Kenapa air mata masih mengalir meskipun kau tahu yang diri ini ikhlas mencintai mu .
Kau yang membuat semua ini terjadi.
Jangan salahkan takdir andai aku tidak lagi
Bersamamu . Aku tidak pernah pinta kata
Perpisahan .
Sekian lamanya kita bersama namun kerana
Sikapmu kata perpisahan menjadi kata akhir
Bagi perhubungan ini . sayang cakap sayang , benci cakap benci . jangan pernah berselindung dari aku . Aku mungkin buta oleh cinta ini . Tapi aku tidak buta untuk menilai sikap kau . Aku kenal kau lebih dari diri aku sendiri , kekadang aku sendiri tidak kenal dengan diri aku sendiri . Aku benci sebab aku tak bagi peluang kepada yang betul-2 ikhlas untuk aku .
Tapi , aku paling benci kata-2 menyesal . tidak ada kata sesalan dalam kamus hidupku kerana
aku yakin sesungguhnya Allah yang telah merancang jalan hidup aku dan Allah jualah yang menentukan . siapa aku untuk menyoalkan semua persoalan ini ?
Mungkin hari ini giliran aku untuk merasa semua kepahitan ini , sekurang-2 nya aku dapat kenal seorang lelaki .
Bukan saja-2 Allah hantar dia untuk kau . Allah nak ajar kepada kau erti cinta , erti kasih , erti pengorbanan dan erti menghargai . Dan bukan saja-2 Allah tarik dia daripada kau .
Cuba belajar untuk hargai apa yang ada dan belajar untuk redha dengan apa yang bukan milikmu . sahabat jangan pernah menangis kerana lelaki yang bergelar kekasih tetapi sahabat ku sayang , menangis lah kerana seorang lelaki yang bergelar ayah untuk mu .
Dia seorang lelaki hebat . sakit kerana mu , penat kerana mu , menangis kerana mu . Dia seorang lelaki yang amat mencintai mu , cintai lah lelaki ini . Cintanya tulus untuk mu sahabat . jangan kau pernah tinggalkan lelaki tua ini semata-mata ingin bersama teman lelaki mu . sungguh biadap dirimu jika kau sanggup melakukan ini .
Jangan pernah melukakan hati ayahmu sayang . Ya , semua bercinta , semua pernah bercinta . jujur aku pernah bercinta. Ya , aku faham . sakit dan sungguh seronok ada yang mengambil berat tentangmu . Tapi tidakkah kau teringat tentang ayahmu yang membeli barang keperluan diri mu . Ayahlah yang sanggup bekerja keras untuk memenuhi segala kelengkapan hidupmu . Dialah yang memberi pakaian , makanan , gajet-2 , dll . Ya , dia lahh yang memberi segalanya , bukan teman lelaki mu . Teman lelaki hanya perampas cinta dari ayahmu . sebab apa ? Dia mencintai mu tapi cintanya tak setanding dengan ayahmu . Tapi kerana ayah kau bahagia , kerana Dia Ayah .