salam dan selamat tengah hari semua :)
kekadang niat untuk menulis blog bukan dituju atau berniat untuk tuju kepada orang .
Ianya lebih kepada pengalaman si penulis atau cerita yang didengar bukan juga rekaan .
maaf kiranya banyak dalam blog sy berkisarnya tentang cinta mungkin faktor usia sy yang
berada pada keadaan ini . cinta bukan racun tetapi madu kepada si pengguna yang baik . sy tak nk blame org klau dia gagal dlm bercinta kerana hanya org tertentu saje tahu masalah yg dihadapinya . sometimes wanita terlebih memberi perasaan dlm percintaan . and dah tahu mcm tu si lelaki pula tidak menghargai sebaliknya lebih menunjukkan keegoaan nya yg tidak bertempat . erm , dont know lah . semua salah sbb si perempuan meletakkan cinta lelaki terlalu tinggi mengalahkan cinta kpd ibu bapa , cintanya terhadap tuhannya malah pda agamanya . itulah silap si perempuan itu . kita tidak mampu menghukum kerana pada dasarnya perempuan itu kekadang tidak sedar akan segala salah dan silapnya dek kerana cinta yang dipupuk setelah sekian lama . Disaat wanita itu mendapat kekuatan untuk berubah , cinta yg dulunya yg membuatkan dirinya lemah itu kembali semula utk memberi sinar baru padanya . Justeru wanita itu kembali jatuh kedalam dosa dan noda yang sama . sbg sahabat dan teman yg baik jangan pernah tinggalkan sahabat ini jika dia dlm keadaan sebegini . sungguh wanita ini ingin sekali berubah namun dia tidak punya kekuatan . Dia terlalu rapuh . Kesilapan besar yang pernah wanita ini lakukan adalah telah memberikan cinta suci itu pada lelaki yang salah . Namun , tiap kali wanita ini jatuh , dia kembali bangkit untuk teruskan hidupnya seperti orang lain , bergembira bersama sahabat . Jauh dari sudut hatinya bahawa dia bersyukur diperkenalkan dgn org seperti dia tanpa menyalahkan dirinya sendiri . Tidak terdetik di hati untuk mengharapkan karma untuk membalas setiap pendustaan itu . Kerana dia mengharapkan kebaikan yang berlaku setelah perpisahan . Lantas , dia sangat berharap selepas perpisahan dia kan bertemu suatu kebahagiaan yang menjadikan hatinya tenang dan lapang . Jangan pernah menyalahkan tuhan dan takdir kiranya gagal dan kecewa dalam kehidupan walhal takdir takkan berlaku jika kita tidak memilih jalan itu . Ramai yang cakap "sudah-sudah lah tu , move on laa " . Kekadang mulut mudah untuk berbicara tetapi hakikatnya hati dan jiwa perlu kental untuk leave it all . Hari semakin berlalu pergi meninggalkan tiap kenangan dan harapnya segalanya dapat dilupakan . . . .
kepahitan memenjara kehidupan , cinta membebaskan .
kepahitan melumpuhkan kehidupan , cinta memberi kekuatan .
kepahitan mendukakan kehidupan , cinta memaniskan .
kepahitan menyakitkan kehidupan , cinta menyembuhkan .
kepahitan membutakan kehidupan , cinta mencelikkan .
jangan silap tafsir . cinta itu luas . luaskan makna cinta itu pada seluruh hidupmu . cinta pda kedua ibu bapa sangat mulia . .
Sometime kita perlu belajar daripada kesilapan diri kita sendiri .
betulkan kesilapan .
#tiap kali jatuh jangan pernah malu untuk bangkit kerna hakikatnya kita manusia tidak lari dari buat kesilapan dan setiap kesilapan kita hanya Allah berhak menghukumnya bukan manusia . sekeji , sejijik , sejahat dan betapa besarnya dosa kita mohon agar Allah mengampunkan segala dosa kita justeru pandang kita dengan simpati dan rahmatnya .