Wednesday, 22 July 2015

INDAHNYA BERSAHABAT :)

ASSALAM SEMUA ,

SEMUA MESTI SAYANG SAHABAT KAN ? 
SAMA LA DENGAN SAYA .
SAHABAT NI IBARAT MADU ...
SENTIASA BERADA DENGAN KITA ..
TIDAK KIRA SUSAH DAN SENANG ..


KAWAN SENANG JER NAK CARI , 
TAPI SAHABAT YANG BETUL-2 SAHABAT SUSAH...
CUBALAH ...
AND KALAU DAH JUMPA SAHABAT TU JAGA HATI DIA
JANGAN INGAT NAK PANDAI JAGA HATI UR BF JER ..
SAHABAT PUN ADA PERASAAN CEMBURU JUGAK TAU..
MAKE SURE U OLSS JAGA HATI SAHABAT U OLLS OKAY..


SAYA MASIH INGAT KAWAN-2 TADIKA SAYA ,
KAWAN DI SEKOLAH RENDAH , MENENGAH
DAN KAWAN-KAWAN MATRIK SAYA ...



WALAUPUN SAYA KURANG BERCAKAP DI MATRIK ,
TAPI SY TETAP SAYANGKAN KAWAN-2 SAYA ...
ESPECIALLY PRACTICUM SY ...
SAYANG MEREKA SEBENARNYA ....


SAYA ADA LAA GAMBAR KAWAN-2 SAYA SIKIT ..
NAK UBAT RINDU SIKIT . HURMMMMM :,(


            MEREKA SEMUA SAHABAT SAYA . SAYANG MEREKA . MEREKA BAIK DENGAN SAYA
                                                           KAWAN DI MATRIK





                                                                        A.M.G





                                                                THE END  ^^


BYE . ASSALAM .

Tuesday, 21 July 2015

PENDOSA TANPA NOKTAH

Cara nak tinggalkan maksiat?


Siapa tak sedih, bila berulang-ulang kali melakukan dosa yang sama walaupun dah bertekad untuk berubah. Siapa tak tertekan, bila berputar-putar pada kesilapan yang sama walaupun telah berazam untuk tidak ulanginya. Siapa yang tak menangis bila maksiat yang kita telah berjaya tinggalkan dalam tempoh yang agak lama, akhirnya kita kecundang serta mengulangi maksiat tersebut.
Siapa tidak sedih dan menangis teresak-esak tentang perkara ini? Andai kita mempunyai hati yang hidup, andai kita mempunyai iman walau secebis, pasti perasaan sedih, tertekan, resah-gelisah, gundah gulana serta sesal menghantui fikiran kita.

Namun sampai bila? Sampai bilakah kita nak ulangi dosa yang kita benci, sampai bila kita mahu terus terpenjara dalam tekanan dosa dan maksiat? Sampai bila wahai kawan?!

Penulisan kali ini, saya tulis dengan penuh rasa serba salah, dengan penuh pengharapan agar saya sendiri BEBAS dari penjara dosa yang menyeksakan ini, dengan penuh harapan penulisan kali ini dapat memberi panduan, semangat, kekuatan, inspirasi, kefahaman dan kekeliruan serta halangan yang berlaku kepada mereka-mereka yang BERTEKAD  untuk BERUBAH.

Penulisan kali ini, saya tulis dengan tangisan. Saya amat mengharapkan kita sama-sama berpimpinan tangan menuju redha Allah. Saya sudah lihat depan mata bagaimana orang saya sayang dan percaya, berubah menjadi “pelik” dan bangga dengan dosa. Oh, Allah, aku sedih dan aku menangis! Saya kalau boleh, ingin usaha sedaya upaya untuk berubah dan menjadi asbab orang lain juga dapat berubah. Benar, itulah kebahgiaan saya.

Saya akan usaha menerangkan perkara ini satu persatu, sedikit demi sedikit. Saya minta maaf andai entri kali ini menjadi panjang lebar berbanding entri-entri yang lain. Saya harap, entri saya yang panjang ini memberi manfaat walaupun pada seorang insan.

3 point penting yang kita akan selami bersama insyallah:
1)Sejauh mana taubatmu?
2)Hukum Diri kita
3)Jangan buat dosa terang-terangan

SEJAUH MANA TAUBATMU?

Ramai yang bertanya, ramai yang luahkan, ramai yang terganggu, ramai yang sedih, ramai yang lemah semangat bila terfikir tentang:

 “Adakah taubatku di terima andai aku masih mengulangi dosa-dosa ku?”

Perasaan bersalah ini menyelubungi diri ramai orang. Pelbagai bentuk soalan yang di ajukan bagi menenangkan hati yang gelisah. Antara soalan yang di ajukan kepada saya yang membuatkan saya terkedu:

“Ustaz, saya memang nak berubah, dan saya ada niat nak berubah. Saya selalu menyesal dengan dosa yang saya lakukan, tapi masalahnya, saya masih tak dapat berubah! Seolah-olah ada benda yang menghalang saya…..”
“Ustaz, saya pernah berjanji untuk tak nak ulangi dosa saya, tapi saya tewas...”
“Ustaz, macamana cara nak hilangkan benda-benda kotor dalam fikiran kita..?”
“Ustaz, macaman nak jauhi maksiat? Beritahulah pada saya. Saya akan usaha untuk berubah dengan nasihat ustaz..”
“Ustaz, andai kita tak menitiskan air mata ketika bertaubat, adakah taubat kita itu benar-benar ikhlas?”
“Ustaz, saya selalu buat dosa, kemudian taubat, kemudian saya ulang semula dosa, kemudian taubat. Tapi saya tak tahan dan ulangi dosa itu semula, kemudian taubat semula. Adakah Allah akan terima taubat saya?”

Dan macam-macam lagi.

Wahai kawan, sejauh mana taubatmu itu betul-betul ikhlas?Apakah erti taubat? Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!

1)Taubat maskudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut.  Itulah 3 rukun taubat. RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2)Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Boleh je kita doa:

”Ya Allah, aku menyesal dengan dosa, ampunkan aku ya Allah, aku berazam untuk tak ulangi dosa aku ya Allah!”

Namun hakikatnya, di sudut hati kita, doa tersebut hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri!  Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan penyesalan kita…

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.

3)Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi. Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!!

4)Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat gila-gila. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

*****

Begitulah pengampunnya Allah. Tapi, jangan amik kesempatan! Namun, bak kata ibn qayyim:

“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu maha pengampun, maka dia jadikan perkara itu alasan untuk terus dia melakukan dosa…”

Kita tak tahu bila kita mati syeikh, sekali kita mati time buat maksiat, pergh… Sekali kita mati dalam keadaan kita tak taubat lagi sebab tangguh, silap besar! Sebab tu lah, jangan tangguh taubat, kalau boleh, lepas baca entri ni, terus taubat!

Ingat, taubat ni tak boleh berlakon. Ia isu HATI. Kerana sekarang, ramai yang rasa diri dia dah taubat, tapi dalam diri dia, tiada sekelumit pun rasa bersalah ketika buat dosa. Apakah?





HUKUM DIRI KITA

Saya nak sangat berkongsi pada semua orang tentang perkara ni. Cara ni adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita baiki diri kita dan cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi teringin membuat maksiat. Cara ini saya namakan:”Cara nak memanipulasi syaitan”.

Dengan cara ini, seakan-akan syaitan sendiri akan “hasut” kita untuk tinggalkan maksiat(konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA MENGHUKUM DIRI KITA setelah buat maksiat dan dosa!

Kita pun tahu, syaitan akan suruh kita buat benda yang merugikan diri kita, dan menguntungkan dia. So, bila kita buat maksiat, ia merugikan diri kita dan menggembirakan syaitan! Tetapi, bila kita mengHUKUM diri kita, ia sangat efektif! Mari saya terangkan satu-satu cara nak memanipulasikan syiatn ni supaya boleh faham:

1)Kita berazam, setiap kali kita buat sesuatu dosa, kita akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH. Contohnya, kita target:
”Setiap kali aku hisap rokok, aku akan hukum diri aku dengan baca quran 1 juzuk!”
“Kalau aku tengok video tak elok, aku akan sedekahkan RM50 kat surau, and then aku akan puasa 3 hari!!”
“Kalau aku tak pergi solat Jemaah subuh kat surau, aku akan denda diri aku dengan baca buku agama sebanyak 100 muka!”

2)Bila kita hukum diri kita, maka syaitan akan mula ragu-ragu, samada nak suruh kita buat maksiat atau tak. Sebab kalau dia goda kita untuk hisap rokok, dia tahu yang kita akan hukum diri kita dengan abca quran 1 juzuk, yang mana baca quran 1 juzuk tu amat merugikan syaitan dan meningkatkan iman kita berganda-ganda!!

3)Kalau dalam bahasa arab, cara ini di namakan “Iqob” yang bermaksud “denda”. Itulah yang para sahabat buat! Saya akan cerita beberapa contoh IQOB yang sahabat buat:

“Ada sorang sahabat, time dia tengah solat sunat kat kebun, tiba-tiba time tengah solat tu, dia ternampak burung dan burung tu menyebabkan dia tak khusyuk. Lepas habis solat, sahabat tu perasan yang dia tak khusyuk dan dia menyesal. Lantas, dia hukum diri dia dengan MENYEDEQAHKAN kebun itu kepada orang islam!!!!”

Dan banyak lagi. Takut panjang, orang malas baca:)

4)Saya mahu kemukan bukti, betapa efektifnya cara ini , sehingga syaitan sendiri akan hasut kita untuk tinggalkan maksiat! Hayati dan fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila kita hukum diri kita setiap kali kita buat maksiat!

****

KISAH UMMU MAKTUM NAK KE MASJID

Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke masjid buat kali kedua. Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dan dia patah balik ke rumah untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!

Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:

“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”

Iblis jawab:

“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!

:)

KISAH ABDUL QADIR ALJAILANI(ULAMA’ DAHULU KALA)

Ada sekali tu, time subuh, ada orang kejut abdul qadir jailani untuk solat subuh. Bila abdul qadir jailani Tanya, siapakah orang yang kejut dia, lantas orang tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Pastu Abdul qadir jailani Tanya balik:

“Kenapa kau kejut aku subuh sedangkan kau iblis??!”

Iblis jawab:

“Sebab aku tahu, kalau kau tak dapat solat subuh Jemaah, kau akan hukum diri kau dengan kau pergi mengajar agama kat ribuan orang! Aku takut kalau kau mengajar ribuan orang, mereka semua dapat hidayah dan susahlah kerja aku nanti!”

:)

*****



JANGAN BUAT DOSA TERANG-TERANGAN

Serius benda ni kena take note. Sebab once kalau kita dah buat dosa terang-terangan, ia bermakna kita rasa bangga dengan dosa, dan ketika itulah bermulanya KEBINASAAN diri! Saya rasa semua sedia maklum apakah itu dosa. Saya just nak bagi contoh beberapa dosa yang sangat biasa orang buat terang-terangan tanpa rasa bersalah.

Pertama, IKHTILAT. Semua sedia maklum, apa hukum ikhtilat dan batas-batas. Kalau tak tahu, boleh baca di sini:http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
Tapi masalahnya, hari ni, ramai orang yang tahu tapi dengan bangganya ikhtilat di alam maya secara terang-terangan seperti komen mengomen “hohahoha”, sembang kosong di twitter siap mention-mention nama, komen-komen kat instagram dan lain-lain. Apakah? Apakah ini wahai kawan yang smart, macho lagi sweet?

Kalaulah rasa tak mampu nak kawal diri dari ikhtilat, janganlah sampai kita buat terang-terangan. Rasalah malu nak orang lain tahu maksiat yang kita buat. Kalau nak sangat, mesej je private, direct mesej dan yang sama waktu dengannya(walaupu itu pun salah). The point is, malulah dengan dosa yang kita buat wahai kawan! Isk , isk…

Kedua, TENGOK MOVIE DAN DENGAR LAGU LAGHO. Perlu ke kita bagi tahu orang lain tentang lagu lagho apa yang kita dengar sedangkan kita pun tahu apa hukum  dengar lagu-lagu kpop, Justin bieber, lady gaga, dan berates lagu-lagu yang berunsur haram. Kita pun tahu!

Tapi kenapa kita dengan bangganya bagitahu orang ramai yang kita sedang dengar lag utu? Contohnya kat twitter:

“#np Baby // Justin Bieber”
“#np Gangnam Style // Psy”
“#nw  Now you see Me”

Dan lain-lain. Kalau rasa tak mampu sangat nak tinggalkan lagu lagho dan movie-movie, janganlah bagitahu orang lain dan rasalah malu dengannya! Buat sorang-sorang.

Dan banyak lagi. Saya merayu sangat, rasalah bersalah, rasalah malu. Jagalah AIB kita dan jangan bagitahu orang lain. Allah dah simpan aib kita baik-baik, buat apa kita nak bagitahu orang lain tentang dosa yang kita buat? Malu syeikh, malu. Isk isk…

*****

Sebagai pengakhiran, cara terbaik untuk tinggalkan maksiat ialah dengan buat amal soleh sebanyak-banyaknya dengan istiqomah. SOLAT tolonglah, tolonglah, tolonglah jangan tinggalkan wahai kawanku! Saya sangat-sangat merayu!

Mulalah dari sekarang, lazimi diri dengan solat, mulalah berjinak-jinak dengan quran, basahi lidah kita dengan zikir-zikir, carilah KAWAN yang support kita untuk berubah dan dampingi mereka.Ikutlah TARBIAH dan USRAH, ia adalah cara yang tunjang agar iman kita selamat!

Kerana bila kita telah “tenggelam” dalam lautan amal, maka allah akan campakkan dalam hati kita perasaan benci dan geli pada maksiat! Percayalah wahai kawan, percayalah!

Saya yakin, ramai orang yang nak berubah. Kuatkan azam, kekalkan semangat, terus maju, move on, jangan hirau apa orang kata, doa pada Allah! Saya yakin kita mampu. Once kita dapat berubah, kita akan MENANGIS kegembiraan, menangis kesyukuran, menangis kebahgiaan kerana NIKMATNYA IA, dan kita akan menangis keinsafan dan ketawa sendirian, kerana pelik dengan diri kita yang suka melakukan dosa dalam keadaan ianya sesuatu yang amat menyeksakan.

Saya doakan korang. Dan saya minta, doakanlah saya! Moga Allah bagi syurga pada kita! Moga Allah bagi syurga! Saya akhiri penulisan kali ini dengan satu kata-kata:

“Pintu taubat tak akan terbuka hanya dengan sekali ketuk. Tetapi, ianya akan tebuka setelah kita ketuk berkali-kali. Dan ketika itu, kita akan menangis kenikmatan kerana akhirnya kita telah bebas  dari penjara dosa dan berlari menuju cinta Allah!”

Moga Allah bagi syurga!

TIPS CINTA JARAK JAUH ^^


Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.


Tips Cinta Jarak Jauh

Ini merupakan tips yang boleh diguna pakai oleh mereka yang sedang bercinta jarak jauh dalam mengekalkan hubungan cinta masing-masing walaupun jarak menjadi penghalang.
1. Jelas dengan Harapan dan Batasan

Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Pada Julai 2007, Yusry terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM80 ribu setahun. Teman wanitanya, Lisa tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Yusry dan Lisa membuat perjanjian untuk telefon at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.

2. Menghargai Kebebasan

Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat
dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada
pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang
dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton
bola hingga lewat pagi. Yusry yang berjauhan dengan teman wanitanya,
dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia
bersama dengan Lisa, X-box perlu disimpan dahulu. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.

3. Luahkan Perasaanmu

Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam,
inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh
antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi
penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Ina. Tapi Ina suka tengok Abang malu-malu.” Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.

4. Pancawarnakan Kehidupanmu

Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks
atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah
sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang
mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik
atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah. Ketika pulang dari kerja, Zeti menjerit suka apabila terlihat sebuah bungkusan diterima daripada buah hatinya di Sarawak yang mengandungi sepasang baju dengan nota, “Aku merinduimu”.

5. Mempercayai Satu Sama Lain
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon Yusry, Lisa selalu merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya perhubungan jarak jauh. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.

Secara ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.

Sunday, 12 July 2015

SEMOGA CEPAT SEMBUH KAKLONG :)

NI LA CINTA HATI SAYA ...
RAMAI JUGAKK ...
 ANAK SEDARE YANG 1ST
NAMA DIA TUAN NUR AISYAH 
2ND ,
TUAN NURAISYURA
3RD ,
TUAN NUR AINIL MEDINA
THEN YANG BONGSU ,
TUAN NUR AIMUNI AWATIF
                                                NI AIMUNI ... GERAM DENGAN DIA


                                       NI PULAK SI MEDINA .......KUAT MELAWAN NI ..

                                                      NI ESYAH DENGAN AIMUNI :)

                                                NI PLAK FAMILY DYEORANG .. BAHAGIA KANN ...


                                       DOAKAN SEMOGA KAKLONG SY KUAT OK :)





DIAORANG NI TINGGAL DENGAN KITAORANG JELA MEMANDANGKAN KAKLONG DALAM RAWATAN LAGI . KAKLONG KENA BUAT RADIOTERAPI PLAK SEBULAN AFTER DIA KEMOTERAPI . KESIAN KAKLONG :,(
TAKPER LA , SY DAN AKAK SY BOLEH LAAAA TENGOK-TENGOKKAN ANAK SEDARE .
DOAKAN KESIHATAN KAKLONG SY TAU :,) 

THANKS . 

 

CINTA ANTARA KITA

SUNGGUH NYAMAN SUASANA PADA PAGI INI, TENang jiwanya dari masalah yang menyelubungi dirinya.mana tidak nya , dalam usia yang muda seperti bikash dia terpaksa mengalas dua tanggungjawab dalam masa yang sama.bikash nur iman satu nama yang hebat dan unik bagi gadis jelita sepertinya .kini sudah menjangkau 24 tahun.dia juga bakal bergelar seorang ibu bagi  anak yang dikandungnya kini.dia juga hampIr membunuh anaknya itu kerana sakit hatinya pada lelaki yang amat disayangi dan yang dipujA PADA KETIKA DULU.KINI DIA SUDAH HABISKAN ZAMAN BELAJARNYA DENGAN JAYANYA TANPA KEKASIH NYA DISISI.SEJAK PERISTIWA ITU , BIKASH SUDAH TIDAK BERHUBUNG DENGANNYA SEHINGGA KINI………….
LAPAN TAHUN SEBELUMNYA,KETIKA Itu RAYYAN BARU DIPINDAHKAN KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IMPIAN.MUHAMMAD RAYYAN RIZQI  SATU NAMA YANG TAKKAN DILUPAKAN OLEH BIKASH KERANA NAMA INILAH YANG TELAH MENYENTUH HATINYA. “ERH,KAU BUKANNYA SEKOLAH AGAMA KER??, “KENAPA SEKOLAH SINI ,KELAS PUN SAME”,KATA BIKASH.”LAAAAA,SEKOLAH NI SEKOLAH AYAH AWAK KER??,”SALAH KER SAYA NAK SEKOLAH DEKAT SINI??,”ADA KE NAMA AYAH AWAK DEKAT SINI??...BALAS RAYYAN .SEBENARNYA BIKASH DAN RAYYAN NI DAH LAME KENAL DALAM FB(FACEBOOK) ALA MACAM BIASA LA KAN…DARI FB LA TERDETIKNYA CINTA MONYET MEREKA.BIKASH DAN RAYYAN BERUSIA 16 TAHUN DAN MEREKA KINI DITEMPATKAN DI DALAM KELAS SAME PULAK TU.HEHE.KALAU DAH JODOHHH..BIKASH DAN RAYYAN  DUDUK TAK JAUH MANE PUN,BIKASH TOLEH BELAKANG AJER MESTI DAH NAMPAK SI RAYYAN TU.HEHE.GATAL JUGAK SI BIKASH NI…
PADA SATU HARI TU,SEMASA DALAM KELAS ADD MATH(ADDITIONAL MATHEMATICS WHICH IS BIKASH PUNYA FEVERET SUBJECT LER TU)…SUDDENLY, “RAYYANN !!!!!!! AWAK BUAT APE KAT BELAKANG TU???? , DATANG DEPAN CEPAT SELESAIKAN PERSAMAAN NI “….KATA CIKGU SUMIANI..NI CIKGU FEVERET KITEORANG JUGAK…HUHUHU…”ERHHH , BUKAN MACAM TU LA AWAKK. SALAH TU, SEPATUTNYA 2X+8Z JAWAPAN DIA”KATA BIKASH KEPADA RAYYAN DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH….”AWAK DIAM LAA,TAK PAYAH NAK BAIK SANGAT TOLONG SAYA, SEBELUM NI TAK NAK TOLONG PUN,ELEHHHHH”BALAS RAYYAN DENGAN BERLAGAKNYA….”RIZ, MIRA TAHU JAWAPAN NI,BIAR SAYA TOLONG AWAK OK,”KATA MIRA….”OK,MACAM MANE?BTW, THANKS MIRA.”BALAS RAYYAN…BETAPA SAKIT HATI SI BIKASH NI…..”ELEHHH,AKU NAK TOLONG KAU TAK NAK SI MIRA TOLONG CEPAT JER,HUH, LEPAS NI AKU DAH TAK NAK TOLONG KAU MONYET”..BISIK BIKASH DALAM DIAM…HIHI ..SI BIKASH NI MARAH SEKEJAP JER….”MARAH LAGI KER HAAAAA???”””…..”TAKKK PUN, TAK DE MASE PUN ORANG NAK MARAH LAAA, PLEASE LAAAA”…”ELEHH,PADAHAL JELESSS, JELES CAKAP LAAAA, KAN????”……”MALAS NAK LAYAN AWAK RAYYAN DAH LA GENDUT PASTU BAJET LA HENSEM , PUIHHHH”…..GENDUT SAYA PUN AWAK SAYANG JUGAKK.HAHAHAHA.GELAK BESAR RAYYAN RIZQI KERANA SUKA HATI DAPAT KENAKAN KEKASIH NYA ITU…..
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN,BIKASH DITUKAR KE KELAS SAINS TULEN DAN DIA TERPAKSA AKUR KERANA IBU BAPANYA MEMANG MENGHARAPKANNYA UNTUK BELAJAR DALAM BIDANG SAINS …DALAM ADIK BERADIKNYA TIADA LAGI YANG MENGAMBIL DALAM BIDANG AKAUN .SEBAB ITULAH IBUNYA TIDAK MAHU DIA LARI DARI BIDANG LAIN.HATI RAYYAN TERASA JUGA DENGAN TINDAKAN BIKASH YANG BERPINDAH KELAS KERANA DIA TELAH BERJANJI UNTUK SAMA-SAMA BELAJAR DAN PEROLEHI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.NAMUN,SEMUA ITU MUSNAH KERANA ORANG YANG MEMBERI SEMANGAT KEPADANYA TELAH MENGAMBIL KOS YANG BERBEZA DENGANNYA.DIA SEDIKIT KECEWA TAPI RAYYAN TIDAKLAH PENTINGKAN DIRINYA KERANA DIA JUGAK BERFIKIR YANG MUNGKIN ITU ADALAH YANG TERBAIK BUAT BIKASH.RAYYAN REDHA DAN KEMBALI SENYUM.SELAMA SETAHUN BERADA DI KELAS SAINS BIKASH SUDAH SEMAKIN RAPAT DENGAN RAKAN-RAKAN KELAS SAINS ITU HINGGA DIA LUPA PADA RAYYAN.DIA MEMBUAT ULANGKAJI BERSAMA RAKAN SEKELASNYA DAN TANPA MENGAJAK RAYYAN.SETIAP HARI DIA BELAJAR BERSAMA RAKAN KELASNYA ITU SEHINGGA LAH HARI PERCUBAAN SPM TIBA.BIKASH LUPA TERUS PADA RAYYAN , DIA STUDY DAN HANYA PEROLEH 4A DALAM PERCUBAAN NYA ..BAGAIMANA DENGAN SI RAYYAN??? BIKASH KINI BERUBAH KERANA DIA TIDAK KISAH MENGENAI RAYYAN SEHINGGA RAYYAN BERASA FED UP UNTUK TERUS BERSAMA BIKASH…LALU, RAYYAN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMUTUSKAN HUBUNGAN NYA DENGAN MENGHANTAR SMS KEPADA BIKASH…”ASSALAM KASH,SAYA NAK KITA PUTUS”.. “OKAY,KALAU ITU YANG AWAK NAK, SAYA TAKDE MASA LA NAK FIKIR PASAL MENDE NI,IKUT AWAK LA NAK JADI APE PUN.”BALAS BIKASH….”OK”RINGKAS RAYYAN MEMBALAS..SEBENarnya rayyan kecil hati dengan kelakuan bikash…rayyan nekad untuk melupakan bikash dan mencari pengganti yang lebih baik…namun semua itu menjadi satu kejadian buruk ….rayyan menjadi seorang yang nakal dan malas belajar…dari tidak merokok menjadi kaki merokok …dari tidak memonteng kini menjadi kaki ponteng….”assalam,awak semakin jauh dan sombong dari saya kash :’)”rayyan cuba mengahantar sms kepada bikash…lalu sms nya dibalas”wassalam , no. awak yang membuat benteng di antara kita, jangan ganggu saya”balas bikash…bikash sebenarnya sangat rindu pada rayyan namun dia malu untuk mengatakannya kerana dia tidak mahu egonya dibuang kerana seorang lelaki….rayyan membaca sms oleh bikash lalu airmata nya mengalir……”sumpah aku tak pernah mintak untuk jadi kaki ponteng dan kaki merokok, tapi aku stress dan aku rindukan kau bikash”…………………………………………………
Dua tahun sudah berlalu meninggalkan zaman persekolahan mereka , tibalah masa untuk mendapat keputusan yang sangat mendebarkan bagi setiap pelajar tingkatan lima iaitu spm(sijil pelajaran Malaysia)………..”esok dah nak amik result, tapi aku still tak baik lagi dengan rayyan ni”….ngomel bikash sendiri…ermmmm,rindunya kau rayyannnn, lalu, bikash memegang telefon bimbitnya sambil melihat bulan ………tiba-tiba telefonnya berdering dan tertera nama (rayyan sengal)…”nak jawab ke tak errrrr….jawab jelaaa … as a friend okay je kut.” Gumamnya sendiri….”hee..lllooo…” ucap bikash …”ape hello-hello ni awak , kita ni kan islammm … assalamualaikum….”kata rayyan ”waaa…aalaaiii…kummmusaallaammmm….a..waa..kk s..iihaa..ttt???tanya bikash dengan berdebar …….”saya sihat Alhamdulillah ….saya harap awak sihat jugakk…saya berdoa kepada tuhAN SEMOGA KEKASIH HATI SAYA NI BIKASH NUR IMAN NI DAPAT RESULT YANG CEMERLANG DAN DAPAT MASUK UNIVERSITI BAGUS-BAGUS AND JADI CIKGU YANG GARANG…HAHAHAHA…”KATA RAYYAN….BIKASH PULA MEMBALAS”TERIMA KASIH RAYYAN ….TAPI SAYA NAK TANYA SATU JER KAT AWAK…ARE WE STILL IN RELAY ???”…….DAN DENGAN PANTASNYA , RAYYAN MENJAWAB..”OF COZ , SAYANG.. I ALWAYS LOVE YOU”……”BETUL NI ??” TANYA BIKASH … “BETUL SAYANGKU INTAN PAYUNG….” UCAP RAYYAN YANG MEMBUATKAN HATI BIKASH TENANG.SEBENARNYA CINTA BIKASH TIDAK PERNAH PADAM UNTUK MUHAMMAD RAYYAN RIZQI ITU….
Pada keesokannya , keputusan sudah diumumkan dan keputusan  yang terbaik pada tahun ini ialah bikash nur iman binti zamarul zaman….bikash sujud syukur dan berterima kasih kepada tuhan yang maha esa kerana telah memberi nya keputusan yang sangat baik .dan inilah hadiah yang ingin dia hadiahkan kepada ibu bapanya dan guru-gurunya …bikash sibuk berborak dengan sahabat kelasnya dan guru-gurunya…..”biasa la budak cerdik, dah mestilah berborak dengan geng-geng cerdik, ko tu ape jer aderrr, padan muka aku malas sangat belajar”,bisik hati kecil rayyan..rayyan memerhati bikash dari penjuru pintu dan melihat bikash sibuk bergambar dengan rakan dan pengetua sekolah….bikash perasan kehadiran rayyan dan dia jugA PERASAAN KELIBAT RAYYAN DI PENJURU PINTU DAN DIA MERAPATI PINTU ITU UNTUK BERBORAK DAN BERTANYA KEPUTUSAN RAYYAN …TIBA-TIBA RAYYAN LARI DARI TEMPAT ITU DAN MENINGGALKAN BIKASH SENDIRIAN DISITU….
TIBANYA RAYYAN DI RUMAH DIA MENANGIS SEMAHUNYA……DIA TIDAK MAHU MENGANGKAT PANGGILAN DARIPADA SESIAPAPUN KERANA DIA MALU DENGAN KEPUTUSANNYA YANG TERAMAT LAH TERUK….TELEFONNYA BERDERING LALU RAYYAN MELIHAT NAMA DI SCREEN TELEFONNYA LALU BIKASH YANG MENELEFONNYA DAN DIA TERUS MENGANGKAT…..”RIZ, AWAK KENAPA NI ? CUBA CERITA KAT KASH…”PUJUK BIKASH…RAYYAN MEMBERITAHU DALAM NADA SEDIHNYAA..”AWAKKKK…..AWAK MASIH NAK KE ORANG YANG MACAM SAYA NI??? SAYA TAK DAPAT ‘A’ LANGSUNG DALAM SPM DAN YANG PALING TERUK SEKALI ADD MATH SAYA DAPAT ‘D’…PADAHAL ADD MATH TU AWAK SELALU AJAR SAYA……SAYA RASA TAK BERGUNA LANGSUNG KALAU SAYA JADI ORANG…SAYA RASA MANA-MANA UNIVERSITI PUN TAK NAK TERIMA PELAJAR MACAM SAYA NI….DAN KALAU MACAM TU SAYA RASA SAYA AKAN IKUT ABANG SAYA BEKERJA JER……DAN AWAK MESTILAH SAMBUNG BELAJAR AND JUMPA LELAKI YANG BIJAK-BIJAK MACAM AWAK LAAA AND AWAK PASTI AKAN TINGGAL KAN SAYA…SAYA DAH BOLEH NAMPAK DAH JALAN HIDUP AWAK DAN JALAN HIDUP SAYA…”….”KE SITU PULAK AWAK NI, AWAK MENGUCAP DULU BANYAK-BANYAK.SAYA PUN TAKNAK CAKAP BANYAK SANGAT .TAPI APA YANG SAYA BOLEH CAKAP adalah APE YANG AWAK SEDIH SEKARANG ADALAH DUNIA.YER, SAYA AKUI SAYA PUN AKAN SEDIH JIKA DALAM KEADAAN AWAK.TAPI MENDE YANG DAH JADI AWAK , NO POINT LA NAK SEDIH-SEDIH , TAKKAN DAPAT BAGI AWAK ‘A’ SEMUA PUN.APE YANG AWAK KENA BUAT ADALAH BERDOA AND CHANGED YOURSELF JER.INGATLAH REZEKI ITU  SEMUA  KERJA ALLAH , SIAPA KITA UNTUK MENIDAKKAN SEMUA TU . MUNGKIN HARINI  REZEKI SAYA and esok-esok mungkin rezeki awak riz….bijak tak selamanya bijak … BODOH TAK SELAMANYA BODOH..RAJIN TAK SELAMANYA RAJIN …MALAS TAK SELAMANYA MALAS… semua orang berubah mengikut masa…..dan akhir nya, saya akan tetap dengan awak sampai bila-bila..saya yakin itu…….rayyan lega mendengar segala kata-kata bikash lalu mulutnya dapat mengukir sebuah senyuman……..
Tamat sudah zaman nya di sekolah …dan kini bikash telah mendapat tawaran sambung belajar .bikash dapat menyambung pelajarannya di asasi di upm(university putera Malaysia)…dan bikash menerima tawaran itu dengan hati yang terbuka kerana dia mendapat kos yang memang dia inginkan iaitu veterinar…tercapai jugak akhirnya cita-citanya untuk menjadi doctor haiwan…sedangkan rayyan tidak mendapat mana-mana panggilan university sehingga rayyan rasa ingin terus bekerja dengan abangnya.rayyan sedih dengan nasibnya yang tidak belajar sedangkan kekasih hati belajar ….dia sangat malu…..dan pada itu, dia sangat merindui bikash……sudah hampir sebulan dia tidak sms dan mendengar khabar kekasih hatinyaa itu…”arghhhh,tak salah pun kalau aku kol dia dulu”, bisik rayyan. “assalamualaikum ““waalaikummusalam, so sorry riz , kash sibuk sikit maklum lah ni kan first time masuk university …hihihi…macam mane dengan belajar??”…”takper kash , riz faham…ermmmm, riz tak dapat masuk belajar lagi”…”ermmmm, sorry awak , tapi awak jangan la risau kayy . mungkin takde rezeki lagi , nanti ade la tu lambat sikit jer.awak nak tahu tak yang saya dapat semuanya roommate melayu and islam la.alhamdulillah lahh . takpayah laa susah kann.erm, so awak buAT APE JER NI ??” ……”DENGAR AWAK CERITA JER LA NI SAYANG”..JAWAB RAYYAN …”NO. MAKSUD SAYA, KALAU AWAK TAK MASUK BELAJAR LAGI , AWAK BUAT APE ??...”OH . SAYA KERJA JELA..”…”OH OKAY”…”OKAY LAAA , NANTI SAYA CALL LAGI KAYY , BYE ASSALAM , GUD NITES .

“HAI BIKASH, NICE NAME”TEGUR SEORANG LELAKI YANG TIDAK DIKENALINYA…….”OHHHH,BIASA JE , BTW, THANKS”,BALAS BIKASH…..SELEPAS DIA DITEGUR OLEH LELAKI ITU DIA KINI MENDAPAT BUNGA DAN CUPCAKE BOLEH DIKATAKAN EVERYDAY LAAAAA…..”WAH , BUDAK NI ANAK TAUKE KEDAI BUNGa dan cupcake ker ??? “gumam bikash…..”lantaklah kau bagilah gunung everest pun , hati aku tetap pada rayyan aku”………hari ini bikash terlalu sibuk sehinggakan dia lupa untuk membalas sms rayyan…….”maaf riz,saya balas lambat sebab saya ada kuliah tambahan petang tadi”…….’takper sayang , saya faham  :’)”balas rayyan…….”thanks awak. That’s why saya sayang awak sangat . awak memang memahami saya”…..”yer , saya akan sentiasa disisi awak sayang as long as you still faithful with me :’) ”…………………..
Beberapa bulan kemudian , rayyan telah mendapat panggilan untuk sambung belajar di uitm dan membuat diploma.orang yang paling gembira adalah bikash kerana setelah lama menunggu akhirnya rayyan dapat juga belajar seperti orang lain.lalu , bikash terus mencapai telefonnya untuk menelefon buah hati berulam jantungnya itu”assalam awak, tahniah yer, saya tumpang gembira untuk awak , belajar rajin-rajin ok , nanti kita boleh kahwin awal . hehehehe”kata bikash……”wassalam , thanks sayang , tapi saya tak sepandai awak.awak at least setahun and then buat degree. awak habis belajar dulu dari saya.saya selalu kebelakang..hurmmm,saya malu dengan awak”balas rayyan…..”ape ni awak,please jangan cakap macam ni , saya bukan je baru kenal awak , umur kita dah 20 tahun awak … dah 5 tahun kita kenal…saya dah memang ikhlas sayang awak….takkan saya buang cinta ini ….saya janji ”balas bikash dengan yakin……….setelAH BERTAHUN-TAHUN MENYEMAI KASIH LALU IKHMAL HAKIMI YANG MINAT DALAM DIAM TERHADAP BIKASH TELAH MELERAIKAN IKATAN CINTA MEREKA.IKHMAL CURI-CURI MASUK DALAM KULIAH BIKASH SEDANGKAN KULIAHNYA DI DEWAN KULIAH LAIN.TU LA ORANG TUA-TUA CAKAP KALAU DAH SUKA APE JE SANGGUP DIREDAH.”HI AWAK,BOLEH SAYA DUDUK DEKAT SINI ??”KATA IKHMAL..”DUDUK LAAA , BUKAN ADE ORANG PUN KAT SITU,KE AWAK NAMPAK ORANG KAT SITU??”BALAS BIKASH DENGAN SINIS…”JANGAN GARANG SANGAT CIK ADIK , NANTI AWAK JATUH HATI KAT SAYA BARU AWAK TAU…”KATA IKHMAL DENGAN BERANINYA…”HEYYYYYYY, JAGA SIKIT MULUT . NEVER ! NEVER ! “, BALAS BIKASH DENGAN NADA MARAH …….”WOW . GARANGNYA , AKU AKAN DAPATKAN BIKASH NUR IMAN NI ONE DAY DIA AKAN JADI MILIKKU , AKU TAHU KAU GARANG MULUT JER , TAPI HATI KAU BAIK SEBENARNYA “ …… KATA HATI KECIL IKHMAL HAKIMI…..IKHMAL HAKIMI MENARUH HARAPAN SANGAT TINGGI TERHADAP BIKASH.
RAYYAN SANGAT GEMBIRA PADA HARI INI KERANA HARI  INI MERUPAKAN HARI JADI NYA.DIA SENYUM DAN MENANTIKAN PANGGILAN DAN UCAPAN DARI YANG TERSAYANG.DAN DALAM PADA MENUNGGU ITU , RAYYAN MENGIMBAS KEMBALI KENANGAN YANG TERJADI SEWAKTU DISEKOLAH…..”AWAK, CIKGU SALLY NAK JUMPA DI BILIK DISIPLIN” ARAH BIKASH KE BILIK DISIPLIN.”OH , YE ER ? ALAMAK , SAYA TAK BUAT APE-APE SALAH PUN “ JAWAB RAYYAN . “ENTAHLAH , AWAK CUBA LA JUMPA DULU , OK LA SAYA ADA HAL NI , JUMPA BALIK NANTI TAU”BALAS BIKASH…..DALAM PERJALANAN KE BILIK DISIPLIN HATI RAYYAN BERDEBAR-DEBAR DAN OTAKNYA BERFIKIR APA KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKANNYA SEHINGGA DIA DIPANGGIL KE SITU.SESUDAH SAMPAI  DEPAN BILIK DISIPLIN , RUANG BILIK ITU KOSONG DAN SUNYI DAN TIDAK KELIHATAN SEPERTI ADA ORANG.”BETUL KE TIDAK SI KASHH NI , MACAM XDE ORANG JER”BISIK RAYYAN…..RAYYAN MENGAMBIL TEMPAT LALU LABUHKAN PUNGGUNGNYA DI KERUSI KAYU TERSEBUT SAMBIL MENUNGGU ,  DIA BERSIUL KECIL …..TENGAH BERSIUL DIA MENDENGAR SEPERTI ADA SUARA LAIN TURUT BERSIUL .LANTAS, DIA DIBALING TEPUNG OLEH RAMAI ORANG .RUPANYA INI KERJA SI BIKASH NUR IMAN .DIA MEMBERI SEBEKAS KEK BATIK DAN SEUTAS GELANG YANG DIBUAT SENDIRI DENGAN NAMA RAY&KASH ……………..sangat comel bikash ketika itu……..
“APE KAU NI JAUH SANGAT TERMENUNG???” SAPA IZZAT KEPADA SAHABATNYA RAYYAN …….”TAKDE APE LAAA , HMMMM”JAWAB RAYYAN DAN TERUS TERSENYUM……..LAMA SEKALI RAYYAN MENUNGGU PANGGILAN DAN SMS DARIPADA BIKASH…..DAN RAYYAN PUN MENGAMBIL TELEFONNYA UNTUK MENHANTAR SMS KEPADA BIKASH….”SALAM, BUSY KE AWAK HARINI?? :’)”…….RAYYAN SETIA MENUNGGU MESEJ NYA DIBALAS ……..DUA JAM KEMUDIAN BIKASH TELAH MEMBALAS SMS RAYYAN . “MACAM BIASA LA BUSY…..” …..MESEJ BIKASH MENGHAMPAKAN HATI RAYYAN .TAPI , RAYYAN TIDAK BERPUTUS ASA DAN MASIH SENYUM DAN MEMBALAS MESEJ BIKASH ..”AWAK INGAT TAK HARINI HARI APE?? :’) …..”HARINI HARI SABTU LA , KENAPA ?”BALAS BIKASH……DUMMMM……BEGITU MENYAKITKAN HATI RAYYAN……RAYYAN MEMBALAS MESEJ YANG TERAKHIR UNTUK BIKASH UNTUK MENGAKHIRI MESEJ MEREKA PADA MALAM INI.”MEMANG LA HARI SABTU , TAPI HARINI KAN 28/2 . TAKKAN AWAK DAH BANYAK BELAJAR SAMPAI HARI JADI SAYA PUN AWAK LUPA . OKAY TAKPER LA . SORRY GANGGU MASA STUDY AWAK . PERGILAH SAMBUNG BELAJAR :’) ……………DAN RAYYAN TERUS SOLAT UNTUK TENANGKAN HATINYA YANG KIAN SERABUT.usai solat sunat rayyan berdoa dan mengadu pada tuhan yang maha esa betapa sakitnya mencintai gadis yang bernama bikash.rayyan  cuba untuk faham bikash dan cuba gembirakan hatinya dengan membaca al-quran lalu dia mendapat ketenangan yang teramat.rayyan terasa kepalanya amatlah sakit lalu terus ke dapur untuk mendapatkan ubat yang dapat melegakan sakit yang menyerangnya.selesai makan ubAT TAHAN SAKIT RAYYAN MENCAPAI TELEFON BIMBITNYA LALU MEMBUKA UNTUK MEMBACA SMS YANG DIBALAS OLEH BIKASH.”AWAK NI DAH KENAPA RIZ ?? KENAPA TAK FAHAM SAYA?? SAYA SIBUK DENGAN ASSIGNMENT SAYA,DENGAN TUTORIAL YANG BERLAMBAK DAN MASALAH LAGI DENGAN LECTURER.AWAK MEMANG TAKKAN FAHAM LAAA , AWAK TU BUDAK DIPLOMA JER, BUKANNYA NAK FAHAM KEADAAN SAYA NI, AWAK NI SELFISH TAHU TAK ? HANYA NAK SAYA INGAT BIRTHDAY AWAK … HEY , MEMANG TAK LAA , DALAM KEPALA SAYA NI BUKAN AWAK JER TAU , BANYAK BENDA LAGI , SAYA NI NAK KEJAR CITA-CITA SAYA JER BUKANNYA MENGEDIK DENGAN LELAKI LAIN . TAK MACAM AWAK TU , PERGI MENGGEDIK DENGAN PEREMPUAN DEKAT UNIVERSITI AWAK TU , AWAK INGAT SAYA TAK TAHU KER ? NAMA DIA QISTINA KAN ? ELEHH ,,, DAH LAA RIZ , PERGI LAA DENGAN PEREMPUAN TU . ELOK LAH SAME-SAME DIPLOMA.TAK PAYAH LA NAK IDAM KAN YANG TINGGI KALAU YANG BAWAH TU MEMANG LAYAK LAA UNTUK AWAK.HUH !! ”MESEJ YANG DIBALAS OLEH BIKASH TELAH MEMBUAT AIRMATA LELAKI INI GUGUR JATUH DENGAN LAJU……LALU RAYYAN TETAP CONTROL UNTUK TIDAK KELIHATAN SEDIH DIDEPAN KEKASIHNYA DAN MEMBALASNYA “OH , MACAM MANA AWAK TAHU ? ITU KAWAN JELAA . AWAK SORANG JER KEKASIH SAYA.DAH LAAAA , SAYA MINTAK MAAF LAA SEBAB GANGGU AWAK.TAKPER LAA , AWAK SAMBUNG LA DENGAN KERJA AWAK TU, SORRY SAYANG . GOODNIGHT.I LOVE U :’) ”……RAYYAN SANGAT PANDAI UNTUK MENYEMBUNYIKAN PERASAAN NYA , KERANA DIA TIDAK MAHU MEMBEBANKAN BIKASH DENGAN MASALAH-MASALAH YANG LAIN ….BIKASH GERAM DENGAN PERANGAI RAYYAN YANG SEOLAH-OLAH MEMERLI DIRINYA DAN MEMPUNYAI KEKASIH HATI DI TEMPAT BELAJARNYA.DARI TIDAK MELAYAN LELAKI , HINGGA LAH MELAYAN LELAKI .. BIKASH SEORANG GADIS YANG SETIA PADA SATU IAITU PADA RAYYAN..TETAPI DEK KERANA CEMBURUNYA DAN SAKIT HATI DENGAN RAYYAN DIA SUDAH BERANI UNTUK MEMBALAS MESEJ IKHMAL HAKIMI IAITU LELAKI YANG MEMINATI NYA.
“ASSALAM BIKASH, AWAK BUSY KE SEKARANG ?” TANYA IKHMAL ….”BUSY LAAA , KENAPA? AWAK ADE MENDE KE NAK BAGITAHU SAYA?” UJAR BIKASH.” ERMM , ACTUALLY SAYA NAK TANYA AWAK AND HOPE AWAK TAK MARAH LA …. AWAK DAH ADE BOY KER ?” …..TANYA IKHMAL KEMBALI ….BIKASH RIMAS DENGAN SOALAN CEPUMAS BEGINI …..DIA CUBA BERDALIH DAN MENJAWAB “ERM, AWAK , SAYA NAK PERGI LIBRARY KEJAP ERHH SY NAK SEARCH SOMETHIN’ … SORRY , JUMPA NANTI KAYY “…JAWAPAN BIKASH MENGHAMPAKAN HATI IKHMAL , TAPI IKHMAL JENIS LELAKI YANG TIDAK MUDAH MENGAKU KALAH . BAGINYA SEMAKIN SUSAH UNTUK DIDEKATI SEMAKIN DIA NAK UNTUK DIJADIKAN KEKASIH BAHKAN SEBAGAI ISTERINYA JUGAK .”HISHHHHH, GERAM NYE LA DENGAN SI IKHMAL SENGAL NI , TAK HABIS-HABIS DENGAN CUPCAKE NYE LAAA , BUNGA LAA … LANTAS BIKASH MEMBALING SEMUA PEMBERIAN IKHMAL KE DALAM TONG SAMPAH DI HOSTELNYA.SORRY LA IKHMAL , HATI AKU DAH MEMANG SEMUANYA AKU DAH BAGI DEKAT MUHAMMAD RAYYAN RIZQI “ BENTAK BIKASH…..BIKASH TERSEDAR SELEPAS DIA MENYEBUT NAMA LELAKI ITU .. DIA TERAMAT RINDUKAN RAYYAN.SELEPAS PERISTIWA BIKASH MEMARAHI RAYYAN , RAYYAN TIDAK MENGANGGU NYA LANGSUNG SEHINGGALAH SEKARANG.BIKASH MENGALIRKAN AIR MATANYA DENGAN SEMAHUNYA…”YA ALLAH , APA YANG AKU DAH BUAT NI , KENAPA AKU MERENDAHKAN RAYYAN SAMPAI BEGITU SEKALI , AKU TAK SEPATUTNYA LAYAN DIA SEBEGITU RUPA …KESIANNYA DIA….”UCAP BIKASH DALAM NADA PERLAHAN DAN SEOLAH MENANGIS……..BIKASH LEKA DENGAN KERJA-KERJANYA SEMENTARA ITU DIA MENDENGAR LAGU KEGEMARANNYA DAN MENYANYI PERLAHAN MENGIKUT LIRIK LAGU TERSEBUT…..NYANYIAN BIKASH MENGEJUTKAN RAKAN SEBILIKNYA…”KASHHHHH, DIAMLAHHHH!!!! “……JANGAN KAU DENGAR FITNAH DUNIA………..SEBENARNYA AKU MERASA SINAR CAHAYA YANG GEMILANG ….KETIKA KAU BERIKU HARAPAN…DAN SERING AKU HARAPKAN…..CINTA BERLANDASKAN KEIMANAN…DAN KASIH SUCI KITA KAN DIBERKATI….KU CUBA SEDAYA……..AGAR DIRAHMATI  PERHUBUNGAN YANG TELAH TERBINAA … OHHHHHHHHHOOO….KERNA PASTI AKU YANG AKAN MERASAKAN PEDIHNYA HILANG INSAN SEPERTIMU….. ……”JAP LAHHHH ADIII , AKU TENGAH LAYAN LAGU NI JAPPP , BEST TAU LAGU NII, MY FEVERET SONG NI “ BIDAS BIKASH ………LAGU YANG DINYANYIKAN OLEH BIKASH ADALAH LAGU YANG DIBERI OLEH RAYYAN KETIKA MEREKA DI ZAMAN SEKOLAH….SELEPAS BIKASH SELESAI MENYIAPKAN KERJA NYA BIKASH RASA INGIN MENGHUBUNGI RAYYAN….LANTAS DIA MENCAPAI TELEFONNYA ….”ASSALAMUALAIKUM AWAK , AWAK BUSY KER ? AWAK SIHAT ? “ ….BIKASH TANYA KEPADA RAYYAN….”WAALAIKUMMUSALAM….SIHAT ALHAMDULILLAH …..TAK BUSY PUN LAAAAA……AWAK SIHAT ? SAYA RINDU LA DEKAT AWAK BIKASH…..”KATA RAYYAN…BIKASH SENYUM KECILLL KERANA RAYYAN MERINDUINYA……HIHIHI..NAKAL JUGA BIKASH NI….”SAYA SEBENARNYA NAK MINTA MAAF SANGAT PASAL HARITU , SAYA MINTA MAAF SEBAB LUPA BIRTHDAY AWAK , SAYA MARAH-MARAH SEBAB SAYA TAK SUKA BILA KAWAN SAYA YANG BELAJAR DI TEMPAT AWAK TU , SUE TU LAAA , DIA TAK HABIS-HABIS BAGITAHU SAYA YANG AWAK ADA KEKASIH DEKAT SANA…..THATS WHY LA SAYA NAIK ANGIN DAN SAJE JELA BUAT LUPA PASAL BIRTHDAY AWAK BIAR PADAN DENGAN MUKA AWAK …TULAA , NAK CARI PASAL SANGAT DENGAN SAYA….”UJAR BIKASH….”AMBOI , SAYANG SAYA SORANG NI , JELES RUPANYA , TAK DE LAAA .QISTINA TU RAKAN SAYA DALAM SIAPKAN PROJEK MIDSEM KITAORANG DAN GROUP SAYA ADA DALAM 5 ORANG .KEBETULAN DALAM GROUP SAYA TU ADA SORANG JE PEREMPUAN .TU YANG NAMPAK PELIK SIKIT.TAK PAYAH LA RISAU KAYY, SAYA TETAP SAYANG AWAK SORANG JER , TAKDE YANG LAIN DAHH ..”KATA RAYYAN BAGI MEYAKINKAN BIKASH..”LEGA SIKIT SAYA DENGar, saya pun ada laaa budak laki ni nak berkawan la kot , dia bagi saya cupcake …hahaha …..dia ingat saya makan ke mende-mende macam tu ….saya kan hanya makan ape yang awak buat jer…heeeeee” jawab bikash….”yeker ? ape name dia ? mesti dia lagi kacak kan ? dahhh laa .. takpayah layan sangat dia , nanti dia ingat awak sukakan dia pula … awak kena ingat yang saya hanya cintakan awak rayyan … okay laa sayang , dah malam ni , esok awak ade kelas kan ???nanti ade mase saya kol okayyy …”balas rayyan..”yela , dan saya nak bagitau satu jer kat awak , even macam mane pun saya marahkan awak please jangan tinggalkan saya … saya tak boleh tanpa awak disisi….okay la ..saya sayang awak …. Goodnight ….sweetdream atuk … hehehehe” sakat bikash…………….selepas mematikan telefonnya rayyan meneruskan assignment yang tertangguh tadi ….dia agak stress kerana assignment nya perlu dihantar esok ….rayyan meneliti laptop dan menaip setiap perkataan yang perlu dikarang tidak semenanya kepala nya pening yang teramat sangat sehingga tangannya menggigil akibat menahan kesakitan di kepalanya…..rayyan menjerit memanggil nama izzat sahabatnya berkali-kali tapi , tidak didengari oleh izzat.dia mencuba untuk mendial nombor hospital tapi malangnya tidak sempat , dia telah pengsan di meja studynya….pada keesokannya  izzat  ingin mengejut sahabatnya untuk menunaikan solat subuh tetapi dia melihat rayyan di meja study dengan mukanya berpeluh.dia cuba mengejut dan menggoyangkan tubuh rayyan berkali-kali . tapi rayyan tidak menyedarkan diri.izzat terus menelefon ambulans untuk membawANYA ke hospital kerana risau akan kesihatan rakannya … izzat tidak berani untuk menghubungi ahli keluarga rayyan kerana rayyan pernah memberi amaran untuk tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kesihatan dirinya termasuk keluarganya sendiri.”izzat, kau dah tahu semuanya , aku harap kau simpan ini semua dari sesiapapun . aku harap sangat.” Pinta rayyan ..”in sha allah , tapi aku tak janji bro…”balas izzat…
”selamat menjawab periksa si cantik , saya suka tengok awak senyum, senyum banyak-banyak okay” sepotong ayat yang terdapat di celah bunga yang diberi kepada bikash ….”ni tak lain tak bukan kerja si ikhmal la ni , hishhh , tak pernah nak putus asa…..”kata bikash perlahan….”memang saya takkan pernah putus asa awak , sampai saya dapat awak bikash”kata ikhmal…”ish , jangan nak mengarut , saya takde perasaan dekat awak langsung dan saya tak nak laa dekat awak”kata bikash dengan nada marah.”jangan la marah bikash , saya manusia biasa juga ada hati dan hati saya dah terpaut pada awak, saya dah tertarik dengan cara awak yang garang seperti singa tu , itu yang menampakkan awak ni tak suka lelaki mendekati awak kan ? saya tak kisah KALAU awak tak nak kan saya pun , yang pasti saya dah memang jatuh cinta pada awak bikash” ujar ikhmal …..bikash tergelak kecil dengan kata-kata ikhmal kerana ikhmal menuturkan kata-kata dengan penuh yakin dan itu membuatkan lucu dimata bikash.bikash jadi tertarik kepada ikhmal kerana kata-katanya sama seperti kata-kata rayyan , saya dah tertarik dengan perangai awak tu seperti singa betina kelaparan , lagi garang lagi saya suka..itu menampakkan awak tak suka lelaki mendekati awak . that’s means awak pandai jaga diri awak …..i like your style…”jauh awak termenung, fikirkan saya ker …hehehe “ usik ikhmal …”erh , tak de makne laaaa , saya fikirkan kawan saya jer….saya balik dulu laa nak makan “jawab bikash..”laaa , nanti la dulu bikash , saya belanja makan jommm.. please , jangan tolak , at least as a friend , okay ? I promise not more than that …” Tanya ikhmal …” ermmmmm , okay “ jawab bikash ringkas …..restoran seafood ni di luar kampus , so , bikash takut jugak nak makan dengan lelaki kerana khuatir dilihat oleh rayyan dan menyakitkn hati rayyan kerana dia sudah berjanji sudah tidak mahu menyakitkan hati rayyan lagi…”ermmm ,saya nak ni last saya makan dengan awak , next dah takde okay.”soal bikash bagi memecah kesunyian di dalam kereta ikhmal…”okay , baik bos . garangnya awak ni…bikash, izinkan saya mencintai awak ….ermm, awak jangan salah faham , saya tak kisah awak ada orang lain , and saya takkan ganggu awak dengan pasangan awak , tapi saya Cuma ingin mencintai awak . itu saje, saya tak kisah walau dalam diam.boleh?”soal ikhmal …”erm , saya tak faham la awak ni , ikut awak laa . jangan salahkan saya kalau saya kahwin dengan orang lain…”kata bikash…”no , no worries bikash , awak anggap je saya ni kawan biasa saje , biarlah saya je yang anggap awak kekasih saya , kekasih sejati saya..saya tak marah kalau awak nak cakap saya gila pun…”ujar ikhmal…bikash menjawab”saya tak fikir awak gila , maybe ade sebab awak buat semua ni..”mereka telah sampai di restoran seafood , ikhmal memesan satu udang galah dan kerang bakar bersama air milo ais tabur..”ermm, peliknya makanan dan minuman dia sama macam rayyan …kebetulan la kot..”bisik hati bikash….”awak boleh makan ke udang galah ? “Tanya bikash kepada ikhmal…”semestinya boleh , kenapa ? awak nak share dengan saya ke ? saya okay jer , lagipun saya alah pada menda ni walaupun saya suka makan makanan seafood ni” jawab ikhmal…”sahh . sama sebijik dengan rayyan” bisik hati bikash…..”ermmm , kenyangnya saya , thanks ikhmal belanja saya makan .”kata bikash….”its okay la sayang , saya akan buat apa saja untuk cinta hati saya” balas ikhmal ..”erhh , ermm okay byee “ balas bikash….”kenapa dengan mamat ni , gila ke ape ?? “ bisik hati kecil bikash…..
“wahhhh , kemain seronok kawan aku sorang ni dapat makan dengan ikhmal yang hensem tu , citer la ape jadi ????” sakat amber , rakan bilik nya ….”ape yang wahhnyaaa , nothing special jika nak dibandingkan dengan si rayyan aku tu “ jawab bikash …”kau ni kash , tak habis-habis dengan kekasih lame kau tu , dah lapuk okay , dah takde maknenya tu semua , kau tu cinta monyet jer dengan dia , mane taknya , kalau dia serius dengan kau of coz laa dia datang jumpa kau bawak kau pergi makan ke jalan-jalan ker…..lagipun bukannya jauh sangat tempat dia belajar tu dengan kampus kita … “teka amber ….”ish , kau ni ber , biar la si kash ni decide sape kekasih berulam jantung dia , yang kau sibuk sangat nape ??”bidas adi ..”haaa , aku dah cinta mati dengan rayyan , takkan ade sesiapa boleh pisahkan aku dengan dia”jawab bikash….”naik remang bulu roma aku , dah la jiwang-jiwang karat kau tu , kau ingat wujud lagi ker lelaki yang baik yang macam kau cakap tu ???” Tanya amber …”mesti lah wujud , rayyan laaa , dah laa , malas aku nak layan kau ber . aku nak mandi dulu byee “ balas bikash…….
“tidak pernah kupinta untuk mencintai mu , tapi semua ini sudah ditakdirkan olehnya dan aku cinta mati kepadamu…..heeeee …. Rindu awak …..sorry tak text awak ,, petang tadi ikhmal tu ajak jugak saya makan , saya tak nak tapi dia kata takde ape pun , just as a friend , so , saya makan jela .. saya tahu awak tak suka saya makan dengan lelaki lain . next time saya tak jumpa dia dah okay dan saya tak pergi makan dah dengan dia.okay la nites atuk . sayang awak :*) ” rayyan hanya tersenyum mebaca sms dari bikash . “ish , masih perangai budak-budak “bisik hati rayyan .. rayyan membalas mesej bikash “okay nites nenek . saya pun sayangkan awak sampai akhir nafas saya nanti ”bikash terus membuka sms dari rayyan lalu membacanya , bikash rasa takut dengan text yang dihantar oleh rayyan .. bikash pun membalas kembali mesej rayyan “lain kali jangan cakap pasal mati dah , saya nak awak hidup lame dengan saya , ada anak dan kita ada cucu nanti , dan saya dapat tengok gigi awak yang buruk dan uban dikepala awak nanti , jangan risau takde sape yang akan pergi , saya selalu doa awak panjang umur rayyan ”rayyan membaca text bikash dan tidak semena-menanya air matanya mengalir….aku bahagia bersama kau sayang sambil memegang geLang yang dibuat oleh bikash(ray&kash)
“ape ???? awak nak kawin ? serious ke ni ? “ Tanya bikash terkejut …. “betul sayang , saya dah decide dah .. lagipun saya kerja sambil belajar , saya boleh tanggung awak “ kata rayyan ….bikash suka dengan ajakan rayyan untuk berkahwin kerana ini adalah impian nya daripada dulu.Cuma dia risau keluarganya tidak bersetuju dengan semua rancangan ini . “okay , saya tahu . tapi , saya kena bincang dengan umi dan ayah saya terlebih dahulu … then , lepas settle tu kita kawin kayy . and saya still belajar lagi , BOLEH?”soal bikash …”baik sayang , semua permintaan awak akan ditunaikan .saya dah tak sabar nak kawin dengan gadis pujaan saya.”jawab rayyan .”kalau macam itu , this week awak hantar saya balik la boleh saya Tanya terus umi dan ayah saya . boleh ?”Tanya bikash .. “mesti la boleh sayang . okay kita pergi jumpa umi dan ayah awak same-same”ujar rayyan … “dah laa , saya nak balik dah ni , awak hantar la saya balik kampus , esok saya ade kelas pagi pulak tu “ ajak bikash ..”tak nak , awak teman laa saya kat kampus saya , saya duduk sorang jer , kawan saya takder NI , DIA balik kampung, jom la sayang ??” ajak rayyan…”ape ni awak , tak nak laa macam ni , kita tak kawin lagi okay , jangan nak melebih , saya cubit kang …” marah bikash..”alololo , lame tak tengok dia marah macam ni , dah macam mak-mak orang dah ….yer , saya takkan buat macam tu dekat awak , dah laa jom saya hantar awak balik “ kata rayyan kepada bikash…..
Akhirnya , selamat mereka dinikahkan , ramai sanak saudara yang hadir dan rakan-rakan bikash dan rayyan yang mengHAdiri majlis perkahwinan mereka.cumanya , majlis yang diadakan adalah majlis kecil-kecilan sahaja.”awak , tolong la saya angkat barang ni , berat ni , kang saya cedera awak jugak yang susah…”ugut bikash..”oh , dah pandai ugut abang errr , nak kena ni ….” Sakat rayyan … rayyan mengejar bikash di sekeliling dalam rumahnya . mereka telah bernikah dua minggu dan kini mereka mempunyai rumah sewa di petaling jaya . rumah yang dihias cantik oleh rayyan dan diberi hadiah kepada bikash , isteri kesayangannya.”ape ? abang ? uwerkkk ….tak nak la saya panggil awak abang “ ujar bikash…”dah tu nak panggil ape ,? Nak panggil hoi  . sebagai isteri awak kenalah panggil saya abang . okay ?”soal rayyan . “yela awak , opsss , abannnggggg….”ejek bikash…
Sudah tiga bulan mereka berkahwin , layanan yang diberi kepada bikash sangatlah baik .bikash sangat bersyukur kerana menikahi dengan seorang lelaki bernama rayyan.pakaian , makanan , tempat tinggal yang diberikan adalah yang terbaik .”abang , saya nak keluar boleh ? “Tanya bikash ..”tak boleh. duduk rumah jela.sayang kan nak exam next week jangan la nak bebas sangat keluar dengan kawan-kawan. Fokus la pada exam tu.jawab rayyan.”awak ni kan , semua tak boleh! Itu tak boleh ! ini tak boleh! . awak ingat saya ni budak-budak ker ??? saya nak keluar dengan kawan-kawan jer….awak tu kehulu kehilir dengang betina lain boleh pulak ??”bentak bikash…panggggg….satu penampar hinggap dipipi bikash…..air mata jatuh berguguran dipipi bikash .lalu dia meninggalkan rumah itu dan dia berlalu meninggalkan suaminya di rumah seorang diri…telefon bimbitnya dimatikan . dia sangat kecewa dengan tindakan suaminya yang menampar pipinya …pada malam itu dia tidak pulang ke rumahnya , malah dia bermalam di kampus nya.pada keesokannya , dia pergi ke kelas seperti biasa, bikash meminjam baju rakan biliknya .”adi , aku Nak pinjam baju kau boleh ? hehehe “ pinta bikash.kebetulan amber berada disitu jugak , amber pun menyakat la si bikash ni , “kau ni kenapa , kenapa tak pakai baju dekat rumah kau jer , kenapa nak pinjam-pinjam pulak , takkan gaduh kot dengan suami tercinta ??? “ peril amber….bikash geram dengan kata-kata amber lalu membalasnya “kau tahu ape ber , kau bukannya kawin lagi , sedangkan lidah kau tu pun tergigit , apatah lagi suami isteri macam aku dengan husband tercinta aku tu . huhhhh “ lalu bikash berlalu pergi …dalam perjalanan ke kuliah , dia terserempak dengan ikhmal , “kelas batal sayang , hehe . “ ujar ikhmal . “awak ni kenapa haaa ?? saya dah kawin pun . stop la panggil saya sayang “ marah bikash.”rileks laa , xde beza pun bagi saya , sorry la saya tak datang ke majlis awak , saya sibuk sikit , semoga bahagia dengan suami tercinta . saya tumpang bahagia sayang. Hehe”ujar ikhmal . bikash bengang dengan tindakan ikhmal .. bukan dia tidak tahu perasaan ikhmal terhadapnya . tapi ikhmal yang masih menaruh harapan.”suka hati awak la ikhmal , saya warning awak , jangan cuba musnahkan rumah tangga saya “ bentak bikash kepada ikhmal.ikhmal hanya tersenyum dan membalas “ya , sayang”jawab ikhmal ringkas . “aku tetap tunggu kau bikash , walau beribu tahun pun , aku memang sayang dan cinta mati dengan kau “ kata hati ikhmal.
Bikash berasa badannya panas dan dia cepat-cepat berjalan kearah keretanya dan memandu laju untuk sampai kerumahnya.sesampai jer dia dirumah , dia terus berlari ke tandas untuk memuntahkan semua isi perutnya , dia berasa loya dan pening. Bikash bersiap-siap untuk ke klinik .sebelum ke klinik bikash sempat menghantar mesej kepada suaminya , “abang , saya minta maaf pasal haritu , saya silap dan saya marah awak melulu , saya nak buat check up kat klinik jap , takut sy ni morning sickness ke ape ker , awak tunggu saya balik yer ”bikash terus memandu laju dan sampai la di klinik azhar berdekatan dengan rumahnya , bikash gembira mendengar apa yang dikatakan oleh doktor lantas dia menelefon suaminya untuk memberitahu khabar gembira ini.”takper la , dia mungkin tidur kut , heee , tak sabarnya … “ bisik hati bikash .bikash gembira melihat kereta suaminya terletak di laman rumahnya.lalu dia berlari meluru ke biliknya dan tidak disangka suaminya tidur bersama perempuan lain di sisinya.”abang, ape semua ni ???” marah bikash . “ ape nye , ni kawan abang jer , takder ape laa , sabar sayang , sayang nak bagitahu berita ape ? “ kata rayyan dengan nada lembut . “kawan ? persetankan kawan macam ni , dasar lelaki binatANG , BOLEH KAU BERZINA SEDANGKAN ANAK KAU DAH NAK MEMBESAR DAH DALAM PERUT AKU NI …..MEMANG MENYESAL AKU KAHWIN DENGAN KAU GILER , PERGI MAMPUS LA KAU DENGAN BETINA MURAH NI…..”BENTAK BIKASH SAMBIL MENGEMAS BEG-BEGNYA….”SUDAH LA SAYANG , SAYANG NAK PERGI MANA  ? NAK TINGGALKAN ABANG KER NI ? PUJUK RAYYAN . “AKU NAK KAU CERAIKAN AKU SEKARANG JUGAK , AKU BENCI DENGAN KAU , SAMPAI KAU MATI KAU TAKKAN BAHAGIA MUHAMMAD RAYYAN RIZQI BIN AHMAD DARUS.HAMBUR BIKASH ..AIR MATA TIDAK BOLEH DIKATA LAGI BERAPA BANYAK DIHABISKAN UNTUK LELAKI ITU , BIKASH KINI AMAT MEMBENCI LELAKI YANG PERNAH DICINTAINYA DULU . “ABANG TAK TAHU NAK CAKAP APE , ABANG MINTA MAAF SAYANGKU BIKASH “UCAP RAYYAN DENGAN NADA LEMAHHHH
PAGI-PAGI MACAM NI BIKASH MENGAMBIL PELUANG UNTUK MENGHIRUP UDARA YANG NYAMAN MEMANDANGKAN RUMAHNYA MEMPUNYAI POKOK-POKOK YANG SUBUR DAN SIHAT UNTUK PENGUDARAAN .DAN IANYA BAGUS UNTUK KANDUNGAN YANG DIKANDUNGNYA .KANDUNGAN BIKASH JUGA SUDAH MENJANGKAU 8 BULAN.KINI, INSAN YANG SETIA MENJAGANYA SEHINGGA KINI ADALAH UMI DAN AYAHNYA DAN BERSAMA TEMAN BARUNYA IAITU IKHMAL HAKIMI.IKHMAL HAKIMI DATANG DISAAT HATINYA DILUKAI OLEH INSAN YANG AMAT DISAYANGINYA.KINI IKHMAL HAKIMI MENJADI SEBUTAN DI BIBIRNYA.WALAUPUN DIA SUDAH DAPAT MENGGANTIKAN TEMPAT Rayyan di hatinya , jauh di sudut hati bikash dia amat merindui rayyan.tapi , kerana kebencian yang teramat dia telah meletakkan seribu kebencian kepada cinta yang telah meraka semai pada suatu ketika dulu.”sayang , nak baju kawin kita warne ape ? hijau ? biru ? pelangi ? soal ikhmal …bikash tengah sarat mengandung , namun dia tetap gagahkan jua demi memberi ayah untuk anak yang bakal dilahirkan nanti.”ape-ape je abang , saya tak kisah , asalkan cantik ..”jawab bikash dengan senyuman manisnya di bibir.agak lama untuk menyelesaikan tentang pakaian dank ad jemputan kahwinnya .walaupun ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi bikash , tapi tidak bagi ikhmal .dia inginkan sebuah perkahwinan yang bermakna dalam hidupnya.”sayang nak air ? abang beli kejap erh ?tanya ikhmal ..bikash memang dahaga pada cuaca terik begini , “saya nak ikut jugak laa , saya nak makan abc feveret saya kat depan sekolah tu , boleh ? “ Tanya bikash…bikash amat menyukai abc yang dijual di depan sekolah rendah.warung abc itulah merupakan tempat lepak bagi bikash dan rayyan pada zaman sekolah dahulu.”erh , mesti la boleh . tapi awak tunggu jelaa yer , biar abang beli .”jawab ikhmal….”saya nak ikut jugak”rayu bikash…ikhmal tiba-tiba berat hati untuk mengajak bikash ikut sekali …”jangan degil sayang , nanti kalau ape-ape berlaku saya jugak susah . tunggu jer okay “ pesan ikhmal kepada bikash..bikash akur dengan arahan ikhmal hakimi.
“Bro , dia mengalami kemalangan teruk bro …..macam mane ni , kau nak buat ape ni ? “ ujar izzat kepada sahabat baiknya.”bikash dekat mane ? diaorang tak jadi kahwin la kalau macam tu ?? “ Tanya rayyan . “mesti la tak jadi bro , dah pengantin kan kemalangan.”balas izzat.kemalangan yang terjadi mengakibatkan kematian pemandu kereta bmw , dan pemandu kereta waja cedera parah…ikhmal cedera dan kehilangan kedua-dua matanya.”sabar kash , aku tahu berat untuk kau hadapi ujian sebegini , kau banyak-banyak bersabar yer , “ nasihat adi.bikash menangis tersedu dan tangisan nya ini sama dengan tangisan dulu semasa kehilangan suaminya dulu.”dulu aku diduakan suami , sekarang aku hampir kehilangan orang yang sayangkan aku” ucap bikash dengan teresak esak.
3 minggu kemudian , ikhmal semakin sembuh dan matanya kembali seperti sedia kala.dia mempunyai mata kembali , dan dia bersyukur dengan nikmat yang allah telah pinjamkan untuknya.dia berjanji untuk menunaikan segala permintaan pemilik mata tersebut.bikash gembira pada hari ini kerana doktor memberitahunya bahawa balutan di mata ikhmal boleh dibuka , “macam mane ENCIK IKHMAL , DAH TAK SABAR KE NAK TENGOK CIK BIKASH NI YER ? NANTI SAYA BUKAKAN BALUTAN NI YER .. “ KATA DR.FARIDAH KEPADA MEREKA BERDUA.BALUTAN TERTANGGAL DARI MATA IKHMAL LANTAS , IKHMAL MEMBUKA MATANYA , DAN BIKASH TERSENYUM GEMBIRA.BIKASH SUKA MELIHAT MATA IKHMAL DAN BERTANYA KEPADA IKHMal siapa yang Baik hati menderma mata kepada ikhmal.namun , ikhmal tidak memberitahu kepada bikash.bikash teringat kembali pada rayyan kerana mata baru yang dimiliki oleh ikhmal memang sebijik dengan mata rayyan . dengan warna hazel coklat.hanya ada pada mata rayyan.bikash keluar dari bilik sakit ikhmal dan berjalan keluar.semasa hendak masuk ke bilik sakit ikhmal  , dia terdengar ikhmal menangis  dan bercakap dengan lelaki yang amat dikenali.”lebih baik kau jujur , nanti kau akan merana , tolong lah aku mohon pada kau .sampai bila kau nak tipu kash ni ? “kata ikhmal kepada lelaki itu..bikash terus masuk ke bilik sakit itu .”oh , kau rupanya jantan , kenapa tak kau je yang mati kemalangan . kau berambus sekarang , jangan kau nak kacau hubungan aku dengan dia.”hambur bikashbikash kelihatan pelik melihatkan rayyan memakai topi dan spek mata hitam.sudah tukar style ke mamat sengal ni , al maklumlah dah dapat makwe baru, bisik hati bikash.”jangan macam tu bikash , walau macam mane pun anak yang awak kandungkan tu tetap anak rayyan.”nasihat ikhmal kepada bikash.”no way, ni anak saya ikhmal . bukan anak dia . anak ni tak pernah ada ayah sejahat dan sejijik dia. “ herdik bikash. “cukuplah awak , saya akan pergi , semoga bahagia sayang . saya dah tak boleh menangis dah sekarang.”kata rayyan. Bikash tidak tahu kenapa dia berasa teramat sedih dengan rayyan dan perasaan benci itu sudah hilang begitu sahaja.bikash juga melihat ikhmal menangis teresak esak. Matanya banyak mengeluarkan air mata . dan mata yang berkaca itu amat dikenali .”ikhmal , saya merayu pada awak , tolong bagitahu saya , mata tu milik rayyan kan ? “ Tanya bikash dengan teresak esak. Ikhmal dengan berat hati menjawab.”memang betul , awak kena kejar dan Tanya dia sebelum terlambat “kata ikhmal . jawapan ikhmal membuatkan jantung bikash semakin mengepam laju…..”kenapa dengan rayyan ??”Tanya bikash .”rayyan kanser otak . dan dia hanya ade mase beberapa hari jer.”ujar ikhmal.”betul ni ? ikhmal , saya Tanya ni ?” bikash bertanya kepada ikhmal dan ikhmal mengangguk lemah. “ya allah , ape yang aku dah buat ni , ampunkan aku ya allah , abangggggg…….”kata bikash dengan kuattt ….air matanya berlinang laju bagaikan air hujan yang jatuh ke bumi.
Sesampainya dia di rumah lamanya , dia berlari ke biliknya yang telah ditinggalkan dulu .dia menerpa rayyan , lalu terus memeluk rayyan seerat dan semahunya.”tolong , jangan cakap ape-ape sayang.Cuma teman saya malam ni jer.”pinta rayyan . “baik lah awak .”jawab bikash.bikash bentangkan comforter di bawah dan tidur sambil memegang tangan rayyan.inilah kali pertama rayyan tidur dengan lena sekali.bikash takut untuk tidur kerana risau rayyan akan tidur untuk selamanya.lalu,bikash memegang erat tangan rayyan.”sayang, tidurlah”tegur rayyan.bikash tertidur dengan nyenyak.bikash tersedar apabila tangan rayyan terlepas dari tangannya..bikash lantas bangun untuk periksa nadi dan pernafasan nya.bikash menelefon ambulans untuk membawa rayyan ke hospital . tibanya di hospital , rayyan memberi pesanan terakhir kepada bikash iaitu , “sayang , namakan anak kita , Muhammad rayyan rizqi .abang sayang awak bikash nur iman . awak pertama dan yang terakhir .”ucap rayyan untuk yang terakhir kalinya . bikash bagaikan sesak nafas lalu bikash melahirkan anaknya di dalam ambulans .
Selesailah kisah antara aku , dia , dan dia , aku akhirnya berkahwin dengan ikhmal hakimi. Lelaki ini rupanya sepupu rayyan . rayyan dah tahu awal lagi dia mengidap kanser otak.dia membuat chemotherapy selama sebulan.patut la dia tak jumpa aku langsung mase tengah belajar .tapi , aku tak pernah tahu pun dia sakit.pandai dia sembunyikan semua itu dari aku . kini aku pun dapat pengganti sama persis sepertinya Cuma takkan ade sesiapa yang dapat menggantikan tempat Muhammad rayyan rizqi di dalam hati bikash nur iman.hanya dia bertakhta di hati bikash nur iman.ikhmal hakimi cukup memahami dan tidak cemburu apabila aku menyebut semua kenangan yang aku lalui bersama rayyan.walaupun aku tak dapat bersama dengan rayyan tapi dia masih bersama aku.aku takkan dapat lupakan dia kerana setiap pagi aku akan Nampak matanya dulu sebelum mende lain.hebat kan cinta.inilAH CINTA AKU DAN DIA . DAN CINTA DIA ADALAH DIANTARA KITA.



HASIL NUKILAN OLEH ,

FNA NASUHA