Saturday, 8 October 2016

Pelangi indah sebaik Hujan yang Lebat

Assalamualaikum para pembaca blog semua ... saya amat merindui untuk menulis blog saya ini yang agak lama saya tinggalkan . Saya tidak dapat membuat cerpen2 yang lain di atas kesibukan yang melanda :) . Semenjak masuk semester 3 ini , semakin besar dan semakin berat ujian yang perlu saya tempuhi . Itu baru saya , orang2 biasa , macam mana laa orang2 hebat yang berjawatan , mesti mereka juga tidak kurang hebat juga ujian yang mereka terima . Tetapi , berbalik kepada pegangan utama kita lah iaitu Al-quran dan Sunnah ... Seperti kita ketahui dari sejak kecil lagi bahawa orang yang diuji adalah orang yang dicintai oleh Allah . sebab ape ? Kerana Allah rindukan tangisan , Allah rindukan rayuan , dan rindukan Hambanya yang sering meminta dan berdoa pada Malam yang syahdu iaitu 2 rakaat iaitu solat sunat tahajjud . "Wahai diri yang bergelar manusia , usahlah kau sombong kerana dirimu dicipta dariNya ".  Sentiasa ingat sahabat semua kita manusia dan hamba tidak lari dari membuat kesilapan . Oleh itu , senantiasalah kita memohon ampun dan beristighfar kepadaNya di atas segala salah dan silap . Buat sahabat2 yang sedang dilanda masalah dan ujian yang berat sedarlah dan ketahuilah Allah melihatmu dengan pandangan kasih sayang . Allah memberi sesuatu ujian sesuai dengan kesanggupanmu , bukan saja2 Allah turunkan ujian dan musibah tanpa ada hikmah disebalik ujian dan mehnah itu . Bersyukurlah jika kau punyai ujian hidup kerana Allah masih mengingatimu dengan cara memberi ujian agar kau sedar bahawa hidup ini tidak hanya duniawi semata-mata . Malah untuk ukhrawi jua  .

Saya pernah diuji dengan ujian yang paling berat mungkin ujian itu berat bagi saya kerana itu adalah tahap kemampuan diri saya terhadap ujian yang diberikan . Sungguh ketika detik itu , dapat saya rasakan saya tidak larat untuk menceritakan masalah saya pada manusia kerana manusia hanya mampu berkata2 disaat kita ditimpa ujian , mereka tidak betul2 memahami dengan situasi diri kita . Akhirnya , saya membuat keputusan untuk meluahkan segala2nya pada sang Pencipta yang merindui diri yang leka ini . Saya meminta , merayu , memohon agar dikuatkan iman apabila menghadapi ujian2 mendatang , syukur , saya mampu dan kini saya mampu tersenyum . Malah tika ujian datang menyapa , saya tetap sedih kerana itu lumrah sebagai seorang manusia , tetapi apa yang ingin saya kongsikan adalah saya mampu berdiri di atas kaki saya sendiri ketika saya diselubungi masalah dan tanpa saya menangis di depan teman2 saya . Jujur saya katakan , saya merasakan hati saya berdegup untuk berdoa dan berkongsi cerita pada sang Pencipta kerana saya yakin ujian itu daripadaNya , justeru itu saya yakin hanya Dia mampu mengeluarkan saya dari masalah dan ujian yang saya hadapi .. Apabila saya menjaga hubungan dengan Sang Pencipta , saya dapat merasakan suatu ketenangan yang luar biasa yang tak mampu diucap dengan kata2 , tapi dapat dirasai dengan hati . Dan tatkala diri ini merasa jauh dari Sang Pencipta , dapat saya rasakan ketenangan sebelum ini kian hilang dan pudar . Sahabat semua , Carilah ALLAH ketika senang mahupun susah jangan cari Allah hanya pada ketika sahaja . Nasihat saya bukan mengatakan diri saya sempurna dan terbaik , kerana diri saya ini penuh dengan kesilapan ini lah saya mahu sahabat2 yang lain tidak melakukan kesilapan seperti saya lakukan . 

Bersyukur dengan apa yang kita ada , redha dengan kehilangan , ikhlas jika itu bukan milik kita , senyum tika kita dikhianati dan memaafkan bagi orang yang pernah melukai mu . Sukar untuk kita memafkan seseorang jika dia pernah melukai hati kita , tapi Allah suka  dan sayang kepada orang yang mudah meminta maaf walaupun bukan salah diri nya . Namun , lebih baik jika kita mudah untuk memberi kata maaf kepada orang yang bersalah kepada kita . Nikmatilah hidup ini dengan mendapat redha Allah malah hidup kita akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT . Doakan buat Baginda SAW , buat sahabat2 baginda , buat kedua ibubapa , buat ahli keluarga , buat guru2 , buat sahabat2 dan saudara2 kita diluar sana agar kuat menghadapi mehnah dan tribulasi . Moga ALLAH redha . Bersama meraih mardhatillah . 


-fna nasuha- 

No comments:

Post a Comment