Thursday, 7 December 2017

taubat Nasuha ?

Bismillah, alhamdulillah pada hari jumaat penghulu segala hari, aku masih lagi bernyawa dan masih menapak dan melabuhkan hidupku di dunia yang fana ini.Sungguh , demi tuhan aku tidak sekuat dia dan aku tak segagah dan aku tidak mampu dengan segala ujian dan dugaan yang kau timpakan ke atas ku.

Adakah ini merupakan ujian Ya Allah ? Jika ia menjadikan aku manusia yang kotor dan hina dimatamu ? Ampuni hamba mu ini Ya Allah. 

Sungguh aku tidak mampu dan sanggup jika kau pertemukan kembali aku dan dia jika ianya menjarakkan lagi hubungan aku dengan MU wahai tuhanku.

Aku bersujud dan memohon ampun di atas masa laluku , aku tak sanggup kembali kepada masa laluku , sungguh perit pengajaran yang kau berikan.Oh tuhanku, apakah yang engkau takdir kan untukku ?

Adakah akan ada kebaikan setelah segala kemungkaran dan kehinaan yang pernah aku lakukan ya Tuhan ku , adakah masih ada ampunan buatku , seorang hamba yang sentiasa dan sering berdusta terhadapmu.

Sehinggakan aku rasa malu lagi untuk kembali menangis dan meminta taubat kepadamu, aku risau dan khuatir akan taubat palsu ku ini bersama air mata palsu ku ini..

Tuhan, mengapa kau hadirkan dia andai ia menjadikan asbab untuk aku berdusta kembali kepada mu . adakah kau ingin menguji kembali kekuatan dan kecintaaan ku ini terhadapmu , Tuhan aku tahu kau sentiasa ada untukku, masa kan tidak . dikala aku jatuh tersungkur menangis kerana manusia , kau hadirkan manusia yang mempunyai hati yang baik untukku.

Mengapa kau terlalu baik untukku tuhan sedangkan aku jahat terhadapmu , aku mendustakan cinta suci mu ini dengan cinta palsu aku ini.


Tuhan , satu pinta ku . Aku mohon sangat , setelah kau berikan hidayah terhadap mu , moga kau tidak rentap kembali hidayah ini, aku mohon agar aku sentiasa berada dalam jagaan dan lindungan mu.Aku juga berharap agar aku tidak menjadi hamba yang dimurkai oleh mu meski aku manusia dan hamba yang penuh dengan noda dan dosa.


Kerana aku adalah hamba mu tuhan, sejuta banyak  mana pun dosa aku ini tuhan, aku tetap perlukan mu kerana kau Tuhanku tiada tempat untuk aku memohon keampunan dan keredhaan.

sungguh aku malu dengan makhluk di bumi mahupun langit jika dosa aku ini berbau , moga kau menutup segala masa laluku tuhan ,Demi tuhan aku tak mampu untuk melupakan dosa dan masa laluku tuhan.

Tuhan, adakah kau menerima taubat ku ini , taubat aku adalah benar ya Allah, taubat ku taubat Nasuha. adakah kau menerima tuhan......


Izinkan aku kembali lagi kepadamu meskipun gelaran aku dahulu adalah pelaku dosa , pelaku maksiat , tapi aku juga hambamu yang inginkan kebaikan tuhan.Sungguh , aku ingin kembali kepadamu .AKU RINDU PADA MU , AKU RINDU CINTA YANG SUCI DARIMU, AKU RINDU KASIH SAYANG MU TERHADAPKU TUHAN.SUNGGUH BESAR CINTA MU TERHADAP KU SELAMA INI.HANYA KERANA AKU SEORANG GADIS YANG DAHAGAKAN KASIH SAYANG SANG LELAKI, AKU MENINGGALKAN MU TUHAN.

AMPUNI AKU YA TUHAN
AMPUNI AKU
AMPUNI AKU
AMPUNI AKU


Ya rabbi, semoga hidayah ini kau berikan kepada hamba mu yang lain yang seperti ku , yang tersepit dengan cinta palsu  sang lelaki , moga kau juga beri hidayah kepada lelaki2 yang memberi pengharapan palsu kepada sang gadis, jua kepada manusia seluruh alam mu Ya Allah. Sesungguhnya rahmat mu luas.



“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuhaa (taubat yang semurni-murninya).” (QS. At-Tahrim [66]: 8).
Oleh karena itu, taubat merupakan ibadah yang sangat agung dan memiliki banyak keutamaan. [1] Lalu, apa maksud taubat nasuha sebagaimana yang Allah Ta’ala perintahkan dalam ayat di atas?

Makna Pertama: Taubat yang Murni (Ikhlas) dan Jujur

Secara bahasa, نصح (na-sha-kha) artinya sesuatu yang bersih atau murni (tidak bercampur dengan sesuatu yang lain). Sesuatu disebut (الناصح) (an-naashikh), jika sesuatu tersebut tidak bercampur atau tidak terkontaminasi dengan sesuatu yang lain, misalnya madu murni atau sejenisnya. Di antara turunan kata نصح adalah  النصيحة(an-nashiihah). (Lihat Lisaanul ‘Arab, 2/615-617).
Berdasarkan makna bahasa ini, taubat disebut dengan taubat nasuha jika pelaku taubat tersebut memurnikan, ikhlas (hanya semata-mata untuk Allah), dan jujur dalam taubatnya.Dia mencurahkan segala daya dan kekuatannya untuk menyesali dosa-dosa yang telah diperbuat dengan taubat yang benar (jujur).
Ibnu Katsir rahimahullah berkata ketika menjelaskan ayat di atas,
أَيْ تَوْبَةً صَادِقَةً جَازِمَةً تَمْحُو مَا قَبْلَهَا مِنَ السَّيِّئَاتِ، وَتَلُمُّ شَعَثَ التَّائِبِ وَتَجْمَعُهُ وَتَكُفُّهُ عَمَّا كَانَ يَتَعَاطَاهُ مِنَ الدَّنَاءَاتِ.
Yaitu taubat yang jujur, yang didasari atas tekad yang kuat, yang menghapus kejelekan-kejelekan di masa silam, yang menghimpun dan mengentaskan pelakunya dari kehinaan(Tafsir Al-Qur’anul ‘Adzim, 4/191).
Ketika menjelaskan ayat di atas, penulis kitab Tafsir Jalalain berkata,
صَادِقَة بِأَنْ لَا يُعَاد إلَى الذَّنْب وَلَا يُرَاد الْعَوْد إلَيْهِ
Taubat yang jujur, yaitu dia tidak kembali (melakukan) dosa dan tidak bermaksud mengulanginya.” (Tafsir Jalalain, 1/753).
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,
فَالنُّصْحُ فِي التَّوْبَةِ وَالْعِبَادَةِ وَالْمَشُورَةِ تَخْلِيصُهَا مِنْ كُلِّ غِشٍّ وَنَقْصٍ وَفَسَادٍ، وَإِيقَاعُهَا عَلَى أَكْمَلِ الْوُجُوهِ
An-nush-khu dalam taubat, ibadah, dan nasihat artinya memurnikan perkara-perkara tersebut dari semua kotoran, kekurangan, dan kerusakan. Seseorang melaksanakannya dalam bentuk yang paling sempurna.” (Madaarijus Saalikiin, 1/309-310).
Taubat nasuha ini akan terasa pengaruhnya bagi pelakunya, yaitu orang lain kemudian mendoakan kebaikan untuknya.
Al-Alusi rahimahullah berkata,
وجوز أن يراد توبة تنصح الناس أي تدعوهم إلى مثلها لظهور أثرها في صاحبها، واستعمال الجد والعزيمة في العمل بمقتضياتها
Taubat nasuha boleh juga dimaknai dengan taubat yang mendatangkan doa dari manusia. Artinya, manusia mendoakannya untuk bertaubat, sehingga tampaklah pengaruh taubat tersebut bagi pelakunya. Pelakunya pun mencurahkan kesungguhan dan tekad untuk melaksanakan konsekuensi dari taubatnya.“ (Ruuhul Ma’aani, 28/158).
Terdapat beberapa syarat agar taubat nasuha diterima, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ulama rahimahumullah. [2]

Makna Ke dua: Taubat yang Memperbaiki Kerusakan dalam Agama akibat Perbuatan Maksiat

Penulis ‘Umdatul Qari menjelaskan,
وأصل النَّصِيحَة مَأْخُوذ من نصح الرجل ثَوْبه إِذا خاطه بالمنصح
Adapun makna asal dari ‘nashihah’ diambil dari seseorang yang menjahit pakaiannya, ketika dia menyulam pakaiannya dengan jarum.” (‘Umdatul Qari Syarh Shahih Bukhari,1/321)
Beliau rahimahullah kemudian melanjutkan,
وَمِنْه التَّوْبَة النصوح، كَأَن الذَّنب يمزق الدّين وَالتَّوْبَة تخيطه
(Dari kata nashihah tersebut) muncullah istilah ‘taubat nasuha’. Seakan-akan dosa (maksiat) telah merobek agama (seseorang), dan taubatlah yang menjahit kembali (robekan tersebut).” (‘Umdatul Qari Syarh Shahih Bukhari, 1/321).
Al-Qurthubi rahimahullah berkata,
وقيل: هي مأخوذة من النصاحة وهي الخياطة. وفي أخذها منها وجهان: أحدهما- لأنها توبة قد أحكمت طاعته وأوثقتها كما يحكم الخياط الثوب بخياطته ويوثقه
Dikatakan, (taubat nasuha) diambil dari kata ‘an-nashahah’, yaitu ‘jahitan’. Berdasarkan asal kata tersebut, terdapat dua sisi (makna) dari taubat nasuha. Pertama, karena taubat tersebut telah memperbaiki ketaatan dan menguatkannya. Sebagaimana jahitan yang memperbaiki pakaian dan menguatkannya.” (Al-Jami’ li Ahkaamil Qur’an, 18/199).
Berdasarkan makna secara bahasa di atas, maka pelaku taubat nasuha telah menyempurnakan taubatnya dan memperkuat taubatnya dengan melaksanakan berbagai macam amal ketaatan. Hal ini sebagaimana jahitan yang menyempurnakan (memperbaiki) pakaian, menguatkan, dan merapikannya.
Al-Alusi rahimahullah berkata,
وسميت التوبة نصوحا : أي توبة ترفو خروقك في دينك وترم خللك
Disebut dengan taubat nasuha, yaitu taubat yang memperbaiki robekan (lubang) dalam agamamu dan memperbaiki keburukanmu.” (Ruuhul Ma’aani, 28/157-158).
Abu Ishaq rahimahullah berkata,
بَالِغَة فِي النصح وَهِي الْخياطَة كَانَ الْعِصْيَان يخرق وَالتَّوْبَة ترفع
Taubat nasuha adalah taubat yang mencapai puncak kesempurnaan (yang dilaksanakan semaksimal mungkin, pen.). Taubat ini (sejenis dengan) pekerjaan menjahit. Seakan-akan maksiat telah merobek (agama), dan taubatlah yang menambal (menjahit atau memperbaikinya).” (‘Umdatul Qari Syarh Shahih Bukhari, 22/280).
Al-Qurthubi rahimahullah menjelaskan sisi yang lain istilah taubat nasuha sesuai dengan makna bahasa di atas. Beliau rahimahullah berkata,
والثاني- لأنها قد جمعت بينه وبين أولياء الله وألصقته بهم، كما يجمع الخياط الثوب ويلصق بعضه ببعض.
Sisi yang ke dua, karena taubat nasuha mengumpulkan antara pelakunya dengan wali-wali Allah, dan merekatkannya. Hal ini sebagaimana jahitan yang merekatkan pakaian dan menyambung antara sisi (kain) yang satu dengan sisi lainnya.” (Al-Jami’ li Ahkaamil Qur’an,18/199).
Semoga Allah Ta’ala menjadikan kita termasuk dalam hamba-hambaNya yang gemar untuk bertaubat. [3]



-anonymous-

-gadisberkacamata-

#perkongsiansahabat
#semogamenjadiiktibar

wallahualam...

-fnasuha-
lots of love . 

Tuesday, 21 February 2017

Cerita Aku

Assalamualaikum dan selamat Tengah hari ...

Macam mane minggu kedua ni untuk pelajar2 yang baru masuk sem ni . hehe

kalau yang dah tahun akhir tu Tunglerrr ... Kita lambat lagi nak habis .. Kepada akak2 yang dah tahun akhir

tahniah dan syabas kerana sudah berjaya ke penamat nya . >.<

Bagaimana pula dengan diriku ini ?

Macam biasa lah , masih tidak lekang dan tidak terpisah dengan ujian . Setiap kali bermula tahun baru pastinya

akan ada ujian yang Allah Taala berikan khas buat ku dan keluarga ku .

Masih terngiang-ngiang peristiwa di mana Abangku yang sama mengalami kemalangan Jalanraya bersama adik

lelaki aku yang bongsu :'(

Allahu . Hanya tuhan yang tahu bertapa luluh perasaan aku ketika itu . itu aku . bagaimana pula dengan umi ?

Umi ketika itu tidak terkata dan air matanya tidak henti-henti jatuh ke pipinya .

Ketika kemalangan jalanraya itu , seingat aku , aku berusia 16 tahun , dan adik lelaki aku berusia 12 tahun .

Kejadian itu berlaku ketika ayah menyuruh abang aku untuk mengambil kakngah balik dari kerja . Kata ayah aku

dia berasa pening haritu . Jadinya , abang aku menjemput adik aku di sekolah terlebih dahulu sebelum

mengambil kakngah di Kuantan .

Actually , aku tak boleh nak cerita dengan detail apa yang terjadi tu , tapi aku boleh cerita pengalaman yang

adik lelaki aku lalui ketika dalam kereta tersebut sebelum kemalangan . Lagipun , kemalangan tu berlaku

ketika tengah hujan and lupa pulak nak cakap yang abang aku ni tak sempat nak ambil kakngah dekat tempat

kerja sebab Allah dah tuliskan yang kemalangan tu berlaku waktu itu dan ketika itu .

Perbualan adik dan abang *******

"abg e , mi masak lauk ape harini ?" soal adik kepada abang aku .

" adik teka la , umi masak lauk feveret adik la ... ketammm !!!! " balas abangku .

"ermmm , dap errr .. tak sabar nak makan dengan kakngah , abg e , kaktin , dan semua . haha " ujar adikku .

Tiba-tiba , abang aku melihat ada sebuah lori tangki minyak di sebelah kiri dan abang aku mengelak ke kanan

tiba-tiba , ada sebuah lori pasir yang membuat u-turn di situ menyebabkan abang aku hilang kawalan dan

tidak sempat untuk mengelak lalu dia memusing kereta ke arah bahagian pemandu iaitu ke arahnya .

" Allahuakhbar !!!!! , adik tunduk bawahhh !!!! " jerit abangku kepada adik .

Adik aku dalam keadaan sangat takut terus menunduk ke bawah dashboard kereta . Adik aku cerita yang dia

juga mendengar satu pecahan kaca yang kuat menyebabkan dirinya ketakutan dan adik tidak sedarkan diri .

Kemudian , adik bergerak sedikit dan memberanikan diri untuk melihat keadaan sekeliling setelah semuanya

bunyi bising kereta dan perbualan orang ramai disamping bunyi deretean air hujan yang jatuh ke bumi .

Adik terus memandang ke kerusi di sebelah untuk mencari abang , malangnya adik tidak dapat mencari abang

ketika itu , kerana adik masih berasa pening akibat hentakan yang kuat kepala adik pada dashboard kereta .

Lalu , adik terdengar suatu suara seperti bernafas dengan kuat . Adik umpamakan seperti lembu yang

disembelih . Allah :'( . Bunyi yang didengari oleh adik adalah bunyi pernafasan abang dan ketika itu abang

berada di hadapan kereta terkeluar daripada kereta dan semestinya cermin di bahagian depan pecah dan

abang tercampak keluar dalam keadaan posisi badannya sujud dan kata adik aku , muka abang ketika itu

tidak kelihatan kerana dipenuhi dengan darah . Adik juga terfikir bahawa muka abang seperti pecah

dan adik bertambah bimbang kerana adik masih tidak dapat mencari ahli keluarga adik yang lain . Lalu , adik

membuka pintu kereta dan cuba untuk keluar dari kereta untuk meminta pertolongan . Ketika , adik membuka

pintu kereta adik menangis kerana adik melihat keadaan abang dengan jelas dan badan abang ketika itu

dibasahi dengan air hujan lalu adik melihat ke atas jalan buku-buku adik dan kasut adik bertaburan di atas jalan

bersama dengan darah abang .

" Ya Allah , ada budak kecik dalam kereta ni , " kata seorang wanita yang berusia kepada orang-orang yang

berada di tempat kejadian .

Lalu , adik dibawa berehat dan untuk merawat luka ringan adik di stesen minyak berdekatan dengan tempat

kejadian kemalangan itu . Sementara menunggu ketibaan ambulan itu , adik dirawat di stesen minyak dan

terdapat seorang gadis yang masih muda yang berhati mulia yang memberi makanan kepada adik .

" akak , abang saya , abang saya , tolong abang saya , abang saya tersepit dan sakit tu .. " kata adik dengan

nada yang sedih sambil mengesat air mata yang jatuh bercucuran . Air mata adik tidak henti-henti membuatkan

gadis yang membantu adik turut menangis . Gadis yang berhati mulia tersebut menenangkan adik .

Adik bangun dan berjalan ke pintu kerana adik melihat kereta ayah sampai di tempat kejadian . Adik melihat

kelibat ayah keluar daripada kereta dan ayah terus pergi kearah kereta untuk melihat abang . Ayah pergi ke

tempat kejadian lalu , ayah mengelengkan kepala ayah lalu ayah mengambil langkah dan ayah berjalan kearah

kereta ayah semula lalu ada seorang lelaki yang berusia menenagkan ayah dan memayungkan ayah kerana

ayah berjalan di dalam hujan tanpa menggunakan payung . Adik terus menjerit memanggil ayah

" ayah , ayah , ayah !!! " jerit adik .

Ambulan datang dan mengangkat abang terus masuk ke dalam ambulan , adik pula turut ikut bersama abang

khuatir luka adik parah dan adik perlu membuat rawatan di hospital . Adik menutup telinga dan mata ketika di

dalam ambulan kerana adik tidak sanggup mendengar suara abang yang kesakitan ketika itu .

Setelah sampai di pintu kecemasan di hospital , adik melihat wajah kakngah yang berlari ke arah abang , abang

ketika itu ditolak laju ke arah bilik kecemasan . Kak ngah menangis dan menjerit kuat memanggil nama abang .

Kakngah ketika itu lupa tentang adik kerana terlalu terkejut melihat keadaan abang lalu adik memaut tangan

kakngah .

" kakngah , jangan lari adik sakit " kata adik kepada kakngah , Kakngah terus memeluk adik dan membawa

serta menemani adik untuk membuat x-ray .

Aku ketika itu masih berada di sekolah , aku berjalan pulang untuk terus ke rumah . Dalam perjalanan pulang

aku melihat jiran-jiran aku bercakap lalu melihat aku sambil tersenyum kelat . Aku berasa berdebar dengan tiba2

kerana aku terfikir mengenai abang aku itu . Aku tahu , kalau ada apa-apa berlaku di dalam keluarga aku ,

pastinya abang aku yang itu yang terkena ujian dan musibah .

Aku terus berlari dan masuk ke dalam rumah . Tepat tekaan ku ketika itu , aku melihat keadaan umi yang

sedar dan aku melihat kaklong menangis di dalam bilik . Aku mencari-cari lagi ahli keluarga aku yang lain .

Lalu aku ke dapur , aku ternampak ada gulai ketam lauk kegemaran adik dan abang aku . Allah :'(

Aku mula menangis apabila melihatkan lauk itu kerana aku terikirkan keadaan kedua-dua adik beradik aku .

Ayah pulang dan ayah meminta untuk semua ahli keluarga aku bersiap-siap untuk pergi ke hospital .

Abang aku koma selama 3 minggu dan mengalami cedera parah sedangkan adik aku pula mengalami phobia

yang teruk membuatkan dia tidak lalu makan dan takut untuk melawat abang aku ketika itu .

Kini , kejadian itu menjadi kenangan pahit di dalam memori aku dan keluarga aku . Adik aku pula kini berusia

17 tahun dan in sha Allah bakal menjadi seorang tahfiz pada tahun ini . Abang aku pula pada tahun  2017 ,

mempunyai azam yang baru dan ingin membina sebuah kehidupan yang bahagia . Namun , kita sebagai

manusia hanya mampu merancang justeru Allah lah yang maha hebat sebagai perancang dan menentukan .

Sekali lagi abang diberi ujian , abang aku kini sakit dan menderita dengan penyakit yang dibuat oleh orang .

Allahuakhbar :'(

Sabar wahai abangku , Allah sangat sayang kerana itu dirimu sentiasa diuji saban tahun . Dan kau adalah

abang yang terhebat yang seabad ini .

Mohon sahabat yang membaca entri ini untuk mendoakan kesihatan dan kesembuhan abang saya .

Sekadar perkongsian pengalaman sedih kepada semua .

Tiada niat buruk melainkan untuk mengingatkan diri ini supaya kembali kepada Allah , kerana penyakit dan ujian

daripada Allah . Jadi segala kesembuhan dan kesihatan juga daripada-Nya .


Bismillah ,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDLI WALAA FIS SAMAA’I WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM
 Artinya :
Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


fna_nasuha
luvuallwithallmyheart