Bismillah alhamdulillah dipanjangkan nyawa olehNya untuk teruskan kehidupan ini.
Syukur atas segala nikmat nya sepanjang usia dan nyawa yang telah dipinjamkan.
PUJUKAN ?
[pu.ju/] | ڤوجوق
Definisi : , = pujukan kata-kata yg lemah lembut atau baik-baik utk melembutkan hati (memikat hati dll): Segala ~ dan rayunya tidak diendahkan oleh gadis itu. memujuk menuturkan kata yg manis-manis utk memikat (melembutkan hati dll): Maka Khadijah telah ~ dia supaya pergi berjumpa dgn seorang kerabatnya yg bernama Warakah bin Nufal. pemujukan perbuatan atau hal memujuk. pemujuk 1 orang yg memujuk. 2 (bersifat) pandai memujuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Berdasarkan definisi di atas, jelaslah erti kata pujukan adalah sesuatu yang membawa maksud
"memujuk seseorang".
Kalau kekasih hati merajuk pandai kita mencari seribu satu cara untuk memujuk nya kembali.
Kerana apa ?
Kerana hati kita akan berasa tidak tenang, serabut, tidak tenteram dan berasa sedih dan rindu
bukan ?
Sudah jelas kan apa yang sis nak sampaikan dengan maksud pujukann.
okay dah kot.
sis nak story je sikit mengenai " pujukan dari tuhan " melalui own story bukan daripada mana-mana buku ok .
My own story . Saje share sebagai pedoman dan teladan .
Sis nak throwback a few months ago, sis diuji dengan ujian perasaan. Kali ni sis rasa sangat
diuji kerana apabila kita mengharap selain daripada tuhan apa perasaan kita akan rasa. ?
Tambah pula, insan yang sis harapkan ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Means,
he's not good enough for me . Its built because my own mistakes, berlaku since dari bangku
sekolah.But, sis tahu tiada yang sia-sia setiap apa yang diuji olehNYA melainkan untuk
memberikan kesedaran dan kebaikan kepada kita sebagai hamba NYA . Sis redha dan pasrah.
Mengaku dengan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan dan mohon Tuhan mengampuni
segalanya .
Tuhan akan terus uji dan uji dengan ujian yang lain .
kenapa ?
untuk terus diuji itu bukannya sesuatu yang mudah jika tiada kekuatan di dalam diri,
bergembiralah kamu jika diuji , setidaknya Allah masih ingat tentangmu dengan menghadirkan
ujian tersebut.
Mengapa tuhan berbuat demikian ?
Ini kerana tuhan ingin sekali dirimu kembali mencintai NYA dan merindui Nya . Percayalah, tuhan
amat mencintai Mu . Maka dengan itu, tuhan bertubi-tubi menguji Mu . Hanya dengan sabar dan
doa tuhan akan memujuk dirimu dengan memberikan hadiah dan kejutan yang tidak terduga
oleh dek akal mu .
Stay Believe in Allah , In Sha Allah you will be happy forever and ever .
Lots of love
-suhaaa-
No comments:
Post a Comment