Saturday, 22 November 2014
pandang ujian sebagai tarbiyyah
saya manusia yang bencikan kenangan , memori , senang cerita masa lalu yang sudah saya lalui . sebab ? saya tahu yang saya takkan mampu ada semula pada kenangan itu . dan saya tahu yang saya takkan boleh putar semula masa untuk berada dalam keadaan itu . bila saya teringat dan imbau kembali kenangan tu hati saya serasa sakit yang teramat . ya ! teramat sakit . sehingga pada satu masa saya pernah terfikir untuk lupakan semua kenangan yang ada pada diri saya . namun , itu hanyalah khayalan , boleh ke saya padam kan semua kenangan ? jawapannya tak boleh ! sebab Allah hadirkan semua warna warni dalam hidup saya , sedih saya , kecewa dan jatuhnya saya , gembira saya , stress saya , perasaan rindu saya . semua itu menjadi satu . ya , saya akan cuba motivasikan diri untuk menjadi insan yang positif di dunia mahupun akhirat kerana saya tak mampu lari dari kenangan . mungkin kebencian itu datang dari diri sendiri . saya mungkin hanya ingin kenangan itu tetap bersama selamanya kerana saya tak nak hadapi masa depan tanpa orang yang saya sayang . kerana kenangan indah yang saya hadapi adalah bersama orang yang saya sayang . ya , umi ayah dan keluarga saya dan juga sahabat saya . ya ! memang sejujurnya kenangan yang saya alami sangat terindau dalam hidup saya . tapi saya hanya takut tak dapat cipta kenangan itu semula kerana saya takut irang yang saya sayang pergi atau saya yang akan pergi . kerana sesungguhnya , saya hanya mampu merancang Allah yang menentukan segala-2 nya . Allah turunkan hujan untuk saya kerana Allah ingin kirimkan pelangi buat saya . saat saya terasa jauh dariNya , tuhan sayang padaku kerana tuhan memberi ujian kepada ku . Allah beri ujian kerana tuhan rindukan tangisan dan rintihan kita meminta-2 kepada tuhan . sungguh saya silap selama ni kerana meletakkan memori indah di takuk kebencian . in sha Allah akan ku rawat luka dihati . segalanya dengan izinMu tuhan . terima kasih Ya Allah !
Subscribe to:
Posts (Atom)