Hati atau roh ialah raja dalam diri kita, jika hati kita baik maka
baiklah anggota-anggota badan yang lain. Begitu perumpamaannya andai
dapat kita ambil ia sebagai misalannya dan fahami akan keadaan diri kita
sebenarnya bergantung kepada hati kita.Baiknya hati..baiklah
kita...busukmya hati....buruklah perangai kita...
Hati perlu sentiasa waja...walau apa pun yang berlaku hati perlu tetap
pendirian...jangan di bolak balik kan hati kita....kerana hati adalah
raja dalam diri kita...maka belailah hati kita dan berilah makanan hati
yang sewajarnya supaya ia sihat sentiasa bagi menghadapi ujian-ujian
Allah...hanya hati sihat dan kuat sahaja yang mampu menghadapinya...bagi
hati yang lemah...badan pun akan lemah..bagaimana hendak menghadapi
kehidupan di dunia yang serba mencabar ini biarpun hanya sementara?...
Hendaklah hati kita dipenuhi ilmu dan hikmah kerana ia merupakan
makanan utama bagi hati kita...ilmu dan hikmah ini umpama makanan untuk
tubuh badan kita...apa jadi jika kita tidak makan...pasti lemah longlai
tubuh badan kita kan...begitu juga dengan hati kita..perlu di beri
makanan ilmu dan hikmah...jika hati kosong tanpa ilmu jadilah kita
seperti jasad yang tidak berilmu...sedangkan menuntut ilmu itu adalah
wajib dan merupakan satu ibadah...menurut kata imam al-ghazali...:
Menuntut ilmu adalah taqwa.Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir dan Mencari ilmu adalah jihad.
Pelajarilah
ilmu syariat untuk menunaikan segala perintah Allah SWT dan juga ilmu
akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.
Apakah makanan tambahan hati ?..Ya dengan menunaikan solat, membaca
alquran, zikrullah, tasbih, tahmid, selawat dan menghadiri majlis-majlis
ilmu hati akan sentiasa sihat dan bersih serta melihat kebesaran-Nya
melalui pemandangan dan mengingati mati....dan sentiasa berdoa
kepada-Nya supaya dibersihkan selalu hati kita....seringkali terselit
perasaan buruk sangka maka hati kita telah dicemari...maka dengan itu
hati perlu diberi santapan rohani bagi mengisi dan memenuhi ruang kosong
hati kita....penuhilah dan isilah ia dengan ilmu-ilmu Allah..semoga
beroleh keredhaan-Nya...
Hati juga memerlukan pakaian...sebaik-baik pakaian untuk hati kita ialah
taqwa dan perlu juga dijauhi sifat-sifat mazmumah aiitu seperti marah,
bakhil, pendendam, ujub, riak, sombong takbur dan banyak lagi. Jaga dan
semailah hati kita kerana dialah punca kebaikan dan kemaksiatan yang
berlaku dalam diri kita.
Marilah kita sama-sama mencari kekuatan hati kita bagi mencegah
sifat-sifat mazmumah dalam diri dan serlahkan diri kita dengan
sifat-sifat mahmudah sahaja...insya ALLAH .
No comments:
Post a Comment