Mengapa dalam pengembaraan ini aku sering kali terjatuh ,
Aku terjatuh pada lubang yang sama ,
Tuhan sentiasa ada untuk diri ini ,
Tetapi mengapa aku masih mengharapkan kepada seorang manusia ,
sedangkan sudah aku tahu bahawa manusia hanyalah manusia ,
yang mana sering melupai janji yang telah dibuat , berdusta , mengkhianati dan mencemburui sesama nya .
Dihina , dicaci oleh seorang manusia yang paling akrab ,
Tidak tertahan air mata ini ...
Air mata jelas menitis di pipi seorang gadis itu ,
bukannya tidak pernah air matanya jatuh kerana seorang manusia ...
Eh, sudahlah sara .... jangan menangis dahh ... "aku ada untuk kau , la tahzan innallahamaana " " aku sayang kau , meh sini sayang " ucap seorang sahabat yang akrab dengan saidatul maisara .
"tq , sara okay , sara okay , sara okay " ucap sara sambil menahan air mata yang kian penuh di kelopak mata , akhirnya air matanya yang ditahan jatuh bergenang di pipinya .
"awak tak okay ni sara , meh ikut saya nak ? " ajak amalina kepada sahabatnya maisara . Lalu , amalina mengajak maisara ke sebuah tempat yang terdapat sebuah tasik di kawasan itu . Sangat tenang dan damai di sana lalu , amalina menceritakan mengenai kisahnya . Ternyata amalina pernah melalui apa yang dilalui oleh maisara , sebab itulah dia cukup memahami maisara berbanding dengan sahabat nya yang lain .
"okay , dah la . Semua yang awak ada sekarang ini adalah pinjaman sementara . Jika bukan harini mungkin esok , mungkin lusa mungkin tahun depan , kita tidak dapat tahu bila , apa yang saya pasti dia akan pergi . Kerana apa ? kerana semua di dunia adalah pinjaman , tidak ada yang kekal . awak faham tak ? " soal amalina kepada maisara .
"saya faham ama , tetapi hati saya sakit . Sakit sangat , Ya Allah :( " ucap maisara kepada amalina sambil memeluk tubuh amalina .
" shhhh , wahai sahabatku , jangan bersedih , Allah ada bersamamu , aku ada sebagai sahabat untukmu , aku akan selalu ada untukmu , jangan khuatir wahai sahabatku sayang :) " kata amalina kepada sahabatnya lalu menyeka air mata di pipi sahabatnya .
"saya akan bantu awak untuk teruskan kehidupan seperti orang lain dan seperti diri awak yang sebelum ini , sebelum awak mengenali dia , okay ? saya akan bantu awak . Yang penting awak nak berubah dan hati awak kena kuat . " nasihat amalina kepada maisara .
_Perbualan di antara sahabat _
#moral of story#
Jangan pernah menilai sahabat , justeru sentiasa bersama sahabat tika jatuh dan bangun nya dia , jangan pernah memandang diri kita hebat . Kerana orang yang hebat adalah mampu bangkit setelah diuji . Sentiasa berbaik sangka terhadap sahabat , jangan pernah menilai . Terima kelebihan dan kekurangan sahabat , sentiasa mengajak sahabat kearah kebaikan . Dan jangan menjatuhkan sahabat ketika mereka memerlukan kita.Jadilah sahabat yang baik . Hargai sebuah persahabatan :)
-fna nasuha-
No comments:
Post a Comment