apa  patut.Saya  mohon  maaf andai entri ini membuat pembaca terasa hati.Jujur, niat hanya ingin berkongsi cerita.Renung-2 kn dan selamat beramal.

-fnasuha-




No comments:

Post a Comment