Hayati kisah
ni!!
***
Seorang
suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
“ Ketika aku
mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah
tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
Ketika aku
sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
Ketika aku
sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari
dirinya.
Ketika sudah
berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis
dari isteriku…”
Syeikh
berkata:
"Apakah
kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami tu
jawab:
"Ya,
mahu."
Syeikh tu
pun bagitahu:
"Sekalipun
kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang
berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika
dibandingkan dengan mereka semua."
Si suami
tersentak, dan bertanya:
"Kenapa
tuan Syeikh berkata demikian?"
Syeikh tu
balas:
"Kerana
masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia
diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu
kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah
kuburan.
Rasulullah
bersabda:
"Andaikan
anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan
lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan
Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".
Jadi,
masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu
dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang,
apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu
seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di
dunia?"
Suami itu
menjawab:
"Ya,
tentu sekali."
Syeikh tu
pesan:
"TUNDUKKAN PANDANGANMU."
Wallahua’lam.
Moga bermanfaat!!

No comments:
Post a Comment